Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

Tanda tanda kanser payudara boleh diketahui lebih awal. Baru-baru ini, jumlah pesakit semakin meningkat dalam kalangan wanita bawah 40 tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada bulan Februari yang lalu, mendedahkan angka mengejutkan iaitu 1 daripada 9 wanita di negara ini berkemungkinan menghidap penyakit kanser. Justeru adalah penting untuk anda mengambil tahu tanda tanda kanser payudara secara lebih awal.

Dalam laporan berkenaan, 33.9 peratus wanita dikatakan menghidap kanser payudara, manakala 10.7 kanser kolorektal (usus) dan 6.2 peratus kanser serviks.

Tanda tanda kanser payudara perlu dikesan lebih awal

Menurut Pakar Perunding Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Aqilah Othman menjelaskan keadaan itu sangat membimbangkan.

Ha ini kerana trend penghidap kanser payudara sudah berubah, kini lebih ramai golongan wanita muda berusia bawah 40 tahun disahkan menghidap penyakit kanser.

”Angka itu kian meningkat tanpa kita tahu penyebabnya. Begitu juga dengan pesakit wanita yang menghidap kanser usus atau kolorektal. Sekarang ini ramai pesakit berusia antara 20 dah 40 tahun disahkan dengan penyakit ini.”

”Malah ada pesakit saya menghidap kanser payudara meskipun dia baru berusia awal 20 tahun,” jelasnya.

Tambahnya lagi pertimbangan terperinci perlu dilakukan dalam memilih rawatan untuk pesakit muda kerana ia melibatkan kesuburan terutamanya hal membabitkan perancangan memiliki zuriat.

”Walaupun kaedah rawatan kanser payudara ini lebih kurang sama seperti kemoterapi dan radioterapi, tapi bagi pesakit muda kita perlu menilai sama ada sudah mempunyai anak ataupun tidak, merancang untuk zuriat dan lain-lain.” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rawatan susulan juga mungkin berbeza antara pesakit muda dan berusia kerana perlu disesuaikan mengikut usia, tahap kanser dan kebarangkalian berulang serta lain-lain faktor.

Angka jumlah pesakit semakin meningkat apabila golongan muda lambat mengesan tanda tanda kanser payudara secara lebih awal. Kesannya, mereka tampil mendapatkan rawatan selepas berada di tahap lebih serius.

Dr Aqilah Othman turut menyenaraikan beberapa tanda tanda kanser payudara iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ada benjolan pada payudara. Ia sukar dikesan jika hanya memeriksa sendiri di rumah pada tahap awal
  • Jika boleh dirasa sendiri, biasanya ia sudah berukuran lebih daripada 1.5 hingga 2.0 sentimeter
  • Tanda tanda kanser payudara ini berbeza dengan wanita berusia lebih 40 tahun yang biasa melakukan ujian saringan mamogram. Ia boleh dikesan awal sebelum ia membesar sehingga boleh dirasai sendiri walaupun saiz kecil

Sel kanser payudara cepat membesar, pesakit perlu dapatkan rawatan yang tepat

Dr Aqilah turut berkongsi pengalaman merawat pesakitnya yang disahkan kanser pada pertengahan usia 20 tahun.

Pada mulanya dia tidak yakin menjalani rawatan kerana keluarga dan rakan-rakan lebih mendorongnya menukar cara pemakanan dan ikhtiar kaedah urutan dengan harapan kansernya sembuh sendiri.

”Seperti wanita lain, dia takut untuk menjalani rawatan. Selepas 4 minggu ubah cara pemakanan, dia kembali ke hospital untuk buat imbasan. Ketika itu dapat dilihat bahawa sel kansernya semakin membesar.”

”Melihat betapa cepatnya kanser itu membesar, dia bersetuju untuk menjalani kemoterapi dan selepas selesai satu kitaran rawatan secara tertumpu (targeted treatment), dalam masa 3 minggu sahaja, benjolan pada payudaranya sudah mengecil.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Sebaik selesai kemoterapi, prosedur pembedahan dijalankan. Semasa merawatnya, saya menasihatkan supaya bersenam dan melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Keluarga yang sebelum ini kurang setuju dengannya untuk dapat rawatan mula memberikan sokongan penuh.” katanya.

Tambahnya lagi, hal ini kerana anak mereka kini hidup dengan lebih positif, sihat dan bebas daripada kanser disebabkan persetujuannya mengikuti saranan doktor. Sebenarnya, keputusan untuk membuat rawatan perlu datang daripada keinginan pesakit itu sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sokongan daripada orang terdekat sangat penting ketika pesakit menjalani rawatan, kebiasannya kesan yang dialami itu sementara sahaja. Kebanyakan pesakit mengatakan mereka lebih sihat berbanding dengan sebelum diagnosis kanser.

Sebagai doktor yang merawat, dia cukup gembira apabila pesakit sembuh dan mereka mula mengubah gaya hidup yang lebih sihat. 

Bagi mengelakkan risiko dan tanda kanser payudara ini, anda hendaklah mengelakkan makanan tinggi gula, makanan berproses dan melakukan ujian saringan di hospital berdekatan sebagai cara mengesan kanser payudara dengan saluran yang betul.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Menjadi Antara Pesakit Kanser Payudara Termuda Di Asia!

Baca juga:  Ujian Dari Allah Taala, Ibu Derita Kanser Payudara & 2 Anaknya Lagi Hidap Sakit Kronik

Baca juga: Bayi Suka Gigit Puting Payudara Ketika Menyusu, Jangan Pukul Atau Jerit, Bayi Boleh Trauma!