10 Teka Teki Matematik Yang Kelakar, Boleh Uji Minda Anak-Anak!

Sekali-sekala berhibur dengan keluarga dengan teka teki matematik untuk uji minda setiap ahli keluarga anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kali ini kami berkongsi dengan anda teka teki matematik untuk hiburan anda sekeluarga. Tambahan pula sekarang sudah masuk musim cuti sekolah, boleh juga uji minda anak-anak atau dijadikan sebagai aktiviti hiburan ketika hari keluarga.

Bagi sesetengah orang, matematik ini satu subjek  yang susah, jadi apa kata kali ini kita cuba teka teki matematik yang kelakar dan jawapannya agak tak masuk akal!

Soalan Teka Teki Matematik

Setiap teka teki dalam kategori matematik ini kami sertakan sekali dengan jawapannya yang boleh anda rujuk.

1. Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?

2. Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?

  • Jawapan : Sama berat. Sebab sama-sama 1kg.

3. Yang mana satu betul, 18 + 19 ialah 36 atau 18 + 19 adalah 36?

  • Jawapan: Kedua-dua salah. Kerana 18 + 19 = 37

4. Kalau kamu bijak matematik, sila jawab soalan ini 3x + =…?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jawapan: Kenyang. 3 kali tambah memang kenyang la.

5. Ada 10 ekor itik di kali 2, jadi berapa?

  • Jawapan: Jadi 8, kerana 2 ekor bermain di kali.

6. Ada 3 sekawan pergi mandi-manda di kolam renang. Tapi lepas mandi, hanya 2 orang yang kepalanya basah. Kenapa yang lagi seorang ni tak basah?

  • Jawapan : Sebab dia botak.

7. Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jawapan : Nombor 2.

8. Ambil 1000 dan tambah 40. Sekarang tambah lagi 1000. Kemudian, tambah lagi 30, dan lagi 1000. Lepas tu, tambah 20, tambah 1000, dan akhir sekali 10. Jadi, berapa yang anda dapat?

  • Jawapan : Sape yang jawab 5000 tu salah ya. Jawapan yang betul adalah 4100.

9.  Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?

  • Jawapan : Semua bulan la.

10.  Satu hari anda sakit kepala. Dalam banyak-banyak ubat, doktor bagi 3 biji ubat je. Tapi syaratnya, anda perlu makan satu biji setiap setengah jam. Jadi, berapa lama anda perlukan untuk makan kesemua 3 biji ubat tu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jawapan : 1 jam, bukan 1 jam setengah. Contoh: Ubat pertama makan pukul 1:00, ke-2 pukul 1:30, dan ke-3 pukul 2:00.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Keluar Dating Pun Main Telefon? Jom Main Teka Teki Cinta Dengan Pasangan!

Baca juga : Teka Teki Sweet Untuk Pasangan Bercinta, Cuba Tau!

Baca juga : 30 Teka Teki Lawak (Dengan Jawapan) Yang Senang & Boleh Hiburkan Hati Anak-Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi