X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Ajak Anda Main Olok-Olok? Ini Sebab Kenapa Ibu Bapa Kena Layan Anak

5 min bacaan
Anak Ajak Anda Main Olok-Olok? Ini Sebab Kenapa Ibu Bapa Kena Layan Anak

Anak ajak main olok-olok dan berlakon? Ini masanya ibu bapa spend time dengan anak! Kami beri anda sebab kenapa anda HARUS bermain dengan anak anda.

Adakah anak anda pernah ajak berlakon main olok-olok, atau main masak-masak apabila anda berada di rumah? 

Bagi ibu bapa yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan oleh main olok-olok atau pretend play. Ia adalah merupakan permainan yang tercetus daripada daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Kalau anda nampak anak anda ralit bermain seorang diri, dan bercakap seorang diri, anak anda mungkin mempunyai imaginary friend. 

Bagaimana dengan diri anda sewaktu kecil?

berlakon Kredit: Unsplash

Pernahkah anda sewaktu kecil bermain olok-olok seperti bermain pondok-pondok atau berlakon kahwin tipu-tipu? Haa, ada yang angguk ke tu?

Seronokkan teringat kenangan dan memori lama? Betapa indahnya zaman tersebut. Zaman dimana tiada teknologi, permainan telefon, atau iPad dan anda dan kawan-kawan anda bebas bermain menjadi apa sahaja karakter yang anda sukai. 

Tetapi berlainan pula pada zaman sekarang yang mana kanak-kanak kini lebih gemar menghabiskan masa dengan teknologi. Jadi bila anak anda ajak anda main olok-olok, jangan sesekali anda mengabaikan anak anda dan apa kata anda ambil masa sedikit untuk bermain dengan anak anda. 

Kenapa main olok-olok dan berlakon ini penting untuk anak anda?

 

#1 Mengasah kemahiran berfikir anak

berlakon Kredit: Unsplash

Apabila anak anda main olok-olok atau berlakon menjadi satu karakter seperti menjadi ahli bomba atau apa sahaja, anak anda sebenarnya sedang membina satu watak imaginasi dan situasi yang memerlukan anak anda untuk menyelesaikan masalah.

Cuba bayangkan anak anda berlakon sebagai ahli bomba dan anak anda mengatakan bahawa ada api di  dalam rumah dan meminta anda untuk memadamkan api bersamanya dengan mencari air. Bagi anda berlakon olok-olok ini mungkin tidak lah penting tetapi bagi anak anda, ia adalah segalanya. Anak anda mengetahui bahawa dia tidak boleh memadamkan kebakaran itu seorang diri, dan meminta anda untuk memegang hos secara pura-pura dengannya. Nampak bagaimana anak anda cuba selesaikan masalah? Itulah kelebihan main olok-olok yang akan membantu anak anda berfikir di luar kotak dan membantunya apabila dia dewasa kelak. 

 

#2 Meningkatkan kemahiran bahasa

Kalau anda selalu lihat anak anda bermain olok-olok seorang diri ataupun bersama rakannya, anda mesti hairan apabila mendengar anak anda bercakap perkataan yang anda tidak sedar pun anak anda tahu. Ada mesti tertanya dekat mana agaknya anak anda belajar. 

Tahukah anda yang sebenarnya anak anda mempelajari perkataan daripada orang disekelilingnya? Jadi tidak hairanlah kalau anak anda sudah mula menggunakan perkataan yang dia dengar daripada kedua ibu bapanya dan mula meniru kelakuan dan percakapan anda.

Apabila anak anda mula memahami penggunaan perkataan tersebut, anak anda akan mula menggunakannya untuk berlakon bersama rakan-rakan untuk menghidupkan watak anak anda. Banyak perkataan baru yang dapat anak anda gunakan nanti. Malah, ia sekaligus membuatkan anak anda fasih berbicara. 

#3 Dapat belajar dan berhubung dengan orang lain

berlakon Kredit: Unsplash

Bila anak anda bermain permainan olok-olok tidak kiralah dengan siapa sekali pun, anak anda sebenarnya sedang belajar berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain menerusi permainan ini. Anak anda akan belajar bergaul dengan cara paling menyeronokkan iaitu dengan bermain!

Selain itu, apa yang paling penting ialah menerusi permainan olok-olok ini, anak anda akan menangani sifat malu yang ada dalam diri dan juga belajar bersosial dengan rakan. Dia boleh bertanyakan soalan, menunggu giliran bertanyakan soalan, belajar sifat sabar dan banyak lagi. 

Pesanan buat ibu bapa

  • Luangkan masa dengan anak
    Sesibuk mana pun anda, jangan abaikan anak anda apabila anak anda ajak anda main. Walaupun anda sebagai bapa kena main mak-mak dengan anak anda. 
  • Belikan alat permainan yang selamat untuk anak-anak
    Pastikan alat permainan tersebut tidak bahaya dan sesuai dengan umur anak anda.
  • Minta anak turut gunakan barangan yang ada di dalam rumah sebagai permainan seperti anak patung, surat khabar, bantal dan sebagainya
    Campurkan barangan peralatan seharian bersama alat mainan. Ini lebih baik kerana ia membantu anak anda merasai pengalaman sebenar dengan menggunakan alatan seperti alatan masak-masak yang boleh ambil di dapur.
  • Pupuk minat anak anda untuk bermain olok-olok
    Ajar permainan baru seperti main mak-mak atau ajar main sorok-sorok.
  • Beri masa untuk anak berhenti bermain
    Kalau anak anda sedang sibuk bermain olok-olok, beri anak anda masa untuk berhenti main dan jangan terus paksa. Takut anak anda langsung tidak mahu bermain nanti. 
  • Boleh cuba hantarkan anak ke tempat yang mengasah kreativitinya seperti Kidzania dan ibu bapa boleh lihat anak bermain sekali!

Masalah anak ketagihan gadget dan tidak mahu bermain olok-olok

Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah yang mana anak mereka sentiasa tidak boleh berenggang dengan gadget dan tidak mahu main permainan yang lain. Apa kata ibu bapa cuba praktikkan tips- tips ini.

  • Ajak anak anda bermain dengan anda.
  • Sorok gadget daripada pandangannya.
  • Set up tempat bermain untuk anak anda bagi anak anda berasa teruja.
  • Jangan paksa anak. Beri masa kepada anak untuk menyukai permainan baru. 

Sumber: Ayuarjuna

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Tak Perlu Mainan Mahal, Main Lekat Sticker Juga Bantu Perkembangan Anak!

Stories Rakan Kongsi
How Building with LEGO® bricks Can Boost Your Child's Creativity & Imagination
How Building with LEGO® bricks Can Boost Your Child's Creativity & Imagination
Mencari Aktiviti Keluarga Yang Seronok? Apa Kata Gabungkan Kuasa Bermain & Penyelesaian Masalah Kreatif Dengan LEGO?
Mencari Aktiviti Keluarga Yang Seronok? Apa Kata Gabungkan Kuasa Bermain & Penyelesaian Masalah Kreatif Dengan LEGO?
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
My Child Is Not Gaining Weight - What Should I Do?
My Child Is Not Gaining Weight - What Should I Do?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku bayi
  • /
  • Anak Ajak Anda Main Olok-Olok? Ini Sebab Kenapa Ibu Bapa Kena Layan Anak
Kongsikan:
  • Mainan Bayi 1 Tahun Yang Mampu Merangsang Percakapan & Kaki Berjalan, Ini Tips Buat Ibu!

    Mainan Bayi 1 Tahun Yang Mampu Merangsang Percakapan & Kaki Berjalan, Ini Tips Buat Ibu!

  • Ini Beberapa Cara Untuk Bermain Dengan Bayi Baru Lahir 0-3 Bulan Buat Ibu Ayah Praktik, Mudah Saja!

    Ini Beberapa Cara Untuk Bermain Dengan Bayi Baru Lahir 0-3 Bulan Buat Ibu Ayah Praktik, Mudah Saja!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Mainan Bayi 1 Tahun Yang Mampu Merangsang Percakapan & Kaki Berjalan, Ini Tips Buat Ibu!

    Mainan Bayi 1 Tahun Yang Mampu Merangsang Percakapan & Kaki Berjalan, Ini Tips Buat Ibu!

  • Ini Beberapa Cara Untuk Bermain Dengan Bayi Baru Lahir 0-3 Bulan Buat Ibu Ayah Praktik, Mudah Saja!

    Ini Beberapa Cara Untuk Bermain Dengan Bayi Baru Lahir 0-3 Bulan Buat Ibu Ayah Praktik, Mudah Saja!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.