9 Persediaan PENTING Isteri Wajib Buat Sebelum Pasangan Meninggal Dunia, No #1 Paling Mustahak!

Kita tak tahu sampai bila kita akan bersama pasangan. Jadi persiapkan diri dengan 9 perkara penting ini supaya jika apa-apa berlaku tiada masalah kemudian hari!

Tahukah anda, ada banyak tanggungjawab isteri selepas kematian suami yang harus anda tahu supaya lebih bersedia dengan situasi yang bakal terjadi? 

Lumrah dalam melayari bahtera rumah tangga, manusia akan diuji dengan beberapa situasi yang seakan “merentap” kebahagiaan. 

Itulah yang dikongsikan sendiri oleh Solah Hiyah Mohd Idris, seorang ibu tunggal setelah kehilangan suami tercinta. Dia berkongsi 9 persediaan dan tanggungjawab isteri selepas kematian suami yang perlu kita ketahui. 

Ia adalah sesuatu yang pasti berlaku sama ada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan. 

Tiada apa milik kita kerana semuanya adalah pinjaman sementara, tapi sentiasalah berdoa supaya kita dan pasangan dianugerahkan pengakhiran yang terbaik. 

9 tanggungjawab isteri selepas kematian suami 

#1. Tanggungjawab isteri selepas kematian suami – Perlu saling mempercayai 

Semasa hidup, suami isteri harus saling berkongsi perkara penting yang membabitkan kewangan supaya mudah apabila situasi tertentu berlaku kelak.

  • Maklumkan kepada pasangan kata laluan telefon, email, myeg dan no pin kad ATM. 
  • No pin ATM perlu diketahui supaya anda boleh keluarkan duit yang ada. 
  • Semua duit perlu diagihkan mengikut faraid. Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua akaun akan dibekukan. 

#2. Tanggungjawab isteri selepas kematian suami – Buat salinan semua dokumen penting

  • Buat salinan kad pengenalan pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak dan kad pengenalan anak-anak. 
  • Semua dokumen penting ini perlu disahkan
  • Simpan dalam satu fail beserta salinan original. Bawa semua dokumen tersebut ketika membuat urusan berkaitan. 

#3. Tanggungjawab isteri selepas kematian suami – Maklumkan pasangan semua tanggungan 

  • Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan seperti bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang dan lain-lain. 
  • Perkara ini sangat penting bagi memudahkan urusan hutang dan faraid harta selepas kematian pasangan. 

#4. Hubungi bank berkaitan hutang dan sebagainya

  • Boleh claim khairat kematian daripada bank, insurans, socso, KWSP dan sebagainya. 
  • KWSP boleh diminta dalam tempoh enam bulan manakala Bank Rakyat hanya tiga bulan saja. 
  • Pastikan juga semua akaun di atas ada penama supaya memudahkan urusan faraid harta suami tanpa perlu surat urus tadbir. 
  • SOCSO ada pencen bulanan untuk waris. 

#5. Isteri harus belajar mengenai Iddah 

  • Hukum`iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.
  • Ada banyak jenis-jenis iddah ini, isteri wajib kaji satu persatu dan dapatkan nasihat daripada ustazah atau ustaz berkaitan dengannya. 

#6. Pengagihan harta 

  • Belajar tentang Faraid dan ambil tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan dan berapa banyak yang perlu diagihkan. 
  • Penama bukan bermakna harta ditinggalkan sepenuhnya kepada mereka. 
  • Penama wajib menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan jangan sampai termakan harta ANAK YATIM! 

#7. Mencarum dengan Takaful 

  • Jika mampu, buat caruman dengan Takaful untuk semua pinjaman bank. 
  • Wang tuntutan Takaful itu boleh membantu melangsaikan hutang dan meneruskan kelangsungan hidup. 

#8. Jaga silaturrahim 

  • Jaga silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa saja. Mereka ini yang akan datang bantu bila kita kehilangan, bersedih dan tidak berdaya. 

#9. Bersedia daripada sekarang 

Kredit: Pintar pusaka

  • Jangan tunggu dan bertangguh. Mulakan semuanya dari sekarang sebab kita tak tahu bila kita akan pergi. Berbincanglah bersama pasangan tentang perkara ini. 

Semoga bermanfaat dan kongsikan artikel ini dengan pasangan anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sedih! Budak 1 Tahun Menangis Di Sisi Jasad Ibu Yang Kaku & Tak Bernyawa

Baca juga: Kisah Pilu Lelaki Ini TERPAKSA Pilih Nak Selamatkan Nyawa Isteri Atau Anaknya

Baca juga: Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada