Tahan Bersin Terbukti AMAT BERBAHAYA, Risiko Boleh Jadi Sampai Tekak Pecah!

Ibu, anda tahu tak tahan bersin amat berbahaya untuk anda, malah juga anak-anak? Lepas ini jangan jadikan tahan bersin sebagai habit ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu-ibu sekalian, anda tahu tak yang habit tahan bersin itu sebenarnya amat berbahaya untuk anak anda? Malah sebenarnya, sesiapa pun tidak sepatutnya menahan bersin!

via GIPHY

Sebenarnya, tahan bersin ini telah menjadi habit ramai orang, termasuklah penulis sendiri! Ia terjadi mungkin kerana malu nak bersin di hadapan orang ramai.

Akan tetapi, sebenarnya, menahan malu itu lagi bagus daripada menahan bersin! Ikuti perkongsian ibu yang berusia 34 tahun ini tentang tragedi tahan bersin yang dihidapinya baru-baru ini. 

Tahan Bersin Sehingga Pecah Tekak

“Tahan bersin sudah jadi habit saya sebelum ini. Tapi saya tak tahu akibat perbuatan itu, saya terpaksa ditahan di wad kecemasan!  Semuanya bermula dengan bengkak di leher yang sangat menyakitkan. Ia terjadi lepas saya menahan bersin dengan menutup hidung dan mulut. Tiba-tiba, saya terasa sensasi seperti “meletup pop!” di leher saya.”

Apabila doktor melakukan imbasan CT ke atas mangsa, mereka mendapati daya akibat menahan bersin itu telah mengoyakkan bahagian belakang tekaknya!

Akibat kecederaan tersebut, mangsa terpaksa diberi makan melalui tiub kerana tidak boleh menelan. Mangsa juga diberi antibiotik sehinggalah bengkak di lehernya surut. 

Perbuatan Tahan Bersin Itu BAHAYA!

Jika anda rasa kejadian yang terjadi ini hanyalah “kebetulan” semata-mata, fikir sekali lagi. Tahukah anda yang bersin menyebabkan udara keluar dari hidung anda hampir 100 batu sejam?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayangkan apa yang terjadi jika anda menahan bersin. Ia akan meningkatkan tekanan dalam saluran udara, lalu tak mustahil tekak, mahupun gegendang telinga anda boleh pecah!

Kalau dalam senario yang lebih buruk, tahan bersin itu boleh menyebabkan saluran darah dalam otak anda juga pecah!

Kecederaan di diaphragm, saluran darah di mata pecah, dan saluran darah di otak lemah antara salah satu kesan bahaya menahan bersin dari berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, peluang untuk semua ini terjadi masih rendah. Namun, itu juga tidak bermaksud anda boleh menahan bersin. Lagi selalu anda buat, lagi tinggi risiko kecederaan!

Jadi jika kelak anda atau anak-anak cuba nak tahan bersin daripada berlaku, hentikannya dengan segera. Sediakan tisu ataupun sapu tangan siap-siap untuk mengelap bersin.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Artikel ini asalnya ditulis oleh Jan Alwyn dan mendapat kebenaran theAsianparent Malaysia untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Cara Hilangkan Selsema dengan Mudah dan Cepat, Jom Cuba!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris