Susulan pandemik yang melanda ketika ini, ramai yang mengambil inisiatif mengelak daripada mendedahkan anak kecil kepada orang ramai. Jadi ramailah yang sewa taman tema air mini di rumah.
Namun, tanpa disangka, taman tema ini sebenarnya boleh jadi punca tragedi. Jadi perlu berhati-hati dan pastikan anda sentiasa pantau anak anda ketika mereka bermain di taman tema air mini ini.
Niat ibu bapa nak gembirakan anak-anak, tetapi jadi pula perkara sebaliknya apabila ada kes yang jatuh daripada tempat tinggi di kolam itu. Tinggi kolam ini boleh tahan juga untuk anak-anak kecil.
Taman tema air mini punca tragedi, nasib baik tiada kecederaan teruk!
Tanpa disangka, keronokan dan keterujaan kanak-kanak ini berakhir tragedi apabila dahinya benjol teruk selepas jatuh terjunam daripada kolam atau taman tema air mini yang disewa.
Perkongsian wanita ini di laman tiktok @hazirah.zaini mengenai anaknya memang boleh buka mata kita semua bahawa bahaya di mana-mana saja jika kita tak pantau. Jadi perlu pemantauan rapi orang dewasa jika anak-anak kecil main di taman tema air mini yang disewa ini.
Malah ada pengguna tiktok lain yang berkaita jika disewa pastikan mereka yang menyewakan itu menyediakan pelapik bagi melindungi bawah atau lantai kolam berkenaan supaya lembut jika terjadinya situasi tidak dijangka seperti kanak-kanak jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.
Tips keselamatan ketika ibu bapa lakukan aktiviti air bersama anak-anak
Sempena cuti sekolah dan kebenaran boleh rentas negeri dan sebagainya ini, ramai yang ambil kesempatan bawa anak-anak melancong atau mengunjungi tempat-tempat rekreasi.
Ia termasuklah rekreasi air dan sebagainya. Jadi kali ini kami kongsikan tips untuk anda yang ingin bawa anak lakukan rekreasi air.
#1. Pantau keadaan sekeliling
Tidak kira di mana nak lakukan aktiviti contoh di laut, sungai, kolam renang, tasik, air terjun atau empangan, perkara utama yang anda perlu lakukan sebelum melakukan aktiviti air bersama keluarga dengan melakukan pemerhatian keadaan sekeliling terlebih dahulu sebagi persediaan keselamatan.
Ibu bapa sila perhatikan sekeliling sama ada tempat yang anda nak mandi itu di kawasan selamat atau tidak.
Elakkan melakukan aktiviti di bawah pokok kerana banyak perkara boleh berlaku bila berada di bawah pokok contoh ; seperti pokok tumbang, ranting-ranting kayu reput jatuh dan haiwan-haiwan yang berbisa yang berada di atas pokok juga boleh jatuh ke atas anda.
Tengok juga rupa bentuk kawasan tempat anda nak lakukan aktiviti tu, adakah kawasan itu berbatu-batu,licin ,tajam.
#2. Elakkan tinggal anak berseorangan
Banyak tragedi lemas dapat dielakkan jika anda tidak berenang berseorangan. Ini adalah salah satu undang-undang keselamatan yang patut anda tahu dan patuhi.
Temanilah anak-anak anda jika melakukan aktiviti. Ini bertujuan jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kekejangan otot ketika berenang,sesak nafas dan sebagainya,tindakkan menyelamat dapat dilakukan.Setidak-tidaknya lakukanlah aktiviti air di kawasan yang mempunyai ramai orang demi keselamatan.
#3. Menggunakan alat bantuan pengapungan
Menggunakan peralatan pengapungan seperti jaket keselamatan,arms float atau ring buoy boleh digunakkan untuk keselamatan.Bagi yang tidak tahu berenang perlulah memakai peralatan ini.Perlatan itu juga perlu diuji sebelum dan selepas digunakan supaya sentiasa berkeadaan elok semasa digunakan.
Ada satu kes di mana seseorang mati lemas semasa menggunakan jaket keselamatan kerana jaket keselamatan yang digunakan tidak boleh terapaung apabila digunakan.
Apabila disiasat didapati,syarikat yang mengendalikannya gagal mengadakan rutin pemerikasaan keselamatan peralatan. Pantau anak-anak ketika menggunakan alat bantuan ini.
#4. Kawasan selamat
Lakukanlah aktiviti air bersama anak-anak di kawasan yang selamat.Tak semua kawasan aktiviti air seperti sungai dan air terjun itu selamat.
Ramai yang abaikan tentang keselamatan ketika sedang beriadah.Perlu diingat tekanan dan arus pada sesuatu tempat itu berbeza.Ada sesetengah tempat itu permukaan air tenang tapi arus di dasarnya kuat.Jadi berhati-hatilah ya.Pantau dulu sebelum buat aktiviti.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: hazirah.zaini
Baca juga: Pakar psikologi beri amaran bahaya apabila anak ambil terlalu banyak aktiviti kokurikulum
Baca juga: Bonding dengan keluarga melalui aktiviti outdoor pada hujung minggu
Baca juga: Jangan Biar Anak Tengok Tv, Ibu Tetapkan Aktiviti Di Rumah Supaya Sel Otak Berkembang