TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Telatah Lucu Anak-Anak Apabila Masuk Bulan Ramadhan

4 min bacaan
Telatah Lucu Anak-Anak Apabila Masuk Bulan Ramadhan

Masuk bulan Ramadhan ini... ada saja telatah anak-anak yang mencuit hati. Jom tengok apa telatah lucu mereka bila bulan puasa menjelma!

Pejam celik, pejam celik, sudah masuk beberapa hari kita berpuasa. Bagaimana dengan amalan berpuasa anda? Hari-hari yang mendatang lancar seperti biasa?

Buat orang dewasa seperti kita, bulan Ramadhan atau bulan puasa mungkin adalah bulan yang paling dinanti-nantikan. Tika inilah, kita berkesempatan untuk lebih beramal dan memberi sedekah. Tapi buat anak-anak… bulan Ramadhan mungkin adalah bulan yang paling mencabar buat mereka!

Yalah, mana taknya! Mereka perlu berpuasa! Alhamdullilah, dengan didikan dan tip yang betul, anak-anak anda pasti sudah belajar bagaimana untuk berpuasa.

Kalau anak saya, biasanya saya benarkan mereka pilih sendiri jika mereka ingin berpuasa atau tidak. Dan selalunya mereka amat yakin untuk berpuasa!

Akui saja… masuk bulan Ramadhan ini, pasti ada pelbagai telatah anak-anak yang mencuit hati. Daripada waktu bersahur hingga ke terawih!

Oh, anak-anak penghibur hati ini… Jom tengok apa antara telatah anak-anak yang amat menghiburkan, lebih-lebih lagi ketika bulan puasa ini!

Waktu Bersahur

Telatah Lucu Anak-Anak Apabila Masuk Bulan Ramadhan

  • Taknak sahur, tapi nak puasa

Biasalah, tersengguk-sengguk bangun dari tidur untuk bersahur. Mulalah kata taknak sahur! Bukan apa, mereka mengantuk. Tapi berkeras nak puasa. Bila saya paksa mereka makan sedikit untuk “lapik perut”, barulah mereka mendengar kata. Haish… anak mama ni!

Telatah Lucu Anak-Anak Apabila Masuk Bulan Ramadhan

  • Riuh pukul 5 pagi

Ha… jangan tak tahu! Mereka ini sebenarnya bijak. Bangun sahur semata-mata sebab boleh sambung tonton kartun pukul 5 pagi. Jadinya, riuh satu rumah dengan suara mereka adik-beradik. Pukul 5 pagi sayang oi! Jangan bising nanti jiran marah!

Seharian ketika berpuasa

  • Makan taknak, minum nak

Telatah ini sebab mereka fikir dengan minum, ibadah puasa mereka tidak terbatal. Jadi, mereka hanya minta untuk minum air. Bila suruh buka puasa sepenuhnya sebab mereka sudah minum air, taknak pula! Katanya nak puasa makan. Minum air tak apa. Hmm… okay.

  • Upah puasa

Saya tak mengajar memberi upah pada anak-anak yang berpuasa. Tapi suami menggalakkan perbuatan ini. Katanya untuk mengajar si kecil yang mereka sebenarnya berupaya untuk seronok dan menikmati fasa berpuasa. Tapi… bila anak yang bijak dapat peluang ini… mulalah! Mereka sibuk berebut dengan adik-beradik untuk kumpul upah puasa pula. 

Telatah Lucu Anak-Anak Apabila Masuk Bulan Ramadhan

  • Puasa sekerat hari

Biasalah telatah ini. Semua ibu bapa pasti pernah membenarkan anak-anak berpuasa sekerat hari untuk melatih mereka berpuasa perlahan-lahan. Tapi anak saya bijak, tengok jam pukul 12 tengahari, terus panggil saya. 

“Mama, sudah sekerat hari! Nak buka puasa!”

Haish, anak bertuah!

Telatah Lucu Anak-Anak Apabila Masuk Bulan Ramadhan

  • Melepet sepanjang hari tengok jam

Ini telatah yang paling menghiburkan buat saya! Mereka akan terlentang berbaring di sofa sambil memerhati jam. Sekejap-sekejap, nampak resah di muka mereka. Kesian dia… tunggu waktu berbuka! Mereka takkan keluar bermain sebab takut akan dahaga. 

  • Meludah sebab takut batal puasa

Anak anda meludah sebab tak mahu telan air liur? Samalah! Anak saya takut jika dia tertelan air liurnya, puasa akan batal. Saya ketawa kecil melihat telatah ini. Bila saya jelaskan padanya tak apa untuk menelan air liur, dia tak percaya pula! Haish, anak-anak sekarang…

  • Minum air ketika mandi

Ini perbuatan bijak mengambil kesempatan! Siap tak kantoi lagi! Nasib baik si abang akan mengadu jika melihat adiknya cuba minum air ketika mandi. 

  • Bergaduh dengan adik yang makan depan mereka

Jika anda ada anak-anak yang masih kecil, mereka pasti menjadi mangsa ketika bulan puasa ini. Selalunya, saya akan memasak pada waktu tengahari untuk anak-anak yang masih kecil. Tika ini, si abang dan si kakak pun sibuk di dapur. Bila mereka tengok adik-adik ini sedang makan, pantas mereka tarik muka!

Waktu Berbuka

  • Duduk awal depan juadah berbuka

Siap tadah tangan terus untuk baca doa! Amboi… tak sabar-sabar!

  • Pilih gelas paling besar

Ini untuk menandakan mereka yang paling dahaga. Macam-macam perangai, kan?

Apa telatah dan gelagat anak-anak anda ketika masuk bulan Ramadhan ini? Kongsikan ia dengan kami di ruangan komen di bawah. 

Haish… anak-anak mama. Semakin membesar semakin bijak! Selamat menjalani ibadah puasa, semua umat Islam! Semoga bulan puasa ini membawa keberkatan kepada anda sekeluarga. Amin.

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Telatah Lucu Anak-Anak Apabila Masuk Bulan Ramadhan
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham