Nama Perdana Menteri Malaysia Ke-8, Yang Amat Berhormat Tan Dri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin kian muncul di bibir-bibir rakyat jelata kerana keprihatinan YAB PM dalam menangani isu permasalahan masyarakat ketika menghadapi krisis covid-19 di dalam negara. Terutamanya teks ucapan YAB PM yang cukup mencuit hati hingga meninggalkan kesan mendalam di hati semua orang.
Terdahulu pada 27 Mac yang lalu, Perdana Menteri yang kita kasihi ini mengumumkan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatian Rakyat (PRIHATIN) yang berjumlah RM250 billion bagi membantu rakyat dan negara dalam
menangani wabak Covid-19.
Dalam pengumuman tersebut, YAB PM mengatakan tiada golongan yang akan dipinggirkan kerana semua akan mendapat manfaat dari bantuan yang disalurkan itu termasuklah pekerja kerajaan, swasta, kakitangan KKM,
askar, polis dan seluruh rakyat jelata yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan.
Teks Ucapan Perdana Menteri – Makcik Kiah Trending
Namun begitu disebabkan ingin membuat rakyat lebih faham dan jelas dengan bantuan PRIHATIN ini, YAB Perdana Menteri memberi contoh mudah dengan menyebut Nama Makcik Kiah sampai ia trending dan menjadi bualan ramai.
Berikut teks ringkas ucapan daripada beliau:
” Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya ingin memberi satu contoh mudah supaya saudara dan saudari senang untuk mengira.
” Misalnya Mak Cik Kiah, seorang penjual goreng pisang yang tinggal di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan kini membawa Grab. Anak Mak Cik Kiah pula adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isi rumah
mereka di bawah RM 4000 sebulan. Dengar baik-baik, saya nak buat pengiraan berapa keluarga Mak Cik Kiah boleh dapat.
” Keluarga Mak Cik Kiah akan dapat bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600. Kemudian, bantuan pesara sebanyak RM500 dan bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500. Kalau suami Mak Cik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM200 sebulan hingga wabak berakhir. Jadi keseluruhan tunai yang keluarga Mak Cik Kiah dapat ialah sekurang-kurangnya RM3400.
Atas sebab itulah, pelbagai meme dan dialog diolah oleh warganet sampai nama wanita ini trending di alam maya.
Dalam bersiri Cik Kiah di Astro
Disebabkan nama Kiah ini trending di laman sosial, jadi semua pelanggan Astro yang rindukan Cik Kiah boleh berhibur sambil menyaksikan rantaian siri drama tersebut secara percuma dan bila-bila masa.
Antara yang menanti di Astro adalah telemovie Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya, Tu Dia Kiah Nak Raya, Kiah Beraya Solo, Kiah Pi Jepun, manakala drama siri 13 episod adalah Kiah Mai Pulak, Kiah Pekasam dan Kiah The Spy.
Tolonglah, saya merayu duduk di rumah diam-diam
Susulan dengan wabak corona virus juga, kerajaan merayu agar rakyat duduk tinggal di rumah dan tidak keluar di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berlangsung sehingga 14 April nanti.
“Anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah, tidak perlu mengikuti aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan virus COVID-19.
“Selama tempoh dua minggu ini, saudara-saudari dan anak-anak hanya perlu berada di rumah. Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga.
“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru.
“Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja,” katanya.
Suami pakai baju kelawar, kayuh basikal dalam rumah & buat rap
Dalam ucapan teks YAB Perdana Menteri semalam, beliau turut memahami rakyat yang terpaksa berkurung di dalam rumah dan mungkin ada di kalangan kita yang agak terbeban dengan dugaan dan ujian Tuhan ini.
Malah, kita juga terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang kita suka sebelum ini dan terpaksa meninggalkan hobi tersebut.
“Saya melihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri. Tak kurang juga yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu. Saya berharap ini bukanlah kejadian
pelik atau buang tabiat orang kata.
“Tapi ini adalah kreativiti anda semua bagi menghilangkan rasa bosan bila duduk di dalam rumah. Yang penting, anda semua mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dugaan dan ujian ini.
Di akhir ucapan teks beliau, YAB Perdana Menteri memberi satu contoh Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 286:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Beliau turut menambah, berasa yakin yang wabak covid-19 ini bukanlah sesuatu yang tidak dapat ditanggung oleh kita semua.
Juga berharap kita semua seluruh rakyat Malaysia terus cekal, kuat dan bersemangat serta yakin bahawa situasi ini dapat diatasi dengan bersama- sama.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comkawalan-pergerakan