Bagi kebanyakan orang, mengalami tanda-tanda seperti sakit dada, benjolan atau otot seakan bergerak adalah sangat membimbangkan, dan juga menakutkan.
Dengan kemudahan kepada internet untuk mencari info mengenai tanda yang berbeza juga menambahkan lagi rasa paranoid dan rasa mempunyai pelbagai penyakit yang mengancam nyawa, walhal sebenarnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Berikut adalah 10 tanda-tanda tidak bahaya yang selalunya orang anggap bahaya:
1. Sakit dada
Memang benar yang serangan sakit jantung menyebabkan sakit dada yang teruk, terdapat banyak punca lain yang menyebabkan sakit dada seperti, pedih ulu hati, otot ketat, dan sebagainya. Mereka yang mengalami serangan sakit jantung selalunya merasai “referred pain”,atau kesakitan pada anggota badan yang lain seperti tangan kiri, bahu kiri atau rahang bawah.
Jadi jangan takut jika anda mengalami sedikit sakit dada, ia mungkin hanya pedih ulu hati atau juga saraf tersepit.
2. Benjolan
Menyedari ada benjolan pelik di badan anda boleh jadi sangat membimbangkan, dan ramai orang membuat konklusi dengan cepat bahawa ia adalah tumor atau sarcoma.
Realitinya, ia selalunya adalah sebaceous cyst, satu tumur lemak benign, atau ketumbuhan bukan kanser. Walaubagaimanapun, anda masih harus pergi berjumpa doktor jika ia semakin membesar atau rasa sakit ketika disentuh. Tetapi anda tidak harus hingga tidak tidur malam risau tentang benjolan yang tidak dapat dijelaskan di badan anda.
3. Otot seakan bergerak-gerak
Bagi sesetengah orang, otot bergerak-gerak bermakna kesan awal ALS, walaubagaimanapun, otot bergerak-gerak adalah normal untuk kebanyakan orang dan bukan semestinya bermakna sesuatu yang serius.
Ia selalunya terjadi kerana otot dah terlampau banyak bergerak, dehidrasi, atau hanya keresahan. Namun, ia juga mungkin kesan daripada BFS atau Benign Fasciculation syndrom yang kedengaran menakutkan, tetapi sebenarnya lebih kepada gangguan dari membahayakan.
4. Penurunan berat badan yang mendadak
Penurunan berat badan yang mendadak disertai dengan lemah dan tidak bermaya adalah sebahagian daripada tanda HIV, jadi tidak hairanlah segelintir orang tiba-tiba takutkan penurunan berat badan yang mendadak. Namun, jika anda tidak pernah menjalankan hubungan intim tidak selamat, anda tidak perly takut.
Tetapi jika anda pernah menjalankan hubungan intim tidak selamat, lebih baik anda ambil ujian saringan. Lebih baik selamat dari menyesal.
5. Cepat lupa
Sebenarnya ini adalah normal untuk kita menjadi pelupa semakin umur kita meningkat. Ia tidak semestinya tanda anda menghidap Alzheimer. Alzheimer bukan sekadar pelupa kerana ia mengecutkan otak anda. Mereka yang menghidap Alzheimer selalunya lupa perkara yang mudah seperti cara memandu kereta atau menggunakan telefon.
Jadi jangan risau jika anda mula menjadi pelupa. Ia tidak semestinya tanda Alzheimer.
6. Sakit kepala
Apabila seseorang mengalami sakit kepala, mereka secara automatik memikir mereka mempunyai tumor otak. Akan tetapi, terdapat senarai yang panjang kenapa orang mengalami sakit kepala dan kebanyakan adalah tidak berbahaya dan mengancam nyawa.
Kebarangkalian untuk mendapat tumor otak di dalam hidup anda adalah lebih kurang 1% sahaja. Risiko mengalami kemalangan jalan raya lebih tinggi berbanding risiko anda menghidap tumor otak. Jadi jangan risau jika anda kerap sakit kepala. Anda mungkin kurang tidur atau stress.
7. Kekejangan
Orang yang mengalami kekejangan kadang-kadang secara automatik berfikir bahawa itu sclerosis berulang. Walaubagaimanapun, sebab paling biasa sebenarnya dehidrasi. Dengan memastikan bahawa anda sentiasa terhidrat adalah sangat penting. Anda juga boleh cuba minum minuman sukan atau makan pisang supaya anda boleh sentiasa terhidrat.
8. Nodus limfa bengkak
Pembengkakan nodus limfa biasanya bermakna bahawa badan anda melawan jangkitan. Dan ada ketika ia benar boleh menjadi tanda limfoma, tapi peluangnya adalah sangat rendah. Adalah lebih biasa untuk mempunyai nodus limfa bengkak akibat gigitan serangga atau jangkitan tekak. Walaubagaimanapun, jika anda benar-benar bimbang, tidak salah memeriksa dengan doktor anda mengenainya.
9. Menggigil
Rasa ‘menggigil’ tidak selalu tanda penyakit Parkinson. Dalam kebanyakan kes, banyak orang merasa menggigil kerana mereka tidak makan. Ia juga berlaku apabila anda gementar atau jika anda mempunyai kekurangan iodin, B12, dan lain-lain. Ia bukanlah perkara yang anda patut terlalu risau, jadi jangan terlalu tertekan apabila anda mengalaminya.
10. Bau yang tidak dapat dijelaskan (phamtom smells)
‘Phamtom smells’ adalah salah satu daripada tanda-tanda strok kerana strok memotong bekalan darah ke otak, yang boleh menyebabkan gejala neurologi seperti bau yang tidak dapat dijelaskan. Walaubagaimanapun, ia sebenarnya bukan tanda strokyang paling biasa, jadi tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.
Walaubagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh polip hidung, jangkitan sinus, atau keresahan.