Untuk anda yang baru bergelar ibu ayah tentu saja apa yang bayi lakukan menjadi persoalan bagi anda. Mengapa dia menangis? Mengapa dia senyum? Mengapa dia berkerut? Dan macam-macam lagi tentang bayi yang anda tertanya-tanya.
Tahu tak bayi sebenarnya menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi? Yelah baru lahir bagaimana nak bercakap dia mahu itu mahu ini.
Mereka memberi hint melalui gerak tubuh mereka atau bunyi-bunyian yang mereka hasilkan.
5 Tentang bayi yang ibu bapa patut tahu
Sebenarnya terdapat banyak lagi cara bayi berkomunikasi, malah setiap bayi mungkin berbeza-beza. Namun ini antara bahasa tubuh bayi yang penting untuk anda tahu.
#1. Menggosok mata dan muka
Sekiranya bayi anda kerap menggosok mata dan pipinya ketika mereka sedang berjaga, ini adalah tanda mereka penat.
Selalunya bayi akan menggosok-gosok mata sambil termenung jauh dan seperti dalam zon mereka sendiri, ini antara tanda bahawa mereka ingin tidur dan jika diiringi dengan genggaman tangan ada kemungkinan dia juga lapar.
Jadi menyusu sehingga mereka tidur? Idea yang baik, kata bayi anda!
#2. Menghisap jari
Apabila anda menyentuh saja muka bayi, mulutnya akan mencari-cari dan ingin menghisap jari anda itu tandanya dia lapar. Bukan kelaparan yang melampau ya. Waktu itu manja-manja saja.
Kalau orang dewasa, itu mungkin tanda mahukan kudap-kudapan atau jajan. Jadi eloklah susukan mereka waktu ini, jangan tunggu sampai dia betul-betul kelaparan, nanti menangis sehingga keluar anak tekak.
Antara bahagian lain yang suka dihisap adalah jika anda sedang mendukung mereka, mereka akan hisap leher anda.
#3. Muka dengan ekpresi ‘Oooo’
Ini tanda bayi ingin bermain! Mereka akan pandang anda atau sekeliling dengan mulut membentuk ‘O’. Dan waktu itu semua yang anda agahkan pada dia dia akan menjawabnya dengan ‘Ooooo’ diikuti mata membulat!
Tidak cukup dengan itu mereka akan mengeluarkan bunyi-bunyi comel ketika anda mengagah mereka. Jika bayi anda berusia tiga bulan ke atas, waktu dia ingin bermain tentunya ketika dia menjerit-jerit teruja. Comel betul!
#4. Muka kemerahan dan mengangkat lutut
Ini biasanya disebabkan angin. Sama ada bayi anda mahu sendawa atau mahu menukar posisinya. Jika ia disertai dengan tangisan, itu tandanya bayi kembung perut.
Meniarapkan bayi anda di tangan, kemudian urut-urut sedikit belakangnya untuk buat dia sendawa. Kemudian bolehlah sapu minya pada bahagian perut. Jangan lupa calitkan sedikit pada paha dan tapak kaki bayi.
#5. Berpaling
Ketika sedang bermain dengan anda, tiba-tiba bayi berpaling, atau cuba merangkak pergi daripada anda, itu mungkin kerana mereka sudah bosan.
Tukar aktiviti lain atau mungkin mereka ingin bermain sendirian. Sekiranya mereka masih teruja anda boleh perhatikan ekspresi wajah bayi anda dengan mata membulat merenung anda. Sekiranya tidak, ya bayi juga tahu rasa bosan!
Ini antara petanda daripada bahasa tubuh bayi yang cukup biasa. Sekiranya bayi anda ada melakukan bahasa tubuhnya sendiri mengikut apa kemahuannya itu anda sendiri yang perlu peka. Ingat setiap bayi berlainan, tapi ini adalah antara kebiasaannya.
Tentang bayi yang anda tak perlu risau
#1. Najis cair seakan-akan cirit-birit selepas minum susu ibu
Bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif senang membuang air besar setiap kali selesai menyusu kerana susu ibu senang dicerna oleh badan bayi baru lahir.
Bayi yang diberi susu formula pula akan lebih jarang membuang air besar.
Jika najis bayi anda nampak cair dan lembut, ini adalah perkara yang normal. Ini kerana bayi anda hanya minum susu dan belum lagi makan makanan pejal.
#2. Sering sedu
Pakar berpendapat, bayi sering sedu kerana komunikasi antara otak dan diafragma bayi yang belum sempurna.
Ibu bapa tidak perlu rasa bimbang, kerana walaupun anda fikir ia nampak tidak selesa, sedu pada bayi baru lahir tidak berbahaya.
Jika ibu bapa masih bimbang, baca sini untuk mengetahui cara untuk mengatasainya.
#3. Bayi sering menangis
#4. Ruam di muka atau jerawat bayi
Hormon ibu yang masih di dalam badan bayi kadang-kadang boleh mencetuskan ruam atau jerawat pada bayi baru lahir.
Ini biasanya berlaku pada usia dua minggu atau dua bulan dan tidak berbahaya. Ibu bapa hanya perlu bersihkan muka bayi anda dengan kain yang lembut.
#5. Payudara kelihatan besar dan ada cecair di dalamnya
Hormon yang menyebabkan bayi perempuan datang haid juga hormon yang boleh menyebabkan payudara bayi baru lahir kelihatan besar.
Keadaan ini boleh berlaku kepada bayi lelaki dan bayi perempuan.
Biarpun agak mengejutkan, perkara ini hanya sementara saja dan tidak akan memengaruhi kesihatan bayi. Jadi ibu bapa tidak perlu memicit payudara bayi agar cecair itu keluar atau terlalu risau memikirkannya.
Biarkan sahaja dan cecair itu akan hilang sendiri apabila diserap oleh tubuh bayi.
#6. Sering bersin
Bayi baru lahir mempunyai hidung yang sangat kecil, hanya sedikit mukus akan menyebabkan bayi itu bersin. Hidung bayi yang baru keluar dari rahim yang diisi cecair mungkin sedikit tersumbat sehingga menyebabkannya selalu bersin.
Ibu bapa tidak perlu bimbang kecuali bersin bayi diserta dengan mukus berwarna kuning yang tebal. Ini adalah tanda selesema.
Itulah 10 perkara yang sering berlaku pada bayi baru lahir. Berunding dengan doktor anda atau ibu-ibu lain yang mempunyai bayi boleh membantu anda mengatasi kebimbangan apabila anda melihat perkara ini berlaku kepada bayi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.
Sumber: BBC