Kalau anda sedang ikhtiar untuk hamil, pasti anda sedia maklum mengenai tanda-tanda kehamilan. Tapi untuk kenalpasti tanda hamil boleh mengelirukan, malah anda mungkin terlepas pandang tanda implantasi berhasil, yang anda boleh ketahui lebih awal dari tanda hamil!
Kami akan berkongsi tanda implantasi berhasil dengan anda dalama artikel ini, namun jom kita belajar tentang apa itu implantasi dulu.
Apa Itu Implantasi?
Langkah pertama kehamilan berlaku adalah apabila sperma berjaya membuahkan telur dalam tiub fallopian dan sel-sel akan mula bercambah bilangannya. Telur yang berjaya disenyawakan akan pergi ke rahim, di mana ia akan membesar sehingga cukup matang dan menjadi blastocyst.
Blastocyst ini kemudiannya mengembang dan membenamkan dirinya ke dalam tisu rahim: dan inilah yang dikenali sebagai implantasi.
Implantasi sebenarnya berlaku dalam tempoh masa yang agak dekat dengan tarikh datang bulan. Jadi ini akan membuatkan anda mudah keliru antara gejala implantasi yang berjaya dengan tanda-tanda biasa sebelum haid.
Jangan risau ya, kami akan menjelaskan apa yang anda perlu tahu tentang implantasi yang berjaya, dan macam mana untuk membezakannya dari tanda datang bulan.
8 Tanda Implantasi Berhasil
Secara amnya, gejala implantasi yang berjaya adalah seperti berikut:
Kekejangan
Semasa implan blastocyst berlaku, anda mungkin merasakan krem atau ketidakselesaan. Kekejangan ini berlaku apabila blastocyst menggali ke dalam dinding rahim, tetapi lebih ringan berbanding semasa datang bulan dan akan berlangsung hanya 1-2 hari.
Anda mungkin tidak mengalami krem ini langsung. Namun sekiranya ia terjadi, mungkin ia akan berlaku sekali dengan pendarahan atau sebelum berlakunya pendarahan.
Spotting
Pendarahan implan, yang dikenali sebagai spotting, merupakan satu lagi tanda awal kehamilan. Anda akan mengalami ini sekitar 10-14 hari selepas konsepsi – lebih kurang pada waktu datng bulan.
Perbezaan Pendarahan Implan, Spotting Dan Haid
Pendarahan implan adalah berbeza dengan pendarahan haid dalam beberapa cara kerana ia jelas:
- Mempunyai warna yang berbeza. Darah haid biasanya berwarna merah gelap. Sebaliknya, pendarahan implan biasanya berwarna merah jambu pucat kepada karat coklat.
- Tiada darah beku. Tidak seperti pendarahan haid, pendarahan implan tidak datang dengan sebarang pembekuan darah.
- Tempoh lebih pendek daripada haid biasa. Menstruasi normal berlangsung antara 3-7 hari. Pendarahan implan pula lebih singkat tempoh waktunya, dan boleh berlangsung dari beberapa jam hingga 3 hari secara keseluruhan.
- Tidak banyak seperti haid. Menstruasi cenderun keluar banyak sehingga memenuhi pad, tapi pendarahan implantasi hanya sedikit. Malaha da yang terlalu sedikit sampai tak lekat pada pantyliner pun!
Gejala Lain Implantasi Yang Berjaya
Implantasi juga merupakan tanda awal yang mengesahkan anda hamil ya, sebelum menggunakan UPT. Berikut adalah beberapa tanda awal mengandung yang mungkin anda alami:
#1 Lewat Datang Haid
Sekiranya haid berlaku secara konsisten berlaku setiap bulan dan tiba-tiba lewat, ini mungkin bermakna anda hamil.
#2 Payudara Sensitif
Anda mungkin mendapati bahawa payudara anda kelihatan bengkak atau terasa sakit. Ini adalah tanda awal kehamilan dan berlaku kerana perubahan dalam rembesan hormon.
#3 Menjadi Muram
Sekiranya anda rasa lebih beremosi berbanding kebiasaan, ia boleh menjadi tanda kehamilan awal. Turun naik dalam emosi disebabkan oleh penyesuaian hormon.
#4 Mengelak Makanan Tertentu
Kehamilan datang dengan sensitiviti yang meningkat kepada rasa atau bau tertentu, dan sangat kuat apabila ia datang kepada makanan.
#5 Rasa Kembung
Walaupun menjadi kembung biasanya berlaku sebelum haid, ia juga boleh menjadi tanda kehamilan yang disebabkan oleh perubahan hormon.
#6 Hidung Tersumbat
Apabila hormon anda berubah, ia boleh menyebabkan pembengkakkan pada membran mukus dalam hidung. Malah pendarahan hidung juga boleh berlaku.
#7 Sembelit
Perubahan kepada hormon anda mungkin juga melambatkan kadar penghadaman sistem pencernaan anda, yang mengakibatkan masalah pencernaan.
Lawati pakar perubatan anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai tempoh anda atau untuk menerima panduan lanjut tentang apa lagi yang harus dilakukan jika anda mengandung.
Jangan lupa download aplikasi theAsianparent ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya Oey dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
7 Kesilapan Yang Selalu Dibuat & Harus Dielak Jika Anda Mahu Cepat Hamil