25 Tempat Menarik Di Melaka Untuk Healing Atau Family Day (2024

Tak jauh dari Kuala Lumpur hanya dua jam perjalanan sahaja, kami senaraikan tempat menarik di Melaka untuk percutian anda sekeluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebuah negeri yang penuh dengan sejarah, Melaka telah diiktiraf sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO dan merupakan destinasi pelancongan terkenal di Malaysia. Kali ini, kami senaraikan tempat menarik di Melaka untuk anda lawati bersama keluarga.

1. Jonker Walk

Bagi peminat makanan, jangan lepaskan peluang untuk lawati Jonker Walk yang mana ia merupakan deretan kedai-kedai kecil seperti bazar yang menawarkan pelbagai jualan terutamanya aneka makanan.

Setiap gerai mempunyai variasi makanan yang berbeza dan ini pasti akan membuatkan anda ingin merasai setiap makanan yang dijual setiap gerai.

Selain makanan, pelbagai barangan kraf dan cenderamata juga boleh dibeli di sini. Walaupun anda perlu berjalan di sepanjang Jonker Walk ini, tapi memandangkan anda akan dikelilingi oleh makanan, anda pasti takkan penat!

2. Skytrex Adventure Melaka

Tak lengkap rasanya percutian di Melaka kalau anda tak melawat Skytrex Adventure Melaka terutama bagi anda yang mahu rasai adrenalin dan berpeluh ketika bercuit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh ke Skytrex Adventure Melaka, sebuah taman pengembaraan yang penuh dengan cabaran termasuklah Skybike yang pertama di Malaysia, Buaian Terjun Lelabah Tarzan, luncur keluang dan banyak lagi!

Anda boleh memilih tahap kesukaran yang sesuai untuk semua peringkat usia dan tahap stamina, bahkan ada juga untuk kanak-kanak. Aktiviti ini sesuai untuk percutian beramai-ramai bersama kawan-kawan atau keluarga.

3. A'Famosa Safari Wonderland

Bagi pencinta haiwan, jangan lepaskan peluan untuk ke A'Famosa Safari Wonderland, yang terletak dalam Resort A’Famosa untuk merasai pengalaman melihat haiwan seperti zirafah, harimau, flamingo, monyet, tupai dan banyak lagi di zoo gaya safari yang luas ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain daripada ada pelbagai jenis haiwan di sini, jadual harian safari ini penuh dengan pelbagai persembahan haiwan, waktu memberi makan dan persembahan yang menarik. Bagi mereka yang bercuti dengan keluarga dan anak-anak, anda wajib kunjungi zoo ini.

4. Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Muzium ini merupakan antara lokasi tarikan pertama di Melaka ketika ia mula berkembang menjadi sebuah destinasi pelancongan.

Istana yang terdapat di muzium ini dibina pada tahun 1984 dan anda boleh mendalami lagi sejarah tentang adat istiadat Kesultanan Melayu Melaka, peristiwa-peristiwa penting yang berlaku, tokoh-tokong terhebat pada waktu itu dan banyak lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hah, kalau anda peminat sejarah dan mahu memahaminya dengan lebih lanjut, datanglah ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka.

5. Menara Taming Sari

Nikmati pemandangan panoramik kota bersejarah ini daripada puncak Menara Taming Sari. Menara ni merupakan sebuah giro ikonik dengan balai cerap berputar di ketinggian 100m.

Anda boleh melihat pemandangan kota ini secara 360 darjah dan tempat-tempat ikonik seperti Pulau Melaka, Muzium Samudera, Sungai Melaka dan banyak lagi dari puncak ini.

6. Muzium Warisan Baba & Nyonya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Muzium Warisan Baba & Nyonya yang cantik ini adalah salah satu rumah Peranakan Pra-Perang Dunia Kedua di Melaka. Terletak berdekatan dengan Jonker Street, bangunan ini adalah kediaman kepada empat generasi keluarga tempatan dan kini dijadikan muzium rumah. Beli saja tiket masuk atau tempah lawatan anda supaya anda boleh melihat jubin lukisan tangan, perabot klasik dan artifak yang pasti akan membawa anda kembali ke zaman dahulu.

7. The Stadthuys

Mereka yang melawati Melaka pasti tidak akan terlepas daripada melihat The Stadthuys, iaitu bangunan yang berwarna merah ketika ingin menuju ke Bandar Hilir.

Ini antara tempat menarik di Bandar Hilir Melaka. The Stadthuys merupakan tapak bersejarah terpenting di Melaka selain daripada tapak-tapak lain yang turut memberi kepentingan kepada sejarah Melaka.

Anda juga boleh menaiki beca di sini dan bersiar-siar sekitar bandar Melaka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Sungai Melaka

Seterusnya, singgahlah ke Sungai Melaka yang mengalir melalui kota ini dan sebab kenapa Melaka digelar “Venice Timur” pada masa dahulu. Sekarang, ia dikelilingi kedai-kedai kecil, rumah, kafe, restoran dan bangunan bersama lukisan dan seni jalanan.

Anda boleh menaiki River Cruise untuk menikmati pemandangan sungai yang indah atau makan angin di sungai ini.

9. Pantai Klebang

Pantai Klebang antara pantai yang terkenal dan diketahui ramai apabila mengunjungi Melaka. Kawasan daratannya yang luas membolehkan anda berkhemah dan melakukan aktiviti-aktiviti pantai bersama-sama.

Ramai pengunjung tempatan dan dari luar negeri dan luar negara berkunjung ke pantai ini untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di lautan yang luas.

10. Kota A'Famosa

Kota A Famosa merupakan lokasi yang ikonik di Melaka. Hampir semua orang yang melawatinya akan tahu kewujudan Kota A Famosa. Ia merupakan kubu perang peninggalan zaman penjajahan Portugis sekitar 1511.

Kubu ini digunakan oleh tentera Portugis ketika menentang penduduk Melaka ketika itu. Banyak nilai sejarah yang dapat dilihat di Kota A Famosa dan anda harus melawatinya.

Walaupun negeri Melaka ini kecil, tapi banyak rupanya aktiviti menarik yang boleh anda lakukan, tak kiralah anda travel secara bersendirian, berkumpulan atau dengan sanak-saudara.

11. Dutch Square

Dutch Square merupakan salah satu tempat ikonik di Melaka kerana ia mempunyai banyak bangunan-bangunan merah kolonial Belanda yang dibina sekitar tahun 1660 dan 1700.

Selain The Stadthuys, bangunan seperti Gereja Christ dan menara jam ikonik Melaka juga terletak di tempat ini. Kalau nak OOTD, tempat ni memang sesuai!

12. St. Paul's Church

Terletak di peninggalan Kubu A'Famosa di puncak Bukit St. Paul, gereja ini adalah salah satu bangunan bersejarah yang wajib anda kunjungi.

Asalnya bangunan ini dibina pada 1521 dan ia menjadi tempat menarik untuk dikunjungi jika anda peminat kepada aktiviti yang mencabar kerana anda boleh mendaki tangga yang curam.

Sampai di puncak, anda boleh menikmati keindahan pemandangan kota ini.

13. Taman Air A'Famosa

Bagi yang bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan di Melaka, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Taman Air A'Famosa!

Dengan 11 tarikan dan permainan seperti gelongsor air yang berliku-liku, taman ini pastinya tidak akan membosankan bagi orang dewasa, apa lagi bagi kanak-kanak!

14. Mamee Jonker House

Sambil meneroka Jonker Street, sudah semestinya anda akan menemui Mamee Jonker House dengan bangunan berwarna kuning dengan papan tanda Mamee yang besar.

Mamee Jonker House adalah sebuah tarikan mesra keluarga di kawasan ini dan apa yang menariknya, bangunan ini terbahagi kepada beberapa bahagian termasuk kafe dan muzium kecil.

Tak cukup dengan itu, ia juga mempunyai sudut di mana anda boleh membeli buah tangan Mamee disamping mempunyai dapur yang menawarkan bengkel guna tangan dan peluang untuk anda mencipta mee cawan Mamee sendiri.

15. Baba & Nyonya Heritage Museum

Muzium Warisan Baba & Nyonya yang berdekatan dengan Jonker Street merupakan salah satu rumah peranakan Pra-Perang Dunia Kedua di Melaka.

Bangunan ini merupakan kediaman kepada empat generasi keluarga tempatan dan kini dijadikan muzium rumah.

Beli tiket atau tempah lawatan dan anda boleh melihat jubin lukisan tangan, perabot klasik dan artifak yang boleh membawa anda kembali ke zaman dahulu.

16. The Shore Sky Tower

Nikmati pemandangan panaromik Melaka dari balai cerap terbuka di puncak The Shore Sky Tower yang mempunyai ketinggian 163 meter.

Apa yang menariknya tempat ini, ia mempunyai dek langit dengan lantai kaca agar anda dapat menikmati lagi keadaan sekeliling anda!

Datang ke balai cerap ini pada waktu petang untuk saksikan matahari terbenam yang indah di puncak ini disamping melihat suasana kota dengan cahaya lampu yang indah.

17. Masjid Selat Melaka

Turut dikenali sebagai Masjid Selat Melaka, masjid ini dibina di atas laut dan keindahannya terserlah pada waktu pagi dan waktu petang.

Ia terletak tidak jauh dari pusat bandar dan masjid ini sangat sesuai untuk dilawati selepas letih berjalan-jalan di kota Melaka.

Semua orang dibenarkan masuk tidak kira agama, namun anda perlu berpakaian sopan dan selendang juga boleh disewa jika diperlukan.

18. Rumah Terbalik Melaka

Rumah Terbalik Melaka merupakan rumah moden Malaysia versi terbalik! Agak memeningkan bila anda masuk ke dalam tapi menyesal kalau tak datang ke rumah ini.

Rumah ini dibina oleh seorang pengarah dengan pengalaman 10 tahun dalam industri, rumah terbalik ini turut dibina bersama perabot-perabot bersaiz besar yang terbalik!

19. Pampas Sky Dining Steakhouse

Sambil menikmati hidangan bersama keluarga, anda juga dapat menikmati pemandangan kota bersejarah ini secara 360 darjah di Pampas Sky Dining Steakhouse.

Restoran ini adalah tempat yang sempurna untuk anda dan keluarga meraikan majlis istimewa sambil menikmati makan malam yang mewah.

Dengan bayaran tambahan, anda juga boleh meminta meja anda dihiasi untuk meraikan majlis istimewa anda!

20. Jonker 88

Sebuah kopitiam dengan gabungan zaman moden dan zaman dahulu, Jonker 88 merupakan sebuah restoran vintaj yang terletak di Jalan Hang Jebat yang sibuk.

Apa yang menariknya, anda boleh menemui hidangan tempatan termasuk laksa dan cendol. Jika anda datang untuk menikmati hidangan di kopitiam ini, kami cadangkan mula dengan Laksa Nyonya dan sejukkan badan anda dengan semangkuk cendol.

21. The Stolen Cup

Dengan berkonsepkan desa yang dipenuhi meja kayu dan tanaman pasu, kafe ini adalah tempat yang sesuai untuk melarikan diri daripada hiruk-pikuk bandar.

Kafe ini menyajikan pelbagai jenis minuman, pastri, pencuci mulut namun hidangan utamanya yang juga merupakan keistimewaan kafe ini adalah Signature Gula Melaka Latte.

22. Mahkota Parade

Sebuah pusat membeli-belah legenda di Melaka, Mahkota Parade yang terletak di Bandar Hilir merupakan antara pusat membeli-belah terbesar di Melaka.

Selain dapat mencari barang yang biasa anda temui, anda juga boleh membeli barangan yang sinonim dengan budaya Melaka, malah harga barangan di pusat membeli-belah ini boleh dirunding.

23. Illusion 3D Art Museum

Muzium ini menjanjikan pengalaman menarik kepada anda tidak kira anda bercuti ke Melaka bersendirian, bersama rakan atau keluarga dengan ilustrasi seni 3 dimensi.

Di muzium ini, anda boleh menikmati video animasi 3D tentang dinosaur, angkasawan, hidupan liar dan banyak lagi!

24. Muzium Kapal Selam

Bagi peminat-peminat kapal, jangan lepaskan peluang untuk menerokai kapal selam yang dibina sekitar tahun 1979 sepanjang 70 meter dengan keupayaan untuk menyelam sedalam 300 meter.

Bertempat di Pantai Klebang, muzium ini terbuka kepada pengunjung untuk melihat keadaan sebenar sebuah kapal selam.

Apa yang lebih menarik, anda boleh mempelajari lebih lagi tentang kapal selam itu dan jet pejuang yang turut dipamerkan di situ.

25. Malaysia Heritage Studios

Sebuah tarikan baharu di Melaka, Malaysia Heritage Studios adalah tempat yang bagus untuk anda pelajari tentang warisan di negara ini.

Tempat ini adalah taman warisan ajaib yang pertama di Malaysia dengan 13 tema terpilih yang meraikan warna warisan Malaysia termasuklah seni, seni bina, alam semula jadi, budaya, sejarah dan legenda.

Setiap rumah sebagai tarikan tersedia dengan penghawa dingin, jadi anda tak perlu risau untuk datang ke tempat ini pada waktu siang.

Waktu terbaik untuk anda datang ke tempatini adalah sebelum jam 3 petang supaya anda boleh menikmati persembahan di pentas utama yang dipanggil sebagai Pentas Teja.

Banyak lagi tarikan lain di Melaka yang anda boleh terokai. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 9 Tempat Percutian Di Perak Yang Menarik & Wajib Dikunjungi Seisi Keluarga

Baca juga : Wow, 5 Tempat Menarik Di Cameron Highland Ini Wajib Dikunjungi!

Baca juga : Tempat Menarik Di Kuala Lumpur, Percuma Pula Tu, Boleh Bawa Keluarga Di Hujung Minggu!

Penulis

Anis