7 Tanda Hamil 2 Minggu Yang Buat Ramai Ibu Keliru, Waktu Inilah Sesuai Buat Ujian Kehamilan!

Tanda hamil 2 minggu mungkin tidak disedari oleh kebanyakan wanita. Namun pada ketika ini tubuh mula menunjukkan perubahan daripada biasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perjalanan kehamilan setiap wanita tidak sama. Ada yang dapat melaluinya dengan mudah tanpa sebarang masalah dan ada juga terpaksa melayan pembawakan anak. Namun tahukah anda ada beberapa tanda hamil 2 minggu yang ramai ibu tidak sedar?

Tidak dinafikan bahawa proses persenyawaan yang terjadi menyebabkan perubahan pada tubuh. Jika ini pengalaman kali pertama, sudah tentu ibu keliru adakah gejala yang dialami disebabkan oleh kehamilan atau masalah lain.

Tanda hamil 2 minggu yang ramai ibu tidak sedar

Tanda hamil 2 minggu pada setiap ibu adalah berbeza-beza. Meskipun anda pernah mengandung sebelum ini, pasti tidak akan sama. Ada sesetengah ibu mengakui bahawa alahan yang dialami hanya terjadi ketika trimester pertama sahaja, dan ada juga mengalaminya sehingga trimester ketiga.

Walau apapun, nikmati sahaja pengalaman ini kerana itulah nikmat menjadi seorang ibu.

Berikut tanda-tanda hamil 2 minggu yang membuatkan ramai wanita keliru:

#1. Rasa mual dan ingin muntah

Untuk pengetahuan anda, gejala alahan atau morning sickness mula berlaku ketika usia kehamilan dua minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin rasa mual, seakan-akan ingin muntah tidak kira siang ataupun malam. Masalah ini biasanya akan reda apabila anda memasuki trimester kedua kehamilan.

Namun kajian mendapati 1 daripada 10 ibu mengandung masih mengalaminya sehingga memasuki minggu ke-20 kehamilan.

#2. Keluar keputihan dari vagina

Sesetengah ibu muda mungkin menganggap keluar keputihan dari vagina ini adalah sesuatu yang normal atau petanda bakal datang haid.

Namun ia sebenarnya salah satu tanda hamil 2 minggu. Hal ini kerana jika anda teliti, jumlah keputihan yang keluar adalah lebih banyak daripada sebelumnya. Namun jangan risau kerana ia tidak berbahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara ciri-ciri keputihan vagina yang menjadi petanda awal kehamilan adalah sedikit cair, warna putih susu atau jernih dan bau ringan.

Peningkatan jumlah keputihan ini mungkin akan terus berlanjutan sepanjang kehamilan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kulat pada vagina. Sekiranya anda berasa kurang selesa, kami sarankan untuk kerap menggantikan pakaian dalam.

#3. Mudah berasa penat

Ketika awal kehamilan, ibu mungkin berasa cepat penat meskipun hanya melakukan pekerjaan ringan. Bukan itu sahaja, anda juga mudah rasa mengantuk, sentiasa ingin berehat dan baring.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan aktiviti metabolik dan kadar hormon progesteron yang bertujuan membuatkan tubuh ibu bersedia untuk menyokong perkembangan janin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Payudara sakit 

Tanda tanda hamil 2 minggu yang seterusnya adalah payudara terasa sakit. Pada minggu-minggu pertama kehamilan, anda mungkin merasai bahagian ini lebih berat, keras dan besar berbanding biasa.

Selain itu, ia mungkin menjadi lebih sensitif dan kurang selesa apabila disentuh.

Ini terjadi adalah kerana saluran susu membesar dan merenggang untuk persiapan penghasilan susu badan di awal kehamilan.

Bagi mengatasi rasa sakit, ibu dinasihatkan untuk memakai pakaian dalam yang longgar, tanpa besi dan ukuran baju dalam bersesuaian dengan saiz payudara.

#5. Sakit pinggang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah ibu mungkin mengalami sakit pinggang sebelum mengetahui diri mereka sedang berbadan dua. Sakit pinggang terutamanya di bahagian bawah menjadi salah satu tanda-tanda hamil 2 minggu, keadaan ini biasanya datang bersama kekengan akibat kontraksi rahim.

Bahkan masalah sakit pinggang boleh berlanjutan seiring pertambahan usia kandungan anda. Justeru adalah penting untuk menjaga postur tubuh ketika duduk atau tidur.

#6. Deria bau dan makan menjadi terlalu sensitif

Gejala kehamilan awal mungkin mengubah nafsu makan sesetengah ibu. Anda mungkin menjadi sangat sensitif terhadap bau yang ada di sekeliling. Kebanyakan ibu mengatakan mereka tidak boleh bau menumis, bawang ataupun minyak wangi.

Semuanya mungkin menjadi serba tidak kena. Silap-silap bau suami pun anda tidak boleh.

Selain itu ibu juga mungkin sensitif terhadap rasa makanan atau masakan, di mana rasa pahit menjadi lebih dominan di awal kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika saat ini juga anda akan menglami penurunan nafsu makan. Namun ibu boleh try and error jenis makanan yang lain seperti rasa masam atau manis untuk mengurangkan rasa pahit lidah.

#7. Mood swing dan sakit kepala

Tanda tanda hamil 2 minggu yang lain adalah emosi ibu menjadi mudah berubah atau mood swing. Ibu hamil cenderung untuk marah, menangis dan bahagia dalam suatu masa.

Ciri hamil 2 minggu ini terjadi kerana perubahan hormon dalam tubuh yang boleh menyebabkan anda berasa gelisah bahkan rasa serba tidak kena.

Selain itu sakit kepala juga menjadi salah satu tanda hamil 2 minggu. Keadaan ini terjadi kerana peningkatan hormon secara tiba-tiba dan aliran darah.

Tubuh akan menampung sekitar 50 peratus darah tambahan semasa wanita mengandung. 

Bilakah waktu terbaik untuk menguji kehamilan dan berjumpa doktor?

Sekiranya ibu ada mengalami salah satu atau beberapa tanda-tanda hamil 2 minggu di atas, lakukan langkah selanjutnya dengan:

  1. Membuat ujian kehamilan sendiri di rumah menggunakan UPT. Ia mampu mengesan kadar hormon human chorionic gonadotropin (hCG), yang jumlahnya akan meningkat pada awal kehamilan dan boleh dikesan dalam air kencing. Waktu terbaik menguji kehamilan adalah pada awal pagi.
  2. Selain itu jika anda berasa ragu-ragu dengan keputusan UPT, ibu disaran untuk segera merujuk doktor bagi mendapatkan jawapan yang tepat. Sebagai permulaan, pihak klinik atau hospital akan meminta anda melakukan UPT terlebih dahulu, kemudian barulah mereka membuatkan imbasan pada perut bagi melihat kantung dan menentukan usia kehamilan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Selain Suka Makanan Manis, Ini 11 Tanda Hamil Anak Perempuan Sering Dialami Ibu!

Baca juga: Waspada Tanda-Tanda Hamil Luar Rahim, Atau Kehamilan Anggur – Ramai Ibu Tak Sedar!

Baca juga:  Tanda Hamil Kembar Yang Mungkin Ibu Alami, Penat Melampau Salah Satu Petandanya!