Baru-baru ini, sebuah rakaman seorang budak perempuan yang mungkin mengalami gangguan teman khayalan telah tersebar di Facebook.
Video tersebut menunjukkan seorang ibu dan anaknya yang terpaksa menunggu di sekolah kerana hujan lebat. Anaknya kemudian mula bercakap seorang diri.
Bahagian yang paling menyeramkan adalah apabila video tersebut terang-terang menunjukkan tak ada orang lain selain mereka berdua di situ.
Video ini telah ditonton sebanyak 4.3 juta kali, mendapat 16,000 reaksi, 90 komen dan sekurang-kurangnya 53,000 perkongsian.
Teman khayalan: Apa yang sebenarnya berlaku?
Kami bersembang dengan pasukan kami di theAsianparent Thailand untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku di Thailand tersebut.
Ibu kanak-kanak ini, Kru Ju Taksaporn Yodthong, menceritakan kejadian ini dalam rakaman video singkat. Dia dan anaknya terperangkap dalam hujan dan tak keluar dari sekolah sehingga malam.
Ibunya memerhatkan anaknya, Im-aim, bercakap dengan seseorang di pintu makmal komputer di tingkat kedua sekolah tersebut.
Walaupun video tersebut jelas menunjukkan yang budak perempuan tersebut seorang diri di situ, ibunya masih bertanya siapa kawan anaknya itu.
Dalam video tersebut, anaknya menjawab yang dia sedang bercakap dengan seorang budak kecil. “Budak kecil” yang tak kelihatan dalam video ini dikatakan sedang berdiri di tangga dan memakai kasut berwarna pink.
Klip video ini diteruskan dengan ibu ini mengatakan yang tak ada orang lain di sini sambil melihat sekeliling. Malah, semua kanak-kanak telah pulang ke rumah kerana hari hampir gelap.
Anaknya berkata dia ingin membawa temannya pulang bersamanya.
Dek risau, ibunya kemudian menyuruh anaknya itu memberitahu teman khayalannya yang kereta mereka dah tak ada ruang dan “temannya” itu perlu sambung bermain sendiri dan jangan ikut mereka.
Anaknya kemudian menyampaikan pesanan tersebut. Apa yang mengejutkan, perkataan “Krub” yang bermaksud “Ya, tuan” boleh didengari di dalam video tersebut!
Ibu dan anak ini kemudian mula meninggalkan tempat itu dengan cepat dan video tersebut dimatikan.
Anda boleh tonton video seram tersebut di sini
*Dalam pos asal, kapsyen video ini adalah: Hujan petang di sekolah. Im-Aim bercakap dengan seseorang. Dia kata, dia sedang bercakap dengan seseorang yang memakai kasut berwarna pink.
Reaksi dari netizen
Beberapa netizen mengatakan yang anaknya sedang bercakap dengan rakan khayalannya. Tapi, ada yang membangkang dengan mengatakan yang itu bukan rakan khayalannya kerana ada balasan “Krub”.
Ibu ini turut respon kepada persoalan netizen, mengatakan yang dia tak tahu siapa yang bertanggungjawab membuat bunyi “Krub”.
Dia sendiri tak cuba untuk mencari siapa yang menjawab kerana merasa takut.
Rakan Kru Ju Taksaporn Yodthong juga bertanya jika ibu ini tak biasa melihat anaknya bercakap seorang diri.
Ibu ini menjawab yang dia sering melihat anaknya bercakap sendiri. Kadang-kadang, dia bawakan air soda untuk anaknya minum dengan rakan-rakan khayalannya.
Bila anda perlu risau dengan teman khayalan anak anda?
Rakan khayalan adalah sebahagian dari perkembangan sihat anak anda. Malah, ia adalah petanda bahawa anak anda mempunyai imaginasi dan kreativiti yang sihat.
Kanak-kanak biasanya akan keluar dari fasa “teman khayalan” apabila mereka membesar.
Bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda minta nasihat dari pakar jika anda perasan yang anak anda sukar untuk membezakan realiti dan fantasi.
Tanda-tanda anak anda tak boleh membezakan realiti dan fantasi:
- kelihatan terlalu memberi perhatian kepada rakan khayalannya; seperti contoh, anak anda kelihatan terlebih risau tentang sesuatu yang dilakukan oleh “rakannya”
- sering beritahu yang dia tak boleh mengawal apa yang rakan khayalannya lakukan
- melakukan perkara yang membahayakan kerana disuruh rakan khayalan
- lebih senang untuk bersedirian dan bermain sendiri dari bermain dengan rakan-rakan sebenar
Bagaimanapun, kelebihan yang mengaitkan kanak-kanak yang mempunyai rakan khayalan ini melebihi segala kekurangannya.
Malah menurut pakar, kanak-kanak yang mempunyai rakan khayalan mempunyai kreativiti dan keyakinan diri yang tinggi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga : 10 jenis kawan imaginasi kanak-kanak yang agak menyeramkan
Baca juga: Anak umur 2 tahun 9 bulan sudah pandai ada kawan imaginasi! Bahaya tak?
Baca juga: Anak Ajak Anda Main Olok-Olok? Ini Sebab Kenapa Ibu Bapa Kena Layan Anak