Penggunaan gajet tidak dinafikan memberi banyak kemudahan kepada ibu ayah dalam mendidik anak-anak, namun jika kebergantungan kepadanya terlalu tinggi mungkin ada kesan negatif pada anak. Terbaru, penyanyi Tasha Manshahar berkongsi tips dia atasi masalah speech delay anaknya dengan mengurangkan gajet.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Tasha Manshahar kesan anak speech delay pada usia 1 tahun 6 bulan
- 10 cara Tasha Manshahar galakkan untuk anak bercakap dengan berkesan
Disebabkan itulah ibu ayah perlu peka dengan perkembangan anak supaya ia tidak terlewat daripada usianya.
Tasha Manshahar kesan anak speech delay pada usia 1 tahun 6 bulan
Katanya, beliau mengakui sangat risau apabila pada usia 1 tahun 6 bulan anaknya itu masih belum boleh sebut perkataan bermakna.
Beliau menjelaskan perkataan bermakna seperti ‘mama’ yang dirujuk untuk ibu, atau susu ketika dia ingin minum susu. Sepatutnya pada usia itu kanak-kanak sudah menyebut perkataan bermakna namun tidak bagi anaknya.
Dia mula tersedar anaknya perlu dibantu apabila semasa pemeriksaan bulanan doktor bertanyakan kepadanya sama ada mahu surat rujukan rawatan bersama terapis untuk anaknya.
Dia akui berada dalam situasi in denial pada mulanya, namun, memikirkan anaknya mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan, dia dan suami cuba beri masa hingga anaknya berusia dua tahun sebelum berjumpa terapis dalam masa sama berusaha dan mencuba beberapa cara bagi merawat speech delay itu.
10 cara Tasha Manshahar galakkan untuk anak bercakap dengan berkesan
Tasha Manshahar turut berkongsi 9 cara yang beliau dan suaminya buat bagi menggalakkan Muammar bercakap. Alhamdulillah ia menjadi dan perkembangan percakapan anaknya semakin baik dari sehari ke sehari.
- Kurangkan gajet.
- Mulakan dgn buat bunyi mcm “waaaahhh”, “o’oooo”, “opsss”, “haaaaa” beserta eksperi wajah.
- Gunakan ayat yg pendek-pendek saja.
- Banyak repetition
- Kurangkan tanya soalan tapi banyakkan guna ayat penyata.
- Beri dia minum guna straw, beri dia mengunyah tekstur makanan berbeza untuk train otot sekitar mulut
- Boleh gajet sekali sekala tapi sebaiknya tengok bersama dia, berbual tentang apa yang dia tengok itu.
- Jangan push dia untuk repeat perkataan yang kita nak ajar.
- Elak guna baby language (pelat).
- Main dengan dia. Bukan longgokkan mainan, biar dia main sendiri.
Walaupun sedikit lewat, anaknya kini sudah boleh buat ayat lengkap dan pandai berborak. Moga terus membesar sihat dan bijak ya Muammar!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pengalaman Anak Speech Delay, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai 1000 Perkataan Dalam Masa 6 Bulan
Baca juga: Galakkan Bayi Bercakap Untuk Elak Speech Delay, Ini 6 Perkara Penting Ibu Perlu Ikut!