Semua orang tahu tanda-tanda kehamilan yang ‘terkenal’ seperti mual, lambat datang haid, payudara bengkak dan penat. Tahu tak terdapat banyak lagi tanda pasti hamil yang unik?
Ini kerana lain badan, lainlah reaksinya. Waktu awal kehamilan saya dulu, saya pernah mengalami sengal kaki kanan seperti cramp. Pelik! Tapi itulah antara tanda awal kehamilan anak pertama saya.
7 Tanda pasti hamil yang ramai tak tahu
#1. Keputihan yang lain dari lain
Selalunya anda boleh baca tekstur keputihan anda iaitu pada waktu subur, selepas haid dan ketika ingin datang haid. Tapi yang ini lain sedikit. Teksturnya lebih kekuningan dan melekit malah ada waktu terlalu cair.
Ini adalah kerana peningkatan hormon dan peraliran darah vagina waktu hamil. Ia meningkat pada waktu hamil sebagai perlindungan agar servik dan dinding vagina tidak akan terkena infeksi. Jika tidak dijaga dengan betul ia akan mengakibatkan kerengsaan pada vagina.
#2. Badan anda panas
Selepas waktu anda ovulasi anda akan dapati suhu badan anda sedikit panas. Ia akan kekal begitu sehinggalah anda dapat haid. Namun sekiranya ia terjadi lebih dari dua minggu dan anda masih tidak mendapat haid, itu tanda kemungkinan besar ini tanda anda pasti hamil.
#3. Sakit kepala, cramp dan kerap kencing
Bagi saya ini tanda biasa jika saya akan datang haid. Dan memang betul tanda datang haid sangatlah sama seperti tanda awal kehamilan. Sakit kepala adalah kerana peningkatan hormon serta darah dalam badan. Dan cramp akan terasa pada bahagian bawah abdomen. Namun jika anda rasa cramp yang terlalu sakit, serta pendarahan teruslah berjumpa doktor!
Kerap kencing bukan saja berlaku saat perut sudah membesar saja ya. Pada awal kehamilan juga anda akan kerap ke bilik air.
#4. Selalu mengantuk
Di mana-mana pun anda boleh tidur. Percayalah waktu kehamilan pertama saya dahulu, dengan bunyi drill yang kuat pun saya boleh tidur dengan lena tau! Dan kalau tak tidur anda akan berasa pening. Ini adalah kerana tekanan darah yang rendah ketika hamil.
#5. Sembelit atau cirit-birit
Sama ada dua ini sahaja. Sekiranya anda boleh buang air besar seperti biasa itu bukanlah tanda hamil. Ini kerana perubahan hormon dan ada kemungkinan vitamin persediaan kehamilan yang anda ambil. Banyakkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan seperti pisang dan betik agar mudah dihadam.
#6. Spotting seperti haid
Apabila masuk bulan ke dua kehamilan, ini antara tanda yang sangat ketara. Akan ada sedikit spotting atau darah period berwarna coklat. Ia adalah kesan penempelan embrio pada dinding uterus. Tapi kalau terlalu banyak teruslah berjumpa doktor takut pula ia adalah kehamilan ektopik.
#7. Sekejap gembira sekejap sedih
Ini sememangnya benar. Pada awal kehamilan perasaan anda akan bercampur baur. Tapi jangan risau ia akan lebih baik ketika pertengahan kehamilan!
Sekiranya anda tidak mengalami apa-apa tanda pasti hamil seperti di atas, jangan bimbang! Ingat lain badan lain reaksinya, ada juga wanita yang tidak mengalami apa-apa tanda tapi sebenarnya hamil! Berjumpalah dengan Doktor untuk kepastian ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anda Punyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!