Putera William Bapa Terbaik Yang Harus Dicontohi!

Semua ibu bapa pasti melalui pelbagai cabaran ketika membesarkan si manja. Putera William dan isterinya juga tidak terlepas daripada menghadapi cabaran sebagai ibu bapa setiap hari! Sebab itu mereka ingin berkongsi panduan ini...

Semua ibu bapa menghadapi pelbagai kesukaran ketika menggalas tanggungjawab kepada anak-anak yang buas dan semakin membesar.

Ia termasuklah buat ibu bapa dari kerabat diraja, seperti Putera William! Bukan apa, tak kiralah bayi tersebut bayi daripada diraja atau sebagainya, mereka masih meragam dengan cara yang sama!

Mungkin Duke dan Duchess of Cambridge ada beberapa pasukan yang boleh membantu membesarkan anak-anak diraja mereka. Tapi, Putera William dan isterinya mengaku mereka juga menghadapi cabaran sebagai ibu bapa setiap hari!

Menurut Putera William dan isterinya lagi, Putera George lebih gemar meragam ketika dia masih kecil. George sukar untuk tidur dan gemar menangis. Namun, Puteri Charlotte tidak bersikap sedemikian! Mari ketahui dengan lebih lanjut tentang teknik keibubapaan daripada kerabat diraja ini!

Sepertimana yang dikongsi oleh Good Housekeeping, saya telah menyertakan beberapa panduan yang diamalkan oleh Putera William dalam membesarkan anak-anaknya, Putera George dan Puteri Charlotte.

Jika diperhati dari gambar-gambar Putera William dan anak-anaknya, anda pasti akan perasan satu benda.

Putera William akan tunduk ketika bercakap dengan anak-anaknya. Lihat saja gambar di bawah. Tapi, mengapa?

Kredit gambar: Good Housekeeping

Kredit gambar: Good Housekeeping

Ha… jangan tak tahu. Inilah panduan yang ingin Putera William beri pada semua ibu bapa di luar sana!

1. Tunduk dan dengar kata anak-anak

Menurut pakar, tindakan Putera William yang sering tunduk selaras dengan Putera George untuk bercakap dengannya adalah teknik “mendengar dengan aktif”. Putera William akan tunduk dan bercakap dengan kedua-dua anaknya menggunakan teknik yang sama, tanpa mengira sebarang acara.

Dengan teknik ini, kanak-kanak akan berasa diri mereka “penting” dan ibu bapa ingin mendengar kata-kata atau pandangan mereka.

Salah satu pakar tumbesaran kanak-kanak, Gill Connel menulis dalam bukunya — perbuatan Putera William itu mampu meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak terbabit, malah menggalakkan kanak-kanak itu lebih berkomunikasi.

Bagus bukan?

Kredit gambar: Good Housekeeping

The Center For Parenting Education menggalakkan semua ibu bapa untuk meningkatkan teknik mendengar mereka. Anda boleh berhenti melakukan apa saja dan beri anak-anak perhatian sepenuhnya, jika mereka ingin bercakap.

2. Teknik mudah untuk tidurkan bayi – buka air

Ketika menghadiri acara kebajikan Heads Together, Putera William telah berkongsi satu teknik mudah untuk menidurkan bayi-bayinya! Menurut Putera William, Putera George sering menangis dan sukar untuk tidur ketika dia masih kecil.

Penyelesaian untuk masalah ini? Buka air di sinki.

Ya betul! Atas sebab-sebab tertentu, bunyi air yang mengalir mampu menenangkan bayi dan buat mereka tertidur. Begitu juga dengan Putera George dan Puteri Charlotte! Selepas ini anda bolehlah cuba panduan ini. Kerabat diraja juga mencubanya!

3. Jika tak mahu membazir, labur duit untuk mesin bunyi

Akan tetapi, ada sesetengah ibu bapa ingin mencuba teknik-teknik ini, tapi risau jika ia memberi kesan pada alam sekitar atau akan meningkatkan bil air di rumah. Jangan risau, Putera William ada satu lagi teknik untuk menidurkan bayi!

Kredit gambar: Mirror

Caranya… cuba mesin bunyi atau white noise. Laman web seperti BestProduct.com telah menyenaraikan beberapa mesin bunyi yang bagus dan digunakan untuk mendodoi. 

Tapi, ada pelbagai playlist dan cara lain juga. Ikut kreativiti anda! Mainkan saja lagu-lagu dodoi yang lembut dan tidak terlalu kuat untuk menidurkan bayi.

Selamat mencuba semua ibu bapa di luar sana! Jom kongsi panduan ini untuk ibu bapa yang lain juga. Sekurang-kurangnya, kita memperoleh panduan berguna untuk membesarkan anak!

 

Kredit gambar: Express Co

Sumber rujukan: RomperThe Center For Parenting Education, People.com dan Good Housekeeping