Anda sedang meracun perkembangan anak jika anda buat 7 perkara ini!

Apabila anak masuk ke usia 7 tahun ke atas, ibu bapa perlu berikan sedikit kebebasan untuk anak memilih apa yang dia suka. Bukan mengongkong hingga anak rasa kecewa apabila kehendak mereka tak dipenuhi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda pernah dengar tanda-tanda toxic parents? Benar, anda ingin melakukan yang terbaik pada anak tapi kadang-kadang, ibu bapa ini tak sedar ada sesetengah perbuatan yang mengundang padah bila anak meningkat dewasa. 

Tanda-tanda toxic parents ini berkait rapat dengan sikap ibu bapa yang sering menghalang perkembangan anak-anak. Pendek kata, semuanya kena ikut cakap ibu bapa.

Sepatutnya ibu bapa memberi perhatian, galakan dan pemahaman pada anak-anak tentang sesuatu perkara supaya mereka lebih yakin di masa hadapan.

Tapi bila ibu bapa tidak percaya pada anak ini yang berlaku.

Bahkan anda tak pernah sedar sikap atau tanda-tanda toxic parents ini boleh  meracun dalam diri anak-anak. Secara tak langsung, ia membuatkan mereka sukar nak percaya diri. 

Baiklah, anda boleh semak 7 tanda-tanda toxic parent ini sama ada terbentuk dalam diri anda atau tidak. 

7 tanda-tanda toxic parents – berhenti buat perbuatan ini! 

#1: Sering membuat perbandingan 

Tanda-tanda toxic parenta atau anda sedang meracuni anak ialah apabila anda suruh anak mengikut tingkah laku atau perwatakan tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian, anda membuat perbandingan terhadap sikap mereka hingga membuatkan anak-anak rasa tertekan.

Sedangkan anak-anak perlu membesar dengan cara mereka sendiri, mengikut kesukaan dan kemahiran masing-masing. Biarkan mereka memilih mana yang mereka mahu atau nak jadi.

Paling penting adalah jangan merendahkan kemampuan anak seperti mengatakan kelemahannya pada orang lain.

Sepatutunya anda lebih fokus pada kekuatan anak yang mana dia cenderung ke arah itu. Kemudian perlahan-lahan bimbing mereka. 

#2: Sering berfikiran negatif 

Sebagai ibu bapa anda sepatutnya membuang sikap dan fikiran negatif yang hadir dalam kotak fikiran. Sebaiknya anda menunjukkan sikap positif dan teladan yang baik pada anak-anak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan anda terlupa anak juga ada pendirian dan keinginan sendiri. Bukan semuanya perlu mengikut pemikiran anda saja. 

#3: Menghalang kebebasan anak 

Kredit: Mom Junction

Tanda-tanda toxic parents juga dapat dilihat apabila anda menyekat kebebasan anak. Bahkan ada yang  over  ingat anak itu masih lagi bayi sedangkan sudah menginjak ke umur remaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada saja yang tak kena di mata anda bila anak buat keputusan dan menentang keras apa yang mereka mahukan. 

#4: Terlalu cepat suruh anak buat perkara seperti orang dewasa 

Anda mungkin terlupa anak itu masih dalam usia kanak-kanak. Tapi sering menyuruhnya melakukan perkara seperti mana orang dewasa buat. 

Sedangkan anak memerlukan bimbingan ibu bapanya dalam usia yang masih kecil. 

#5: Tak hormat kehendak anak-anak 

Kredit: Ensiklopedia bebas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda-tanda toxic parents juga dapat dilihat apabila ibu bapa tak hormat kehendak anak-anak.

Maksudnya anda paksa mereka melakukan aktiviti yang mereka tak suka seperti suruh masuk ke pertandingan sukan yang tak digemari atau hantar ke kelas tuisyen yang mereka tak suka.

Jadi mereka rasa tak seronok untuk melakukannya. Sepatutnya anda biarkan dia tentukan sendiri dan bimbing mereka saja. 

#6: Selalu nak jadi kawan pada anak 

Benar, menjadi kawan baik pada anak memang bagus. Tapi jangan terlalu taksub nak jadi kawan anak hingga terlupa bahawa anda itu adalah ibu bapa mereka.

Sebaiknya, biarkan anak berkawan supaya disiplin mereka terbentuk dengan sempurna dan dapat belajar sesuatu dari berkawan itu. Kan lagi bagus? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7: Tidak peka dan menepis percakapan anak 

Komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting. Bahkan dengan komunikasi, ia mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak.

Tapi tanda-tanda toxic parents apabila komunikasi terjadi apabila ibu bapa bercakap lebih banyak daripada anak dan selalu tepis percakapan anak.

Hingga dia merasa kecewa bila ibu atau ayahnya memotong percakapannya itu.

Apa yang anda boleh lakukan adalah mendengar kemudian barulah beri respon dengan apa yang dituturkan si anak. Jika melakukan ini, anak pun rasa senang dan yakin untuk berkongsi cerita bersama anda.

Selepas membaca halaman artikel ini, adakah tanda-tanda toxic parentx ini ada pada diri anda?

Jika ya, cepat-cepat berubah demi perkembangan anak yang sihat. Jangan lupa kongsikan dengan rakan yang lain! 

 

 
 
 
 
 
 
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Kredit gambar: Personality Buzz

Sumber: theAsianparent Singapore 

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-suka-bertanya