X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Tanda PM Sayang Rakyat, Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional & Kaedah Pembayaran

30 Mar, 2020
Ini Tanda PM Sayang Rakyat, Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional & Kaedah Pembayaran

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bantuan kerajaan melalui Bantuan Prihatin Rakyat. Jom ketahui kelayakan, cara permohonan dan kaedah pembayaran

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion adalah inisiatif bantuan kerajaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020. 

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi rakyat yang layak. 

Bantuan kerajaan ketika berhadapan Covid-19

 

bantuan prihatin rakyat

credit to sources

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. 

Pemberian BPN untuk golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 pula mengikut data dalam sistem percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Kumpulan yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40

1) Isi rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan
    ke atas)
  • Pendapatan bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 (pembayar cukai berdaftar
dengan LHDNM yang berstatus) 

1) Isi Rumah

  •  Kahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2) Bujang

  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai
    Pendapatan (BNCP).

3) Pembayar cukai warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Jumlah bayaran yang bakal diterima

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
  2. Isi rumah berpendapatan RM8,000 ke bawah (M40)
  3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
  4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas

Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut:

bantuan kerajaan ketika covid-19

Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.

Tarikh pembayaran dan kaedah bayaran

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei
2020.

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun

2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan
Nasional

3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Stories Rakan Kongsi
Red Spots On Your Child's Body: How To Tell The Difference Between Chickenpox Or Hand Foot Mouth Disease
Red Spots On Your Child's Body: How To Tell The Difference Between Chickenpox Or Hand Foot Mouth Disease
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.

2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.

3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan
ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Jika akaun bank yang didaftarkan tidak aktif atau tutup

Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:

  • Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui
    Bank Simpanan Nasional.

Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:

  • Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini
    (ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank
    adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

Semakan status penerimaan

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan
status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di portal rasmi berikut:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, www.treasury.gov.my

Sekiranya tidak tersenarai, permohonan baharu boleh dibuat

Jika anda memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, www.treasury.gov.my

Cara permohonan BPN 2020

bantuan kerajaan untuk rakyat

Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook rasmi memaklumkan permohonan baharu boleh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.

Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak. Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.

Sumber: Astro Awani, Semakan Online

Kredit foto: Free Malaysia Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ini Tanda PM Sayang Rakyat, Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional & Kaedah Pembayaran

Baca juga:

https://my.theasianparent.combantuan-sara-hidup-sarawak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ini Tanda PM Sayang Rakyat, Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional & Kaedah Pembayaran
Kongsikan:
  • Surat Terbuka Dari Isteri: Abang, Sayang Penat Uruskan Rumah Seorang Diri - Bantulah Saya!

    Surat Terbuka Dari Isteri: Abang, Sayang Penat Uruskan Rumah Seorang Diri - Bantulah Saya!

  • WOW! BONUS RM30 Percuma Diberikan Kepada Semua Pengguna eWallet Awal Tahun Ini!

    WOW! BONUS RM30 Percuma Diberikan Kepada Semua Pengguna eWallet Awal Tahun Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Surat Terbuka Dari Isteri: Abang, Sayang Penat Uruskan Rumah Seorang Diri - Bantulah Saya!

    Surat Terbuka Dari Isteri: Abang, Sayang Penat Uruskan Rumah Seorang Diri - Bantulah Saya!

  • WOW! BONUS RM30 Percuma Diberikan Kepada Semua Pengguna eWallet Awal Tahun Ini!

    WOW! BONUS RM30 Percuma Diberikan Kepada Semua Pengguna eWallet Awal Tahun Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.