Ketagihan gajet secara berlebihan membuatkan anak sukar menumpukan perhatian dan jadi malas. Salah satu cara untuk ibu ayah menilai tahap fokus anak adalah dengan melakukan aktiviti ini ketika cuti sekolah, mungkin dapat membantu.
Aktiviti menconteng dan mewarna yang dikongsikan Puan Azila Ghani bukanlah sekadar aktiviti kosong, sebaliknya ia merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai untuk meningkatkan fokus anak.
Tahap Fokus Anak 3 Hingga 6 Tahun
Setiap anak adalah unik, begitu juga dengan kemahiran yang mereka miliki. Walaupun cara pendekatan dan didikan sama, hakikatnya kemampuan mereka untuk berfikir dan memahami adalah berbeza.
Ibu bapa ambil perhatian, ini berkaitan dengan prestasi belajar anak-anak dan keupayaan mereka untuk memberi fokus semasa belajar.
Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah dan berikan arahan kepada anak untuk mewarnakan bulatan tersebut. Hanya arahkan untuk warnakan bulatan itu sahaja.
Untuk anak-anak berusia 3 hingga 6 tahun, pastikan untuk melihat tindak balas mereka terhadap arahan ini. Ini adalah langkah penting untuk mengetahui tahap fokus mereka.
Fokus adalah kemahiran, take note ya parents!
1. Menconteng Tanpa Mengikut Arahan
Jika anak hanya menconteng keseluruhan kertas tanpa mewarnakan bulatan, ini menunjukkan bahawa dia mungkin belum mampu memberi fokus semasa belajar.
2. Mewarnakan Sebahagian Sahaja Dari Bulatan
Jika anak hanya mewarnakan sebahagian bulatan, ini menandakan bahawa dia hanya memberi fokus kepada perkara yang diminatinya sahaja.
3. Mewarnakan Seluruh Bulatan Tetapi Banyak Terkeluar Garisan Bulatan
Jika anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tetapi beberapa bahagian melebihi garisan, ini menunjukkan keupayaan fokusnya yang tidak konsisten.
4. Mewarnakan Bulatan Secara Lengkap Tanpa Melepasi Garisan
Jika anak berjaya mewarnakan bulatan tanpa melebihi garisan, ini menunjukkan bahawa dia mampu memberi fokus dengan baik semasa belajar.
Jadikan ini sebagai menilai kemahiran fokus anak-anak. Penting untuk memahami anak-anak kita dengan baik agar kita dapat memberikan pemahaman yang betul kepada mereka.
Fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Oleh itu, ibu ayah perlu kreatif dalam merancang pelbagai aktiviti untuk meningkatkan fokus mereka!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 20 Aktiviti Cuti Sekolah Yang Menyeronokkan Untuk Anak Belajar Pelbagai Perkara Baharu
Baca juga: 5 Cara Meningkatkan Tumpuan Kanak-Kanak Dalam Kelas