Tak mampu bayar pengasuh, ibu 4 anak ini terpaksa letak anak di kedai dobi

Tak siapa menduga, kehidupan yang dulunya bahagia, kini ditimpa derita yang tak tahu bila akan ada sinar dan penghujung...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak mampu bayar pengasuh, ibu 4 anak terpaksa letak anak di kedai dobi

Tak dapat dibayangkan dengan kata-kata, jika kita berada di tempat wanita kuat ini. Mengasuh 4 orang anak yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah untuk digalas oleh seseorang ibu. Rintihan tak mampu bayar pengasuh wanita ini akhirnya menjadi tular.

“Mak minta maaf. Mak terpaksa tinggalkan anak-anak mak di dobi sebab tak mampu bayar pengasuh,” itulah luahan hati ibu 4 anak, Julia 41.

Demi menyara kehidupan seharian mereka, Julia terpaksa meninggalkan bayinya berusia 4 bulan di kedai dobi di Larkin Perdana. Wanita tersebut mula meletakkan anaknya di situ sejak 2 bulan lalu ketika keluar bekerja.

Julia yang bekerja sebagai tukang sapu sampah nekad meninggalkan anaknya Mohd Iskandar yang ditemani anak perempuannya, Nor Farahin Shahri, 11 serta anak kembarnya Mohd Azhar dan Mohd Azhari, 13 di sana.

Akibat kesempitan hidup yang dilalui saban hari, anak perempuannya, Nor Farahin sahaja yang bersekolah manakala anak kembarnya terpaksa berhenti sejak tahun lalu bagi membantu ibunya menjaga adik yang masih kecil.

Apa yang lebih menyedihkan, kedai dobi yang terletak di Larkin Perdana itu menjadi rumah kedua untuk anak-anaknya berteduh dari hujan dan panas. Julia yakin meninggalkan anaknya di situ adalah pilihan yang selamat kerana dia juga bekerja di bangunan sama.

Tak mampu bayar pengasuh, wanita ini tiada pilihan lain

Menurut Julia, dia bekerja mula jam 8 pagi setiap Isnin hingga Sabtu dan membawa bersama 3 anaknya ke kedai dobi tersebut dan meletakkan Iskandar di atas meja kecil.

Walaubagaimanapun, setiap hari dia akan berpesan kepada anak perempuannya agar mengawasi keselamatan adik-adik mereka dan jarak tempatnya bekerja hanya 100 meter dari kedai dobi terbabit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh sebab berdekatan, dia sentiasa berulang menjenguk anaknya bagi memastikan keselamatan mereka terjamin dan baik.

 Tak mampu bayar pengasuh : Suami menghilangkan diri dan rumah disita

Apa yang menyedihkan daripada kisah Julia, kehidupan anak beranak ini berubah apabila suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori menghilangkan diri manakala rumah mereka telah disita pihak berkuasa.

Disebabkan itu, Julia menangung penderitaan seorang diri dengan membawa 4 orang anaknya bersama untuk berteduh di masjid atau rumah tinggal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mendengar permasalahan wanita ini, Presiden Muafakat Pendidikan Johor (MPJ), Ridhwan Othman, berkata pihaknya sedia membantu 2 anak kembar Julia untuk meneruskan sesi persekolahan mereka.

Selain itu, mereka juga bersedia berjumpa dengan pengetua sekolah lama remaja berkenaan untuk membincangkan perkara tersebut.

Pujian juga harus diberikan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Normawarni Mahat, di mana pihaknya akan memberi bantuan kepada keluarga malang itu.

Cara mengenali ciri-ciri pengasuh yang baik untuk anak

1) Pengasuh mengamalkan cara hidup Islam

Sebelum  menghantar anak kepada pengasuh, tentu anda mahu pengasuh yang seorang Islam. Ia penting kerana penampilan, perwatakan dan sikap pengasuh akan memberi kesan kepada anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengasuh yang baik akan sentiasa memelihara aurat dan akhlaknya. Dia bukan sahaja memakai tudung dan berpakaian sopan yang menutup aurat, tapi dia juga berilmu.

2)  Pengasuh tahu tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak

Ilmu pendidikan awal kanak-kanak penting untuk menjadi pengasuh.

Bukan hanya tahu menukar lampin dan membuat susu saja tetapi pengasuh juga harus tahu cara mengendalikan bayi yang kuat meragam, menangis dan sebagainya.

3)  Anak selesa untuk tinggal bersama pengasuh

Apa yang penting, ketika anda menghantar anak ke rumah atau taska pengasuh. Si kecil rasa teruja dan seronok.

Selepas meletakkan anak untuk beberapa hari, pasti seorang ibu dapat mengesan sama ada anak selesa atau tidak untuk ditinggalkan bersama pengasuh. Sekiranya anak menangis bila di hantar ada kemungkinan pengasuh melakukan yang tidak baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, ibu bapa boleh selidik atau tukar kepada pengasuh baharu. Bukan hanya anak gembira, anda juga perlu melihat ‘air muka’ pengasuh tatkala kedatangan anda menghantar anak sama ada gembira atau sebaliknya.

4) Pengasuh bijak selesaikan sebarang masalah

Jika anak susah untuk makan, pengasuh akan cuba menarik perhatian anak untuk makan seperti meletakkan permainan berhampirannya untuk menjadikan waktu makan anak lebih menarik.

5) Sentiasa berkomunikasi dan berhubung

Pengasuh yang baik akan sentiasa memberitahu tentang sebarang perkembangan anak. Misalnya jika anak demam secara tiba-tiba di rumah pengasuh, dia akan segera menghubungi anda untuk maklumkan perkara tersebut.

Atau memberitahu perkembangan anak seperti sudah pandai meniarap, sudah boleh memegang botol susu sendiri dan sebagainya.

6) Anak bersih dan jarang berlaku kemalangan

Semasa mengambil anak ketika pulang, anak anda sentiasa dalam keadaan yang bersih seperti sudah dimandikan, wangi berbedak badan, pampers ditukar dan lain-lain.

Selain daripada itu, kemalangan jarang berlaku ketika di rumah pengasuh malah pengasuh sentiasa mengawasi tingkah laku anak ketika bermain dengan sentiasa tidak meletakkan barang kecil di atas lantai, mengunci pintu pagar dan menyimpan barangan tajam di tempat tersembunyi.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

 Sumber: cnews@nstp.com.my,sirap limau

Foto Kredit : Beritan Harian TV

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkebaikan-taska-untuk-anak