Sememangnya tabung duit syiling yang kita menyimpan dahulu amat membantu di saat memerlukan, terutamanya sewaktu menyediakan keperluan isteri dan anak-anak
Kebanyakan daripada kita yang berduit mungkin tiada masalah untuk membeli kelengkapan baju raya untuk menyambut lebaran namun ada juga yang kurang bernasib baik.
Menjelang sahaja Aidilfitri, ketua keluargalah yang akan mencari ikhtiar lain untuk memastikan raya tahun ini isteri dan anak-anak berpakaian baharu.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Kisah pasangan pecah tabung beli baju raya
- Kebaikan amalan menabung
- Komen pengguna internet terhadap amalan menabung
Tabung duit syiling bantu beli baju raya
Seorang pengguna TikTok dikenali Chientamulaein telah memuat naik sebuah video menunjukkan seorang lelaki memecahkan tabung bagi membeli baju raya.
Menerusi video itu, lelaki yang dikatakan suami kepada pemilik video ini telah mengeluarkan duit simpanan dalam tabung itu yang kebanyakannya wang kertas RM5 dan RM20.
“Di saat orang gembira dapat duit KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan BKM (Bantuan Keluarga Malaysia), kami hanya mampu pecah tabung simpanan kami… Syukur Alhamdulillah.
“Yeay boleh beli baju raya,” kata teks dalam video tersebut.
Pada tabung tersebut ditulis: “Dear suami, kalau ada duit RM5 atau RM20, tolong masuk dalam tabung ini ya.”
Menjengah ke ruang komen, pengguna-pengguna TikTok dilihat memuji amalan menabung yang dilakukan oleh pasangan tersebut untuk waktu-waktu yang memerlukan.
Kesimpulannya, amalan menabung adalah amalan terpuji dan ia melatih seseorang untuk berjimat cermat dan tidak boros.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pengurusan Kewangan Keluarga Perlu Bijak Agar Tidak Sengkek Di Hujung Bulan!
Baca juga: Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan