20+ Tempat Menarik Di Cameron Highlands & Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bersama Tersayang

Tempat menarik di Cameron Highland seperti Hobbitoon Village, Cameron Santorini, Agro Market dan ladang teh antara wajib dikunjungi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cameron Highlands, terletak di negeri Pahang, Malaysia, adalah salah satu destinasi peranginan tanah tinggi yang paling popular di negara ini. Jika anda ingin mengetahui tempat menarik di Cameron Highland untuk tahun ini, kami kongsikan beberapa destinasi yang wajib dikunjungi.

Tempat Menarik Di Cameron Highland

Berikut beberapa tempat menarik di Cameron Highland yang sesuai untuk percutian keluarga:

1. Hobbitoon Village 

Harga tiket Hobbitoon Cameron Highland: RM20 (kanak-kanak 5 hingga 12 tahun), RM40 (dewasa)

Hobbitoon Village adalah sebuah taman tema yang meniru perkampungan hobbit dari filem The Lord of the Rings. Dihiasi dengan rumah-rumah kecil yang cantik dan landskap yang unik, tempat ini menawarkan pengalaman yang memukau bagi penggemar siri tersebut.

2. Cameron Santorini 

Harga tiket Santorini untuk dewasa adalah RM40 dan kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun RM20. Ia beroperasi setiap hari dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

Cameron Highlands tampil dengan tarikan terbaharu iaitu Cameron Santorini. Berinspirasikan pulau Santorini, pelancong akan berasa seperti berada di sana dimana elemen reka bentuk tarikan ini menyerupai seni bina di tempat ikonik tersebut

3. Agro Market Brinchang

Harga Tiket Agro Market Brinchang adalah RM25 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Agro Market antara salah satu tempat menarik di Cameron Highland yang terbaharu. Tarikan utamanya adalah taman bunga, taman kaktus, mini Santorini dan juga mini zoo yang menempatkan biri-biri, kucing hutan, burung dan merak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak mesti suka kerana di sini mereka boleh beri makan pada burung yang sangat jinak. Di kawasan luar ada gerai gerai makanan yang menjual produk tempatan seperti jagung, ubi, dan buah strawberi.

4. Taman Teh Boh 

Taman Teh Boh adalah persinggahakan wajib untuk anda jika berkunjung ke Cameron Highland kerana mempunyai pemandangan paling ikonik di Cameron Highlands dengan menawarkan ladang teh yang terbentang luas. 

5. The Sheep Sanctuary

Kalau di Kundasang Sabah terkenal dengan percutian sejuk ala-ala di New Zealand dan lembunya juga dari sana, tetapi jika anda bercuti ke Cameron Highland juga tidak kurang hebatnya kerana di sana terdapat kambing biri-biri yang diimport khas dari Australia. Di sini juga anda berpeluang membelai alpaca!

6. Cameron Highland Flora Park

Kepada yang memang suka bergambar, anda boleh masukkan tempat ini dalam senarai anda wajib pergi jika ke Cameron Highland. Anda akan dikelilingi pelbagai bunga yang cantik, spot yang menarik untuk ber OOTD dan disediakan tempat untuk berkelah di dalam kawasan taman bunga.

7. Kea Farm Market dan Pasar Malam Brinchang

Pasar yang popular ini beroperasi pada waktu siang malah tempat terbaik untuk membeli sayur-sayuran segar, buah-buahan, dan pokok bunga. Pasar Malam ini terletak di Golden Hills. 

8. Ladang Strawberi

Rasai pengalaman mengutip strawberi yang besar dan berjus, nikmati produk-produk strawberi seperti wafel, aiskrim, biskut, jem, minuman dan banyak lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara ladang strawberi di Cameron Highland yang populor untuk petik buah strawberi adalah:

  • Opah Strawberries & Jams
  • Abang Strawberry
  • Aidilbadri Strawberries
  • AyahMan Strawberi Cameron Highlands
  • Healthy Strawberry

9. Mossy Forest

Berada pada ketinggian 2,032 meter, hutan yang berlumut ini menyerupai suasana yang terinspirasi dari filem Lord of the Rings atau Avatar.

10. Gunung Irau

Anda boleh mendaki Gunung Irau yang merupakan destinasi popular dalam kalangan pencinta alam semula jadi dan pendaki gunung. Laluannya tidak terlalu mencabar dan anda dapat menikmati udara segar sambil menikmati pemandangan indah Tanah Rata dan Cameron Highlands.

11.Taman Lavender Cameron

Hanya terletak 10 km dari pekan Brinchang, Taman Lavender ini bukan hanya mempunyai pelbagai jenis lavender, tetapi juga ros Jepun, bunga seri pagi, bunga tiga bulan dan pelbagai warna bunga daisy atau kekwa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

12. Cameron Centrum

Merupakan kawasan komersial terbaru di Cameron Highlands. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan malah sesuai untuk berOOTD juga memandangkan ia menyediakan pelbagai tarikan untuk bergambar.

13. Butterfly Farm

Terokai taman bunga yang dipenuhi dengan rama-rama yang terbang bebas sambil beri makan kepada haiwan yang jinak seperti arnab, itik, dan tikus belanda.

14. Cactus Point

Pelbagai jenis kaktus boleh ditemui di sini, dari yang kecil, berwarna-warni hinggalah kaktus gergasi anda boleh temui di sini.

15. MARDI Cameron Highland

Dengan pelbagai tarikan baharu termasuklah zoo mini, MARDI antara destinasi wajib kunjung jika anda ke Cameron Highland.

Aktiviti Menarik Di Cameron Highlands

16. Jim Thompson Tea Room, Cameron Highlands Resort

Dengan ruang yang elegan yang dihiasi dengan tingkap besar, perabot vintaj, dan hiasan klasik, kebanyakan pengunjung datang ke sini untuk menikmati set minum petang lengkap dengan pemanis mulut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

17. The Time Tunnel Museum

Terletak di Brinchang, tempat ini memamerkan koleksi-koleksi zaman dahulu, artifak dan barang klasik dari zaman dahulu.

18. Jim’s Vegetable Farm

Rasai pengalaman pertanian sebenar dan nikmati kesegaran alam.

19. Glamping di The Backyard Glamping

Lokasinya yang strategik memudahkan anda untuk jelajah tempat menarik sekitar seperti ladang teh dan kebun sayur. 

20. Glamping di Stellar GoldenHill Cameron Highlands

Stellar GoldenHill juga menawarkan pilihan khemah yang menarik untuk penginapan, tetapi jika anda bersedia untuk meluangkan lebih banyak, kami sangat mengesyorkan untuk menempah caravan.

21. Jelajah Hutan Mossy Forest

Mossy Forest atau Hutan Berlumut terletak di kawasan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia yang boleh dicapai dan diakses dengan kenderaan, terletak pada ketinggian 2,031 meter dari paras laut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lumut tebal memeluk pepohonan, kabus menyelubungi udara, dan awan menjalar melalui dahan-dahan, mencipta suasana yang begitu memukau.

Persekitaran yang lembap dan berkabus ini merupakan syurga bagi lumut, paku pakis, lichen, orkid dan pelbagai fauna gunung yang unik di kawasan perlindungan tanah tinggi ini. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 7 hotel terapung di Malaysia yang romantik, sesuai untuk honeymoon dan bercuti

Baca juga : Pengalaman Glamping di Lost World of Tambun & Tips Bercuti Bersama Anak Kecil

Baca juga : Senarai Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga

Penulis

Nursyamimi