Takbir Hari Raya Aidilfitri : Lafaz, Maksud & Panduan JAKIM

Takbir raya disyariatkan dilaungkan bila terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan menggambarkan kegembiraan dan mengagungkan syiar Islam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas selesai 30 hari Ramadan, takbir raya kedengaran tanda kita mengangungkan dan bersyukur atas kebesaran Allah yang mengizinkan kita berpuasa di bulan Ramadan penuh barakah. 

Pengenalan Takbir Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri disambut dengan gema takbir yang menggambarkan syiar Islam, selain menjadi simbol kegembiraan atas kejayaan menghadapi ujian dan cabaran sepanjang bulan Ramadan. Takbir raya adalah amalan yang disunatkan, berdasarkan firman Allah SWT:

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur.

Al-Baqarah (185)

Umat Islam diwajibkan melaungkan takbir RAYA apabila terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadan dengan suara yang lantang, sebagai tanda kegembiraan dan untuk menunjukkan syiar Islam. Imam al-Khatib al-Syirbini dalam karyanya menyebut:

وَهَذَا كُلُّهُ فِي التَّكْبِيرِ الَّذِي يَرْفَعُ بِهِ صَوْتَهُ وَيَجْعَلُهُ شِعَارَ الْيَوْمِ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Ini merujuk kepada hukum takbir yang dilaungkan dengan suara lantang dan dijadikan sebagai simbol pada hari tersebut (hari raya).

Tempoh Masa Bertakbir

Umat islam disyariatkan untuk melaungkan takbir apabila terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadan dengan suara yang lantang bagi menggambarkan kegembiraan dan mengagungkan syiar Islam.

Imam al-Khatib al-Syirbini menyebutkan di dalam karyanya:

وَهَذَا كُلُّهُ فِي التَّكْبِيرِ الَّذِي يَرْفَعُ بِهِ صَوْتَهُ وَيَجْعَلُهُ شِعَارَ الْيَوْمِ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Ini semuanya berkaitan hukum pada takbir yang dilaungkan dengan suara yang lantang dan dijadikannya sebagai syiar pada hari itu (hari raya).

Selain itu disunatkan juga untuk bertakbir tanpa mengira waktu dan tempat bermula terbenamnya matahari pada akhir Ramadan hinggalah imam mengangkat takbiratul ihram untuk menunaikan solat Aidilfitri. Ia juga hanya disyariatkan pada hari raya dan hari tasyriq sahaja.

Takbir ini boleh dimulakan pada malam hari raya Aidilfitri iaitu selepas terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib) 1 Syawal sehingga takbiratulihram solat hari raya Aidilfitiri.

Kita digalakkan bertakbir sepanjang malam antara dua waktu ini.

Takbir Raya Berapa Kali

Takbir raya disunatkan untuk dilafazkan sebanyak tiga kali pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Lafaz takbir ini biasanya dimulai pada malam Hari Raya (sebaik sahaja terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan) dan berterusan sepanjang hari raya, termasuk sebelum solat sunat Aidilfitri.

Di dalam solat sunat Aidilfitri, takbir dimulakan sebelum solat dan diulang beberapa kali di dalam rakaat pertama dan kedua. Takbir raya secara umum boleh dilafazkan oleh individu atau berjemaah, dan ia merupakan salah satu cara untuk memuji dan membesarkan Allah SWT atas nikmat yang diberikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Maksudnya:

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Maksudnya: “Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janjinya, membantu hambanya dan memuliakan tenteranya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian. Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , (3 kali)
Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila .
La illaha il Allah sadaqa wa’dah ,wa nasara abda, wa a’azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah ,
La illaha il Allah ,wa laa na’budu illa iyyah, mukhlessena lahud-deena ,walaw karehal-Kafiiruun.
La illaha il Allahu wallahu Akbar, Allahu Akbar walillahil Hamd

Takbir pada hari raya Aidilfitri merupakan perkara yang disunatkan berdasarkan firman Allah SWT:

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur. Al-Baqarah (185)

Video Takbir Syawal

Berikut adalah video takbir syawal:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Takbir raya dilaungkan kedengaran tanda kita mengangungkan dan bersyukur atas kebesaran Allah yang mengizinkan kita berpuasa di bulan Ramadan penuh barakah. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tengok Anak Bulan Tentukan Bila Hari Raya Aidilfitri

Baca juga: Elak Datang Beraya Secara Mengejut, Ini 15 Perkara Anda Kena ELAK Bila Jadi Tetamu

Baca juga: Design Baju Raya 2024 Yang Sesuai Nampak Terletak Elok & Selesa Dipakai

Penulis

Lala Annuar