Selalu Mimpi Mengarut Ketika Mengandung? Ibu, Sila Semak 'Makna' Di Sebaliknya!

Tafsir mimpi yang berlaku ketika tidur boleh menyebabkan emosi dan fikiran ibu mengandung terganggu. Namun tidak salah untuk mengetahui makna di sebaliknya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan adalah sebuah perjalanan yang indah. Sebilangan besar wanita sudah menjangka akan berlaku perubahan fizikal semasa kehamilan mereka, tetapi tidak semua ibu menyedari bahawa minda dan psikologi turut berubah. Satu perkara aneh yang kadang-kadang terjadi semasa kehamilan adalah mimpi yang bukan-bukan sehingga tidak mampu tafsir mimpi dan makna disebaliknya.

Disebabkan oleh berlaku peningkatan pengeluaran hormon, ibu hamil sering kali mendapati bahawa emosi menjadi terganggu dan keresahan ini boleh mempengaruhi cara otak berfikir. Hal ini sekaligus boleh mengakibatkan perubahan cara ibu hamil bermimpi lebih kerap dan jelas.

Baca juga: 20+ Maksud Mimpi Mengandung & Melahirkan Bayi, Adakah Ia Petanda Yang Buruk?

Tafsir mimpi ketika mengandung

credit to sources

Kualiti tidur turut menyebabkan beberapa wanita mengalami mimpi buruk sehingga menimbulkan kegelisahan. Kadang-kadang tafsir mimpi semasa hamil boleh menjadi perkara yang mengejutkan. Justeru, kami ingin berkongsikan beberapa makna mimpi yang sering menyerang anda, iaitu:

#1. Mimpi gigi tercabut

Tafsir mimpi tentang gigi tercabut atau patah menjadi simbol perasaan seperti anda kehilangan kawalan terhadap hidup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Parents.com, ia juga menunjukkan betapa tertekannya anda tentang kehamilan memandangkan berlaku pelbagai perubahan dalam hidup anda. Ini boleh menjadi lebih benar jika mimpi kehilangan gigi sering berulang.

#2. Mimpi berkaitan air

Seorang ahli psikologi dari Edinburgh, Scotland dan pengarang buku “The Top 100 Dreams: The Dreams We All Have and What They Really Mean,” Ian Wallace, menjelaskan bahawa mimpi tentang air semasa kehamilan terutama pada trimester pertama agak biasa dan ia berkaitan dengan perasaan dan emosi ibu mengandung.

Jika air tidak begitu jernih dan kelihatan kotor, ini mungkin bermakna anda tidak pasti bagaimana perasaan untuk berhadapan dengan kehidupan baru nanti.

#3. Mimpi melahirkan makhluk bukan manusia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tidur anda terganggu dengan mimpi yang agak mengarut seperti melahirkan anak bukan manusia seperti haiwan atau makhluk asing, ia pasti membuatkan anda dilanda ketakutan dan mampu mempengaruhi emosi harian.

Menurut Parents.com, pakar dan pengarang bersama buku Dreaming For Two, Hillary Grill, menjelaskan bahawa mimpi melahirkan haiwan peliharaan dianggap sebagai cara melatih minda untuk menyambut orang baru dalam keluarga.

Bukan itu sahaja, segelintir ibu turut berdepan dengan mimpi melahirkan makhluk asing. Satu-satunya gambar kandungan adalah gambar ultrasound dan kebanyakan gambar tersebut kelihatan seperti rupa makhluk asing yang menumpang dalam rahim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fikiran bawah sedar anda mungkin berusaha untuk mengetahui bagaimana rupa bayi anda semasa proses kelahiran kelak.

#4. Mimpi suami ada perempuan lain

Tidak semua ibu berasa cantik dan menarik semasa tempoh kehamilan. Perubahan yang dilalui oleh tubuh memerlukan anda kekal yakin dengan pembawakan anak ini.

Namun, siapa sahaja akan gembira sekiranya dilanda mimpi buruk seperti suami curang yang boleh membuatkan anda risau serta hilang percaya terhadap pasangan.

Namun, sebenarnya bermimpi pasangan anda curang tidak semestinya mereka benar-benar tidak setia. Ia mungkin akibat rasa tidak selamat dan selesa menghantui anda dengan keadaan perut yang semakin membesar.

#5. Mimpi tentang bekas kekasih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bermimpi tentang bekas kekasih datang kembali mencari anda bukan bermaksud anda tidak yakin atau ragu-ragu tentang perubahan cara hidup.

Ia mungkin melambangkan bahawa anda berasa sedikit terperangkap pada masa ini dan kehilangan bagaimana perkara-perkara tertentu berbanding sebelum ini yang mungkin jauh lebih riang dan santai.

Hanya mainan tidur atau sebaliknya?

Menurut Ian Wallace, mimpi adalah “potret diri utama siapa diri anda, apa yang anda perlukan, dan apa yang anda percayai pada ketika itu.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun mimpi dapat memberikan kesan baik atau buruk, jika terlalu mempercayainya akan menjejaskan kesihatan diri sendiri.

Hal yang perlu ibu hamil sedar adalah mimpi amat berkait rapat dengan minda bawah sedar ketika anda menjalani kehidupan yang mencabar penuh dengan pelbagai perasaan gembira, sedih, penat dan sakit.

Ketika ingin melelapkan mata pada waktu malam, biasanya anda akan melalui beberapa tahap tidur iaitu terasa seperti diawang-awangan ketika tahap sangat mengantuk.

Kemudian memasuki tahap tidur ringan dan seterusnya tahap pergerakan mata cepat (rapid eye movement – REM), iaitu tahap di mana anda mula bermimpi. Namun jika tidur teranggu, ia mungkin membuatkan anda lebih mengingati mimpi anda semasa berada tahap ini.

Manusia biasanya hanya mengingati mimpi apabila terjaga semasa klimaks mimpi. Oleh sebab itulah anda dapat mengingatinya dengan jelas dan seperti benar-benar berlaku.

Sumber: Babygaga

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidak Hanya Lelaki, Wanita Juga Alami Mimpi Basah Ketika Tidur! Apakah Tandanya?