Teknik unik ibu ini atasi hidung bayi tersumbat
Kaedah unik ibu ini yang berjaya atasi hidung bayi tersumbat telah menyebabkan banyak ibu bapa berbelah bagi.
Ada yang mengaku berjaya gunakan teknik ini untuk atasi hidung bayi tersumbat, manakala ada yang berkata mereka menghadapi lebih banyak masalah.
Hidung tersumbat sering kali menyebabkan bayi meragam dan ibu bapa menjadi bimbang, terutama jika anak yang baru lahir yang hanya tahu untuk bernafas dengan hidung.
Itulah sebabnya cara bagi atasi hidung bayi tersumbat adalah sangat penting.
Kredit: Adajerawat.com
Walaupun terdapat beberapa cara untuk atasi hidung bayi tersumbat melalui urutan, tapi trik ‘genius’ ibu ini telah membuatkan para medik dan ibu bapa berpecah-belah memberi pendapat.
Sesetengah daripada mereka percaya helah ibu ini adalah yang terbaik untuk mengeluarkan hingus dari hidung bayi, sementara yang lain pula percaya ia boleh membawa maut jika dilakukan dengan salah!
Dalam teknik DIY untuk atasi hidung bayi tersumbat itu, ibu ini menyuntikkan jarum suntikan yang dipenuhi air garam ke dalam lubang hidung anak perempuannya yang sangat comel.
Atasi hidung bayi tersumbat: Teknik DIY seorang ibu jadi viral
Dengan mengalihkan perhatian anaknya menggunakan kamera, ibu ini mengarahkan bayinya untuk sentiasa membuka mulut.
Dia kemudian meletakkan picagari di dalam hidung yang tersumbat dan memasukkan air garam di dalamnya.
Dengan serta merta, mucus yang tersumbat keluar melalui lubang hidung yang lain.
Perhatikan video tersebut (seperti di bawah ini) untuk melihat bagaimana ibu tersebut Berjaya mengatasi masalah hidung bayi yang tersumbat.
www.facebook.com/anedia.amazing/videos/1850556458305100/
Tidak lama selepas video itu menjadi viral, ia menerima komen yang pelbagai dari ibu bapa dan doktor.
Ada yang mengatakan mereka menggunakan kaedah ini untuk mengeluarkan mucus yang tersumbat, dan ia berhasil dengan baik.
Ada juga yang mengatakan teknih ini berbahaya dan menyebabkan mereka mengalami lebih banyak komplikasi
Perbezaan pendapat tentang cara ibu ini atasi hidung bayi tersumbat
Seorang pengguna berkata, “ tolong jangan hanya meletakkan garam biasa dalam air paip dan tembak hidung anak-anak anda dengan picagari. Ia boleh membawa kepada lemas kering atau aspirasi pneumonia.“
Seorang pengguna lain yang juga seorang ibu; Debbie Kieffer pula menulis, “ya, teknik ini selamat! Saya terpaksa menggunakan teknik ini untuk anak lelaki dewasa saya. Dia tak dapat bernafas dan tidak lena tidur selama beberapa hari. “
Ahli terapi pernafasan Terry Keefer Driscoll menulis walaupun kaedah ini berhasil, teknik ini mesti dilakukan dengan mengambil kira perasaan anak-anak.
“Sebagai ahli terapi pernafasan, teknik ini adalah seperti bom! Kerana kebanyakan kanak-kanak mungkin akan kurang berkerjasama dan memerlukan sistem atau kaedah pembendungan,” katanya.
Pengguna Australia Jeanette Martin pula menulis menulis, “berhati-hati ketika melakukan perkara seperti ini pada kanak-kanak tanpa nasihat doktor. Garam yang terlalu banyak boleh menghakis membran halus dalam hidung dan tekak kanak-kanak kecil.“
Bagaimana cara atasi hidung bayi tersumbat dengan betul?
Kaedah ini mungkin telah menyebabkan orang ramai berbeza pandangan, tetapi jika bayi anda mempunyai hidung tersumbat dan anda ingin mencuba beberapa DIY, inilah beberapa kaedah yang disyorkan oleh doktor.
Aatasi hidung bayi tersumbat: Teknik yang diuji dan terbukti boleh digunakan
- Saline nasal spray. Anda boleh beli semburan hidung dan guna pada bayi dan kanak-kanak. Baringkan bayi (miringkan kepala bayi sedikit ke belakang) dan letakkan dua hingga tiga titik larutan garam ke dalam kedua-dua belah hidung bayi. Jika mucus keluar, jangan risau. Hanya buang saja.
- Picagari bebuli. Picagari bebuli atau aspirator hidung juga sangat berguna untuk membuang sekatan pada hidung tersumbat. Baringkan bayi kembali seperti biasa. Sekarang, picitkan picagari untuk membuang semua udara, perlahan-lahan, letakkan hujungnya ke dalam lubang hidung dan lepaskan genggaman kerana ia akan menarik semua lendir. Ulang proses ini pada lubang hidung yang lain.
- Wap dalam bilik mandi. Pancurkan air panas di dalam bilik mandi anda dan apabila bilik mandi berwap, anda boleh duduk bersamanya selama beberapa minit untuk melonggarkan dan membuang lendir.
- Alat pelembap udara sejuk. Semasa hari-hari yang lebih sejuk, anda mungkin memanaskan kawasan pangsapuri anda. Hal ini akan menghilangkan kelembapan di udara dan menjadikan bilik kering dan panas. Ini boleh membuat hidung bayi tersumbat. Oleh itu gunakan alat pelembap udara sejuk untuk membawa kembali kelembapan itu dan melonggarkan lendir.
- Mendongakkan kepalanya. Anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan bantal di bawah kepala bayi anda kerana risiko SIDS. Tetapi anda boleh meletakkan tuala di bawah kepalanya dan mengangkatnya supaya dia dapat bernafas dengan lebih baik.
Jika anda tidak pasti tentang kaedah-kaedah untuk atasi masalah hidung bayi yang tersumbat – atau jika anda telah mencuba kesemua kaedah dan anak anda masih mempunyai hidung tersumbat – dapatkan nasihat doctor dengan segera.
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!