X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product Guide
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Selain Lokasi Syurga Makanan, Ini 8 Tempat Menarik Di Penang Yang Boleh Dilawati

24 Oct, 2023
Selain Lokasi Syurga Makanan, Ini 8 Tempat Menarik Di Penang Yang Boleh Dilawati

Jika anda ingin merancang percutian ke Pulau Pinang, ini senarai tempat menarik di Penang yang pastinya sesuai dilawati anda sekeluarga.

Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti ramai yang terbayangkan syurga makanan, lokasi menarik serta pantai yang indah. Diketahui ramai dengan jolokan nama Pulau Mutiara, Pulai Pinang merupakan destinasi pilihan utama bagi pelancong dalam dan juga luar negara. Jika anda ingin merancang percutian ke sini, senarai tempat menarik di Penang ini pastinya sesuai untuk meluangkan masa bersama teman rapat mahupun keluarga.

1. The Habitat, Bukit Bendera

Selain Lokasi Syurga Makanan, Ini 8 Tempat Menarik Di Penang Yang Boleh Dilawati

Percutian anda ke Pulau Pinang tidak sah jika anda tidak berkunjung ke Bukit Bendera, Jika dahulu suasana puncaknya agak bosan namun kini terdapat tarikan baharu iaitu The Habitat yang terletak di puncak Bukit Bendera.

Dikelilingi dengan hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun, pengunjung dapat menikmati pemandangan 360 darjah seluruh pulau tersebut. Selain tumbuhan yang liar, and juga dapat melihat haiwan serta reptilia kecil.

Untuk sampai ke The Habitat, anda perlu menaiki Funikular Bukit Bendera. Ianya juga sesuai untuk kanak-kanak kerana pelantar jalan kaki tersebut dibina yang sesuai untuk seisi keluarga. Harga tiket untuk dewasa ialah RM53 dan RM31.80 bagi kanak-kanak yang berumur sehingga 12 tahun. Manakala bagi kanak-kanak bawah tiga tahun, kemasukan adalah percuma. 

2. Pasar Chowrasta

Selain Lokasi Syurga Makanan, Ini 8 Tempat Menarik Di Penang Yang Boleh Dilawati

Senarai tempat menarik di Penang ini pasti tidak lengkap tanpa Pasar Chowrasta yang mempunyai asal usul yang cukup bersejarah. Diketahui sebagai antara pasar tertua di Malaysia, tempat ini dinamakan sempena bahasa Urdu yang bermaksud persimpangan jalan. Manakala, istilah chowk pula membawa erti pasar jalanan dalam bahasa Hindi.

Di pasar dua tingkat ini, pengunjung boleh membeli pelbagai barang-barangan tempatan seperti cenderahati, aksesori, dan banyak lagi. Selain itu, di sekeliling Pasar Chowrasta terdapat beberapa tempat makan popular yang anda wajib kunjungi termasuk Nasi Kandar Pokok Ketapang, ais tingkap dan Teh halia Abdul.

3. ESCAPE Theme Park

Selain Lokasi Syurga Makanan, Ini 8 Tempat Menarik Di Penang Yang Boleh Dilawati

Tempat terletaknya gelongsor air paling panjang di dunia, sepanjang 1,111 meter, ESCAPE Theme Park wajib dikunjungi. Luangkan masa seharian dengan menikmati lebih 30 aktiviti menerujakan di Taman Adventureplay dan Taman Waterplay, termasuk luncur keluang, gelongsor air, halangan tali, panjat batu dan banyak lagi. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lasak lain sesuai untuk semua peringkat umur.

4. Entopia by Penang Butterfly Farm

Selain Lokasi Syurga Makanan, Ini 8 Tempat Menarik Di Penang Yang Boleh Dilawati

Taman Rama-Rama Penang atau lebih dikenali sebagai Entopia pastinya kemuncak percutian anda di Penang. Ianya dilengkapi dengan Natureland dan Cocoon yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat pelbagai spesis rama-rama, reptilia dan serangga dengan lebih dekat. Taman ini mempunyai lebih 15,000 ekor rama-rama. Pengunjung juga boleh ke Restoran Tapestree yang menyajikan pelbagai makanan. Harga tiket dewasa ialah RM49 dan RM29 untuk kanak-kanak. 

