Anda teringin untuk merasai pengalaman mandi di taman tema, namun tidak tahu lokasi mana yang terbaik untuk seisi keluarga? Apa kata semak beberapa senarai taman tema air di Selangor ini, sekali sekala pergi seronok juga!
Tidak hanya anak kecil, orang dewasa juga pasti akan teruja menikmati aktiviti yang disediakan di taman tema air ini. Kebanyakannya tidak terhad kepada permainan air sahaja, ada juga menyediakan mini zoo, aktiviti sukan lasak dan banyak lagi.
Taman tema air di Selangor yang murah dan berpatutan untuk keluarga
Sebenarnya ada banyak tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak yang ramai tidak tahu. Sempena cuti kali ini, jom pilih salah satu taman tema yang ada di Selangor.
1. Big Bucket Splash Gamuda
Big Bucket Splash sangat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga! Terdapat empat gelongsor besar, kolam cetek sesuai untuk kanak-kanak kecil dan pistol air.
Ia terletak di Rawang, lokasi strategik di tarikan permainan air bertemakan hutan hujan Gamuda Gardens yang meliputi tanah seluas 1,000 kaki persegi dengan gelongsor yang menjulang tinggi, kolam mandi cetek, baldi hujan dan banyak lagi.
2. Msekin Wonderland
Msekin Wonderland adalah tarikan baharu di Sekinchan yang memang sesuai untuk family getaway. Anak-anak pasti akan suka bermandi-manda di sini kerana terdapat 10 jenis kolam yang pelbagai saiz membuatkan mereka tak senang duduk!
Selain tu ada juga ATV, trampoline, basikal elektrik, restoran ikan bakar dan juga gerai menjual produk tempatan.
Taman tema ini terletak berhampiran dengan pantai, pemandangan pun cukup cantik, sesuai untuk bergambar dan santai bersama keluarga. Kalau nak stay di situ, hotel dan resort pun ada.
3. Wet World Water Park, Shah Alam
Wet World Water menjadi salah satu tempat menarik di Shah Alam yang perlu dikunjungi seisi keluarga. Ia beroperasi sejak 1996 lagi dan menjanjikan keseronokan kepada pengunjung, lebih-lebih lagi pada si kecil.
Antara tarikan popular yang boleh dicuba cuba ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.
Pilihan aktiviti yang ditawarkan di sini sesuai untuk kanak-kanak dan kebanyakan kolamnya dengan paras cetek.
4. Waterworld @ I-City
Selain daripada cahaya lampu LED dan taman tema salji yang menjadi tarikan popular, taman tema air murah di Selangor ini menawarkan aktiviti menarik dan memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung.
Jom cuba satu-satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia Tenggara, yang mencabar keberanian anda dan tentunya menyeronokkan.
5. Bangi Wonderland
Taman tema air yang dikelilingi oleh hutan rekreasi dengan keluasan 12 ekar. Lokasinya yang terletak di tengah antara Semenyih dan Bangi sesuai bagi anda yang ingin jauh dari kesibukan bandar.
Bangi Wonderland menawarkan 14 permainan yang menyeronokkan, antaranya Anaconda Trail, Body Slide, Green Pearl dan banyak lagi.
6. Sunway Lagoon
Siapa yang tidak tahu tentang Sunway Lagoon, teman tema air di Subang Jaya? Sama seperti taman tema air yang lain, ia dilengkapi tarikan gelongsor pelbagai jenis yang sangat mengujakan.
Antara tarikan popular yang sangat digemari pengujung adalah Vuvuzela, Little Zimbabwe, Waterplexx 5D, Surf Beach dan banyak lagi!
7. Riverine Splash @ Amverton Cove
Taman tema air ini diberi nama Riverine Splash @ Amverton Cove yang terletak di Pulau Carey. Bukan sahaja taman tema air, malah di sini juga terdapat taman tema berhalangan yang diberi nama Survival Park @ Amverton Cove.
Menurut laman web mereka, kedua-dua taman tema berkenaan berkonsepkan etnik masyarakat orang asli yang sememangnya popular dan menjadi tarikan di Pulau Carey.
Tarikan paling menarik di Taman Tema ini adalah Gelongsor Anaconda dan juga Rimba River. Sekurang-kurangnya, 5 jam diperlukan untuk merasai kepuasan mandi-manda disini.
Riverine Survival Park merupakan tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas yang sukakan taman permainan lasak dan mencabar.
Kira-kira 3 jam masa yang perlu anda peruntukkan untuk bermain disini. Tarikan paling utama adalah flying fox!
8. Gold Coast Morib Theme Park, Banting
Taman tema air ini dibuka setiap hari dari 9.30 pagi sehingga ke 7 petang. Sekiranya anda menginap di Morib Gold Coast, kebiasaannya pakej bilik penginapan akan disertakan sekali dengan tiket masuk ke taman tema air.
- Pakej Studio – percuma 2 tiket taman tema air
- Pakej Apartment 2 Bilik – percuma 4 tiket taman tema air
- Pakej Apartment 3 bilik – percuma 5 tiket taman tema air
Jadi lebih jimat kalau anda menginap di sini sekurang-kurangnya satu malam daripada hanya datang untuk mandi manda semata-mata.
Selain tarikan utama taman tema airnya, terdapat juga beberapa tarikan aktiviti lain iaitu:
- flying fox, berkayak di laut
- high rope (berjalan di atas titian tali dari pokok ke pokok)
- kereta mini kecil untuk disewa khas untuk anak-anak
kredit gambar: jomjalan
Selangorkini, Benashaari
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Top 10 Taman Tema Yang Best & Menarik Di Kuala Lumpur, Sesuai Bawa Anak Bercuti!
Baca juga: Baru Nak Seronok Dah Jadi Tragedi, Ibu Ayah Yang Sewa ‘Taman Tema Air’ Mini Di Rumah Sila Hati-Hati!
Baca juga: Angkara Anak, Dapur Jadi Taman Tema Air! 3 Sebab Jangan Marah Anak Main Air