Nak Anak Kecil Rasa Tenang Dan Seronok Ketika Naik Penerbangan? Ini Caranya Yang Ibu Ayah Boleh Buat

Ada caranya untuk tenang anak ketika naik pesawat pada usia mereka masih kecil lagi. Ibu ayah boleh buat kaedah ini sebelum penerbangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini kecoh tentang kes pasangan ibu bapa mendakwa menerima layanan buruk daripada sebuah syarikat penerbangan terbaru Malaysia, MYAirlines apabila anak mereka berusia 2 tahun 5 hari tidak mahu duduk di kerusinya ketika pesawat mahu berlepas sehingga telah menyebabkan sedikit kelewatan. Di dalam artikel ini, ibu bapa di luar sana akan dapat mengetahui beberapa cara untuk buat anak tenang sebelum dan semasa penerbangan.

Menerusi entri yang muat naik pengguna Facebook, Maryam Jamadi berkongsi tentang strategi untuk ibu ayah yang mahu menaiki penerbangan dengan anak kecil untuk mengelakkan daripada berlakunya drama meragam:

1. Dedahkan anak dengan kapal terbang

Dua minggu sebelum naik pesawat, tunjuk video vlog atau pun dokumentari tentang kapal terbang supaya anak dapat gambaran semasa naik nanti. Video sebenar atau realiti, bukan kartun. Ingatkan anak yang dia kena duduk kerusi dia nanti untuk keselamatan. Perkara ini perlu diingatkan banyak kali kepada anak.

2. Jangan terlalu penat

Anak umur 2 tahun sememangnya tengah fasa banyak tantrum, beza nangis biasa dan nangis tantrum ialah bila nangis tantrum anak nangis tidak buka mata. Bila nangis tantrum memang agak susah dan lama nak tenangkan dia. Jadi, sebelum naik pesawat pastikan anak dalam keadaan tenang untuk elak dia jadi "overstimulated". Jika anak menyusu badan, pastikan anak menyusu sebelum naik pesawat.

Tidak perlu berebut-rebut nak masuk pesawat cepat sebab nanti kena beratur lama juga sebelum duduk. Duduk relaks dahulu, jadi orang terakhir masuk pesawat. Biasanya orang bagi cadangan biar anak penat supaya dia tidur dalam pesawat tetapi bagi Maryam, kalau anak penat sangat lagilah anak mudah "overstimulated" dan tantrum.

3. Bawa mainan baru dan lama

Cara seterusnya untuk tenang anak adalah wajib sediakan mainan baru dan lama. Mainan yang biasa dia main di rumah untuk berikan anak perasaan selamat (terutamanya anak jenis sensitif). Mainan baru pula untuk alihkan perhatian anak. Keluarkan satu-satu mainan, jangan terus longgok semua mainan depan dia. Jika anak dah bosan 1 mainan, simpan dan beri mainan lain.

Seterusnya ulang-ulang sampai anak dah bosan baru kenalkan dengan mainan baru. Kena ada "senjata rahsia" iaitu mainan atau objek yang dia suka. Bawa juga kertas/buku kecil dan pensil warna, boleh main lukis-lukis sekali. Tambahan dari ruang komen: Buku sticker

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Snek kegemaran

Bawa snek yang bersaiz kecil dan kurang kenyang supaya anak boleh makan lama. Melainkan anak memang lapar. Menurut Maryam lagi dia suka membawa snek "sunflower seed", Pocky, kismis dan "cereal" kerana ia boleh alihkan perhatian anak lama sikit.

Snek pun sebolehnya jangan keluarkan semua, beri satu demi satu ikut turutan snek yang kurang sedap ke lebih sedap. Gula-gula atau keropok seeloknya simpan sehingga ke usaha terakhir.

4. Tempat duduk

Beri anak pilih tempat duduk supaya dia ada perasaan konsep kepunyaan. Terus dudukkan anak dekat kerusi dia, jangan duduk-duduk terus peluk nanti susah nak lepas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak nampak resah, terus menyusukan anak semasa duduk. Kalau anak 2 tahun, sepatutnya masa menyusu dah tak lama. Dalam 10-15 minit cukup sementara tunggu penumpang lain masuk dan duduk.

5. Jaga emosi kita

Bila anak menangis, peluk anak dari tepi dan pegang tangan anak. Yang paling penting, ibu ayah kena kekal tenang sebab anak dapat "baca" emosi kita. Elak marah atau terlampau empati sangat dengan anak nanti makin lambat dia nak tenangkan diri.

Diam lebih baik sebenarnya jika emosi kita pun ke laut waktu ini. Apa-apa pun, anak-anak bila travel yang penting nak kena pastikan dia cukup tidur, cukup makan, cukup susu, cukup main dan cukup peluk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu ayah di luar sana yang ingin kembara menaiki kapal terbang bersama anak kecil yang sudah perlu duduk di kerusi kapal terbang mereka sendiri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Naik Kapal Terbang Dengan Anak Kecil, Ibu Ini Kongsi 8 Persediaan Travel Jauh Tanpa Suami

Baca juga: Budak Kecil Usia 2 Tahun Meragam Tidak Mahu Duduk Di Kerusi Ketika Pesawat Ingin Berlepas, Ibu Ayah Kecewa Dengan Tindakan Kru Kapal Tidak Bertoleransi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis Menggunakan Teknik 5S, Ibu Patut Cuba! 

Penulis

Farhana Fuad