5. The Top Rainbow Skywalk

Selain Lokasi Syurga Makanan, Ini 8 Tempat Menarik Di Penang Yang Boleh Dilawati

Luangkan waktu malam anda bersama keluarga di The Top Rainbow Skywalk yang terletak di tingkat 68 Menara Komtar.  Ianya menawarkan pemandangan menakjubkan seluruh bandar George Town. Dengan pelantar berjalan kaki yang diperbuat daripada kaca, ianya merupakan antara tempat menarik di Penang. Terdapat juga restoran Top View yang menawarkan pelbagai jenis masakan enak berlatarbelakangkan pemandangan panorama. Bayaran masuk bagi dewasa ialah RM68, manakala kanak-kanak ialah RM48. ]ahajaj

6. Pantai Batu Ferringhi

Selain Lokasi Syurga Makanan, Ini 8 Tempat Menarik Di Penang Yang Boleh Dilawati

Batu Ferringhi mempunyai pantai yang luas dan salah satu destinasi paling popular Pulau Pinang! Berjemur di siang hari dan bersantai di bar dan restoran di malam hari. Anak-anak anda boleh bermain di pantai, terbangkan layang-layang, bina istana pasir atau cuba sukan air yang ditawarkan di sini, daripada jet ski kepada paralayar, bot pisang dan banyak lagi.

Anda boleh menginap di pantai Batu Ferringhi kerana terdapat pelbagai hotel dan chalet dengan harga yang berpatutan.

7. Avatar Secret Garden

Selain Lokasi Syurga Makanan, Ini 8 Tempat Menarik Di Penang Yang Boleh Dilawati

Stories Rakan Kongsi
Ini Item Yang WAJIB Ada Dalam Checklist Barang Baby Ke Hospital, Lampin Paling Penting!
Ini Item Yang WAJIB Ada Dalam Checklist Barang Baby Ke Hospital, Lampin Paling Penting!
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa

Alami dunia ajaib pada waktu malam di Avatar Secret Garden Penang. Terletak di belakang Tokong Thai Pak Koong, taman ini diubah menjadi destinasi fantasi yang menawan. Lokasi ini merupakan salah satu tempat indah Pulau Pinang yang sesuai untuk percutian keluarga atau janji temu romantik! 

8. Chew Jetty, Lim Jetty & Tan Jetty

Selain Lokasi Syurga Makanan, Ini 8 Tempat Menarik Di Penang Yang Boleh Dilawati

Di hujung Pengkalan Weld Pulau Pinang, ada beberapa jeti yang menjadi tarikan tepi bagan unik yang penting dalam sejarah pulau ini. Anda boleh berjalan di atas laluan kayu dan menikmati suasana kehidupan penduduk tempatan yang masih tinggal di rumah kayu di atas air. Kami dengar matahari terbenam di sini sangat indah – jadi kami cadangkan anda menikmati pemandangan matahari terbenam di Chew Jetty, Lim Jetty atau Tan Jetty.

Ada banyak lagi tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh anda kunjungi!

Klook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 10 Tempat Menarik Di Melaka Untuk Percutian Keluarga

Baca juga : 13 tempat menarik di Langkawi – parents wajib bawa anak ke sini!

Baca juga : Tak Jauh Dari Kuala Lumpur, 6 Tempat Menarik Di Ipoh Ini Wajib Dikunjungi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Selain Lokasi Syurga Makanan, Ini 8 Tempat Menarik Di Penang Yang Boleh Dilawati
Kongsikan:
  • Stress Kucing Kesayangan Kencing Atas Sofa? Ini 4 Cara Hilangkan Bau Kencing Kucing

    Stress Kucing Kesayangan Kencing Atas Sofa? Ini 4 Cara Hilangkan Bau Kencing Kucing

  • Guna 2 Bahan Di Dapur Ini Untuk Mencuci, Kasut Putih Anda Kembali Seperti Baru!

    Guna 2 Bahan Di Dapur Ini Untuk Mencuci, Kasut Putih Anda Kembali Seperti Baru!

  • Resepi Roti Muffin Homemade, Dah Boleh Sarapan Ala McD Di Rumah!

    Resepi Roti Muffin Homemade, Dah Boleh Sarapan Ala McD Di Rumah!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham