TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tanggungjawab SUAMI Dalam Rumah Tangga, Ambil Tahu Tugas Anda, Jangan Ambil Mudah!

4 min bacaan
Tanggungjawab SUAMI Dalam Rumah Tangga, Ambil Tahu Tugas Anda, Jangan Ambil Mudah!

Menjadi suami anda perlu peka. Peka dengan tanggungjawab suami dalam rumah tangga kerana anda akan disoal di akhirat kelak.

Walaupun zaman semakin moden, lebih ramai isteri dan wanita yang sudah boleh berdikari dan bekerja lelaki perlu tahu tanggungjawab suami dalam rumah tangga.

Jangan ambil mudah sekiranya isteri anda bekerja, anda rasa satu beban sudah terlepas dan ada lebih teruk semua perbelanjaan isteri dibuat tidak endah sahaja.

Jangan ambil mudah hal tanggungjawab ini kerana ia akan disoal di akhirat kelak.

Tanggungjawab suami dalam rumah tangga, jangan ambil mudah ya!

Tanggungjawab suami dalam rumah tangga

Kredit: edisiviral

Pernah terfikir apa tanggungjawab suami yang sebenarnya dan adakah anda dah penuhi tanggungjawab tersebut? Sebenarnya masih ramai lagi lelaki yang terkeliru dengan tugas suami ini.

Hal ini mungkin disebabkan sepanjang tempoh mereka membesar, tiada role model yang sesuai untuk mereka contohi.

Ia juga mungkin disebabkan oleh faktor lain seperti kekurangan didikan agama dan juga gaya wanita moden kini yang terlalu berdikari. 

Bila menyentuh bab agama, mungkin kursus perkahwinan yang dihadiri tidak memberikan impak yang besar kepada para peserta.

Ramai yang mengikuti kursus tersebut sebagai memenuhi syarat semata-mata dan tidak ramai yang benar-benar mengambil pelajaran yang berguna sebagai persediaan untuk memikul tanggungjawab suami.

Bab wanita moden pula, wanita masa kini sebenarnya lebih boleh diharapkan berbanding dulu kerana perubahan dari segi zaman dan juga teknologi.

Hal ini membuatkan wanita kurang bergantung pada lelaki dan lelaki sebagai suami pula mula mengambil mudah segala tugas suami kerana ia boleh juga dilakukan oleh isteri.

Tiada kompromi tanggungjawab suami dalam rumah tangga

Menurut, Peguam Syarie dan Perunding Keluarga Islam, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, beliau menegaskan bahawa tiada kompromi dalam soal tanggungjawab suami terhadap isteri.

Apa sahaja yang berkaitan dengan tanggungjawab suami isteri, masyarakat tetap perlu kembali kepada hukum asal yang telah ditetapkan oleh syarak.

Memetik firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang membawa maksud segala tanggungjawab untuk menyara dan menafkahkan keluarga terletak di bahu suami.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W pernah mengarahkan isteri kepada seorang sahabat yang bernama Hindun untuk mengambil nafkah tanpa pengetahuan suaminya kerana suaminya kedekut untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anak.

Namun, konteks hadis ini lebih luas kerana di dalamnya Baginda telah meggariskan pada bila masa yang sepatutnya dilakukan sedemikian rupa iaitu jika suami gagal memberikan nafkah kepada isteri melebihi tempoh empat bulan.

#1. Menyara keluarga, mencari nafkah

Tanggungjawab suami dalam rumah tangga

Kredit: Virtual Office

Jika berdasarkan pada dalili yang telah disebutkan, jelaslah bahawa sudah menjadi tanggungjawab suami dan tugas suami untuk menyara keluarga.

Tugas isteri pula sekalipun berjawatan tinggi, tidak sewajarnya untuk mengambil alih tugas suami dan sekadar cukup untuk menampung kekurangan kewangan.

#2. Mendidik isteri dan anak-anak

Tanggungjawab suami dalam rumah tangga

Kredit: keluarga cinta.com

Didikan yang perlu diberikan tidak terhad kepada didikan berkenaan ilmu keduniaan sahaja. Sebagai seorang lelaki yang bergelar suami dan juga ayah, wajib bagi anda untuk mendidik sekurang-kurangnya asas agama kepada keluarga anda.

Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memberikan didikan agama kepada isteri. Rumah tangga yang dibina tanpa asas agama yang kukuh pastinya mudah untuk berantakan apabila ditimpa ujian.

Stories Rakan Kongsi
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
6 ways playtime can shape your child's learning!
6 ways playtime can shape your child's learning!

Begitu juga sebaliknya jika asas agama dijaga dengan sebaiknya, pasti rumahtangga yang dibina lebih diberkati.

#3. Menjaga maruah & kehormatan

Sebagai seorang suami, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk menjaga maruah dan kehormatan isteri dan keluarga anda.

Hal ini termasuklah pakaian mereka dan anda sebagai suami haruslah menyediakan dan menegur serta memastikan pakaian isteri dan keluarga anda mematuhi hukum syarak.

Sebagai suami, anda perlu memastikan isteri dan anak-anak menutup aurat dengan sempurna. Selain itu, jangan sesekali anda menceritakan sebarang kisah atau membuka aib keluarga anda pada orang lain.

#4. Menyediakan tempat tinggal

Turut menjadi tugas suami untuk menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak-anak. Cukuplah sekadar selesa dan selamat jika anda tak mampu untuk memberikan lebih dari itu.

Kemewahan belum tentu mampu menjamin kebahagiaan. Ikut kemampuan anda dalam penyediaan tempat tinggal ini.

#5. Memberi nafkah zahir&batin

Sudah menjadi tanggungjawab suami terhadap isteri untuk memastikan nafkah zahir dan batin mencukupi.

Nafkah zahir adalah segala hal yang berkaitan kebajikan pasangan seperti:

  • Tempat tinggal
  • Makan minum
  • Pakaian
  • Keselamatan
  • Belanja untuk keperluan pasangan

Manakala bagi nafkah batin pula adalah segala hal yang meliputi aspek emosi, rohani dan juga seksual.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: suamisihat

Baca juga: Suami jangan kedekut dengan isteri, beri semua gaji pada mereka, rezeki lebih banyak! – Luah suami ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Tanggungjawab SUAMI Dalam Rumah Tangga, Ambil Tahu Tugas Anda, Jangan Ambil Mudah!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham