Google menolong ibu ini mengesan tanda awal kanser kanak-kanak pada anaknya!

Ibu bapa yang suka merujuk Google ada kebaikkannya juga. Cuba baca kisah ibu ini yang berjaya mengesan penyakit kanser anaknya terima kasih pada Google!

Laura Handley, seorang ibu yang berusia 30 tahun, berjaya mengesan penyakit kanser anaknya selepas bertanya dengan "cik" Google di internet tentang tanda-tanda awal kanser.

Kali pertama Laura nampak lebam-lebam merah pada badan anak perempuannya ialah ketika dia berusia 2 tahun. Pada masa itu, dia ingat mungkin anaknya terhantuk ke apa, dan tidak banyak memikirkannya.

Tetapi tidak lama kemudian dia terbaca tentang kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang mempunyai tanda-tanda sama. Rupa-rupanya dia menghidap penyakit kanser darah dan terus meninggal seminggu selepas didiagnosis.

Selepas membaca tentang kisah itu, Laura berasa tidak senang hati dan mula melakukan kajian sendiri dengan bantuan Google.

Tanda-tanda yang dikaji termasuk seperti senang lebab dan ruam bertitik-titik (petekia).

Google bantu ibu kesan tanda-tanda awal kanser pada anak

penyakit kanser kanak kanak, tanda-tanda awal kanser, gejala kanser Sumber gambar: Instagram “Tazmin’s fight against AML”

Menurut hasil carian Google, anak perempuannya mungkin sedang mengalami mielodisplasia (sejenis keadaan pra-leukemia). Kebimbangan Laura disahkan oleh pakar kanak-kanak, selepas dia membawa anaknya yang bernama Tazmin itu untuk pemeriksaan.

Kemudian, jumlah sel darah putih anak perempuannya terus meningkat, dan dia sah mengalami penyakit leukemia. Inilah mimpi buruk setiap ibu.

Baru tadi kita nampak anak sihat, kemudian dengan cepat, kesihatannya merosot begitu sahaja!

Sekiranya Laura tidak melakukan carian google tentang tanda-tanda awal kanser, Laura tidak pasti jika anak perempuannya masih hidup hari ini.

Tanda-tanda awal kanser yang ibu harus peka

Menurut Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, berikut adalah tanda-tanda awal kanser yang boleh membantu ibu bapa melakukan pengesanan awal.

  1. Perubahan dalam ‘corak’ pembuangan air besar atau buang air kecil yang berterusan dalam jangka masa 2-3 bulan.
  2. Pendarahan yang luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
  3. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan sakit.
  4. Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen.
  5. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.
  6. Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser.
  7. Pendarahan luar biasa dari hidung, pekak atau bunyi deringan di dalam telinga.
  8. Senak atau kesukaran bernafas.
  9. Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Batuk penghisap rokok yang bertambah teruk.
  10. Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3-6 bulan.

Walaupun rajin merujuk Dr. Google, ibu bapa masih perlu berhati-hati!

penyakit kanser kanak kanak, tanda-tanda awal kanser, gejala kanser

Ya, memangpun Google banyak membantu ibu ini mengesan tanda-tanda awal kanser. Ramai juga kisah ibu bapa lain yang turut merujuk hasil carian Google dan berjaya mengesan penyakit anak mereka.

Memang tak salah kalau ibu bapa rajin merujuk Google untuk jawapan, tapi anda perlu berhati-hati apabila mengikut nasihat perubatan yang anda baca di internet.

Walaupun internet menyediakan banyak maklumat, ini tidak bermakna semua maklumat dan data yang ada sudah disahkan oleh pakar. Pakar kanak-kanak lebih tahu mengenai sejarah kesihatan anak anda.

Jika ibu bapa rasa ragu-ragu apabila anak menunjukkan tanda-tanda awal kanser, adalah lebih baik untuk mendapat diagnosis dari pakar-pakar lain juga.

Jangan hanya bergantung kepada pendapat satu orang pakar sahaja. Biar berjumpa 2 hingga 3 pakar untuk mendapat pengesahan. Lagipun ini soal kesihatan dan kesejahteraan anak kita.

Akan tetapi, marilah kita menjadi ibu bapa yang lebih peka tentang kesihatan dan keselamatan anak-anak. Jika anda mengesyaki sesuatu, hasil daripada pembacaan atau pencarian di Google, sila dapatkan rujukan pakar.

 

 

 

 

 

Sumber: Fox News, National Cancer Society Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Gambar menyayat hati ibu ini menyusu anaknya buat kali terakhir kerana kanser