Anak Cepat Bertenang Bila Rasa Diri Difahami, Sebab Itulah Ibu Ayah Kena Tahu Validate Perasaan Mereka

Tenangkan diri anak memerlukan teknik yang betul agar si manja tidak berterusan menangis atau mengamuk sehingga ibu ayah hilang sabar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses membesarkan anak ketika zaman moden ini memberikan pelbagai cabaran buat ibu ayah. Lebih-lebih lagi bila kena tenangkan diri anak yang tantrum disebabkan oleh keinginannya tidak dapat dipenuhi.

Apabila berada dalam situasi ini, ramai ibu ayah baharu sukar memahami perasaan anak sehingga ada yang sanggup naikkan suara dan tangan dengan alasan ingin ‘mengajar’ anak agak tidak bersikap keterlaluan.

Cara tenangkan diri anak yang tantrum, ibu ayah perlu selami perasaan mereka

Menurut perkongsian oleh seorang ibu, Wawa Shauqi, anak akan lebih cepat bertenang apabila mereka rasa dirinya difahami oleh ibu ayah.

Masih saya teringat, anak pernah meraung kat Sunway Lagoon. Semata-mata sebab dia teringin makan capati.
Kau tengah berseronok dalam tu, tiba-tiba dia petik benda yang tidak wujud kat tempat tu. Saja nak bikin panas. Dah la banyak mata yang memerhati.

Mujur saya teringat ‘quote’ kat atas tu. Saya pun duduk depan anak. Pandang mata dia dan cakap dengan tenang.

“Aqlan tiba-tiba teringin makan capati ke?”

Anak saya mengangguk. Tiba-tiba tangisan dia tadi turun dari skala 10 ke skala 5.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Mama pun teringin. Sedapnya kalau dapat makan capati kan. Tapi Aqlan, kat sini tak ada jual capati. Apa kata kita cari makanan lain dulu. Keluar nanti, kita cari kedai yang jual capati.”

Ibarat hujan lebat yang berhenti tiba-tiba. Aqlan terus mengangguk, senyum dan jawab sepatah “OK”.

Mak pulak yang keliru. Macam kena game pun ada. Memang betullah. Ajaib betul emosi anak boleh mereda bila mereka rasa diri difahami.

Anak sulung saya pun pernah mengamuk. Semata-mata ter-kaler orang dengan warna coklat gelap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau ikut logik akal sendiri, rasa nak mengamuk balik pun ada. Benda kecil boleh settle gini pun nak mengamuk.
Sebelum mengamuk, saya ingat balik ‘mantra’ kat atas ni. Saya pun cakap pada dia.

“Ammar tak suka warna macam ni? Nampak buruk? Ammar rasa rosak dah lukisan Ammar?”

Bertalu-talu anak saya mengangguk, membalas pertanyaan saya. Ajaibnya, amukan anak saya tadi terus reda.

“Nak mama tolong tak? Mama cuba padam, lukis balik. Kemudian kita warna lain kat kertas lain sebelum warnakannya balik, ok?”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Macam orang rasuk kena jampi, dia terus ok. Siap senyum lagi. That easy!

Ibu ayah tidak patut gelabah bila anak mengamuk

Lepas ni, kalau anak anda mengamuk, repeat ayat kat atas tu. Untuk ingatkan diri, ‘Ok relax. Ada cara nak tenangkan dia’.

Teknik ajaib ni dinamakan VALIDATION. Bila anak rasa emosinya divalidasi, ada 3 positif yang berlaku :

✅️ Spark otak rasional untuk connect dengan otak emosi.

✅️ Anak lebih tenang sebab rasa diri difahami.

✅️ Anak akan belajar gunakan perkataan untuk ekspresikan apa yang mereka rasa di lain hari akan datang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan yang paling penting, dalam jangka masa panjang, kita mendidik anak mencari solusi. Kita membiasakan anak menggunakan otak rasional untuk kawal emosi. Bukan biarkan diri dikuasai emosi.

Cara lain untuk validate perasaan anak, tenangkan diri dengan mudah

#1. Menjadi seorang pendengar yang baik

Pada tahap awal, persiapkan diri anda untuk menjadi seorang pendengar ketika anak keliru dengan perasaan mereka.

Tinggalkan aktiviti harian atau telefon, duduk dan berbual dengan anak untuk mengetahui apakah perkara yang ada dalam fikiran mereka.

#2. Jangan sangkal perasaan anak

Apapun yang cuba anak sampaikan, jangan menyangkalnya meskipun ia sesuatu tidak masuk akal. Sebaliknya menerima perasaan anak agar mereka rasa difahami oleh ibu ayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, si manja juga akan lebih cepat mengatasi emosi negatifnya.

#3. Gunakan ayat pertanyaan, bukan ceramah

Anak yang sedang emosi membuatkan otak rasionalnya ditutupi oleh otak emosional. Justeru sebagai ibu, tanyakan pada anak dengan pertanyaan yang mendorong otak rasionalnya bekerja.

Namun elakkan pertanyaan yang terlalu rumit untuk dijawab anak. Misalnya:

Adik sedih sebab mainan rosak ya? Mesti setiap hari adik main mainan ni kan? Nak tak kalau kita baiki sama-sama?

Ketika otak rasional anak bekerja, ia akan memberi respon untuk setiap pertanyaan. Hal ini sekaligus membantu anak memahami penyebab emosi negatifnya.

Teknik validasi perasaan dapat dipelbagaikan mengikut kesesuaian dan usia si manja. Ia sememangnya terbukti berkesan dalam mengawal perasaan anak dan menngendalikan dirinya sendiri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Budak, Ibu Ayah Bawa Anak Keluar, Dedahkan Cahaya Matahari & Tanah

Baca juga: Ramai Ibu Ayah Terbeban Dengan Caj Yang Mahal, Terpaksa Hentikan Anak Dari Tadika/Taska

Baca juga:  Anak Paling Terkesan Bila Ibu Ayah Bercerai, Dalam Diam Ia Membunuh ‘Jiwa’ Mereka