X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Apakah benda jijik di dalam kotak susu anak saya ini??!!

3 min bacaan
Apakah benda jijik di dalam kotak susu anak saya ini??!!

Ibu bapa perlu tuang keluar susu dari kotak minuman ke dalam gelas terlebih dulu untuk memastikan tiada benda jijik dalam kotak susu anak seperti ini!

Dari semasa ke semasa kita akan terdengar kisah tentang penemuan benda jijik dalam kotak susu yang dilaporkan oleh ramai ibu di merata dunia.

Baru tahun lepas Channel NewAsia menceritakan pengalaman seorang ibu di Singapura yang terjumpa benda jijik dalam kotak susu berbentuk “seperti kulit ikan dan susu tepu yang berwarna kekuningan.” 

Benda aneh itu dijumpai dalam kotak susu Marigold anaknya.

benda jijik dalam kotak susu

Ibu yang hanya ingin dikenali sebagai Joanne itu berkata anaknya sudahpun minum setengah susu dari kotak itu.

Joanne pasti tidak tahu ada benda jijik dalam kotak susu anak itu, sekiranya dia tidak memutuskan untuk menuang baki susu ke dalam gelas!

Benda jijik dalam kotak susu dilaporkan pada pihak berkuasa 

Selepas Joanne berkongsi gambar benda pelik yang telah dikeluarkan dari kotak susu di Facebook, Marigold Singapura telah menghubunginya. 

Marigold meninggalkan komen di Facebook dan meminta Joanne untuk menghantar balik benda pelik itu dan mereka akan memberi 2 kotak susu baru sebagai gantian.

Joanne menolak tawaran mereka dan telah menghantar benda pelik itu ke Agri-Food & Veterinary Authority of Singapore, serta pihak berkuasa dan organisasi lain yang berkaitan, untuk menentukan apa objek itu.

Apa pendapat ibu-ibu tentang benda jijik dalam kotak susu ini?

benda jijik dalam kotak susu

theAsianparent telah bertanya beberapa ibu tentang kejadian ini dan jika mereka akan berhenti membeli susu Marigold selepas ini.

Samantha Bek, dengan anak bongsu berumur 2 tahun berkata:

“Saya rasa jijik sangat melihat apa yang terdapat  dalam kotak susu itu. Lagipun kami jarang potong dan tuangkan susu ke dalam gelas. Biasanya anak akan minum terus saja. Geli pula apabila kita tidak tahu apa yang sebenarnya ada dalam kotak susu itu. Tapi jika ia hanya kes terpencil, saya mungkin tidak akan berhenti membeli susu Marigold. Kalau kata nak boycott, macam tu, baik boycott je semua jenis minuman dalam kotak. Lebih baik kalau lain kali kita tuang keluar dan periksa dulu tiada benda jijik dalam kotak susu sebelum diberi kepada anak.”

Jaya Mahesh, ibu kepada 2 orang anak pula, berkata:

“Saya sendiri kurang pasti jika kejadian ini cuma kes terpencil dan tidak akan berulang. Tapi jika saya nampak jenama ini saya pasti akan terfikir balik kejadian ini.”

Apa ibu bapa boleh lakukan untuk mengelak situasi ini? 

Kami menasihatkan ibu bapa untuk berhati-hati apabila membeli minuman berkotak kerana ini bukan kali pertama perkara ini telah berlaku.

Pastikan ibu bapa semak tarikh luput pada kotak dan tuang keluar inti kotak minuman atau susu ke dalam gelas ataupun botol susu dulu.

Ini satu-satunya cara untuk memastikan tiada benda pelik dalam kotak susu atau kotak jus anak.

Tuangkan inti kotak minuman atau susu ke dalam gelas terlebih dahulu untuk memastikan tiada benda jijik dalam kotak susu anak.

Tuangkan inti kotak minuman atau susu ke dalam gelas terlebih dahulu untuk memastikan tiada benda jijik dalam kotak susu anak.

Selain kes diatas, produk susu coklat Marigold HL turut telah ditarik balik di Malaysia tahun 2016 apabila didapati ada kes pencemaran bakteria.

Pada tahun yang sama satu lagi kejadian telah dilaporkan oleh The Local Society di mana seorang ibu telah terjumpa benda pelik dalam kotak jus anaknya.

Oleh itu, pastikan ibu bapa tuang keluar inti kotak minuman atau susu ke dalam gelas ataupun ke dalam botol susu dulu. Kotak minuman memang memudahkan kerja ibu bapa kerana ia senang dibawa bersama dan anak senang minum juga.

Tetapi jika kita tidak membuka dan tuang keluar inti kotak itu, kita tidak akan tahu jika ada benda-benda pelik atau extra yang mungkin bersembunyi di dalamnya.

 

 

 

 

 

Sumber: Channel NewsAsia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

https://my.theasianparent.commencuci-baju-bayi/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Apakah benda jijik di dalam kotak susu anak saya ini??!!
Kongsikan:
  • 5 Cara Rangsang Perkembangan Otak Anak, Salah Satunya Adalah Jaga Kesihatan Ususnya!

    5 Cara Rangsang Perkembangan Otak Anak, Salah Satunya Adalah Jaga Kesihatan Ususnya!

  • 9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

    9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 5 Cara Rangsang Perkembangan Otak Anak, Salah Satunya Adalah Jaga Kesihatan Ususnya!

    5 Cara Rangsang Perkembangan Otak Anak, Salah Satunya Adalah Jaga Kesihatan Ususnya!

  • 9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

    9 Benda Jijik Yang Anak Selalu Buat, Tak Tahu Nak Marah Ke Tak!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.