Ketika mengandung anak kedua kami, saya dapat merasakan tekanan daripada mertua yang mengharapkan seorang anak lelaki kerana kami sudah memiliki anak perempuan. Semasa menjalankan scan jantina baby menggunakan imbasan ultrasound di klinik pakar ginekologi saya, tiba-tiba doktor bertanya kalau kami ingin tahu jantina bayi kami.
Masa tu saya baru hamil 4 bulan. Doktor itu terus cakap…“rasanya lelaki kut…”.
Tetapi sebulan kemudian doktor itu mengesahkan bayi kami anak perempuan dan bukan lelaki.
Jadi adakah keputusan ultrasound tepat? Bolehkah ia menentukan jantina bayi anda? Jawapannya tidak semestinya.
Elak Scan Jantina Baby Terlalu Awal
Ultrasound atau scan jantina baby yang dilakukan sebelum ini tidak semestinya bergantung kepada bentuk kemaluan luaran.
Masa terbaik untuk menentukan jantina bayi anda adalah di antara 18-20 minggu.
Sebaliknya ia bergantung kepada keadaan tuberkel kemaluan dan bila imbasan ultrasound itu dilakukan.
Dalam tempoh ini, doktor boleh membuat imbasan scan yang lebih jelas sebelum keadaan dalam rahim menjadi terlalu sesak apabila bayi semakin membesar.
Jenis peralatan
Tidak semua mesin ultrasound dicipta sama rata. Sesetengah klinik tidak menaik taraf mesin ultrasound mereka ke mesin yang paling terkini.
Malah ada yang masih menggunakan mesin yang lama yang tidak boleh memberi gambaran yang jelas.
Bayi malu
Tidak semua bayi suka menunjuk-nunjuk. Ramai ibu-ibu telah berkongsi pengalaman, tentang bayi mereka yang suka menutup kemaluan mereka semasa pemeriksaan.
Walaupun selepas menunggu seketika sebelum doktor itu cuba lagi, ibu bapa masih hampa.
Apabila ini berlaku, penentuan jantina bayi itu akan dibuat dengan berasaskan imej ultrasound yang kurang memuaskan itu.
Ia juga lebih sukar untuk mengetahui jantina bayi itu jika bayi berada dalam kedudukan berikut:
- kedudukan songsang,
- dengan kaki bersilang,
- tangan yang berhampiran dengan kemaluan mereka,
- dan lain-lain.
Seorang doktor/sonographer yang kurang pengalaman boleh membuat kesilapan
Sama juga dengan doktor yang berpengalaman, tetapi tekaan doktor ini biasanya lebih tepat.
Berat ibu
Berat badan ibu hamil juga satu faktor yang boleh menghalang kualiti imej ultrasound. Lemak yang terlalu tebal boleh menghidar imbasan yang jelas.
Digabungkan dengan faktor-faktor lain, ia akan menjadi lebih sukar bagi ibu yang berbadan besar untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan.
Mereka mungkin perlu bergantung kepada ujian yang lain untuk menentukan jantina bayi mereka.
Bagaimanakah perasaan saya apabila mengetahui jantina bayi saya?
Mungkin ada ibu bapa dan mertua yang akan terkejut, berasa kecewa dan bersedih apabila impian mereka tidak dicapai.
Ada yang mungkin sudah beli gaun-gaun yang cantik atau pakaian yang segak comel.
Tetapi kadang-kadang kesilapan boleh berlaku dan saya faham kalau ibu bapa perlu sedikit masa untuk pulih daripada kejutan ini.
Pada masa itu, saya tidak kisah kalau bayi dalam perut ini, lelaki ke perempuan. Yang paling penting bayi itu sihat dan aktif; saya sudah cukup bersyukur.
Anak lelaki ke, anak perempuan ke, semuanya anugerah dari Tuhan dan akan mendapatkan kasih sayang saya yang sepenuh hati.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ini Sebabnya Penting Detail Scan Masa Trimester Ke-2 Kandungan, Ibu WAJIB Ambil Tahu!
Baca juga: Scan Melalui Faraj @ TVS Semasa Hamil Amat Penting, Ini Prosedur Perlu Ibu Tahu!
Baca juga: Benarkah Jantina Bayi Boleh Dikesan Melalui Degupan Jantung Bayi Semasa Dalam Kandungan?