Penatnya Anak Kerap Berjaga Malam, Ini 5 Terapi Bayi Susah Tidur Wajib Ibu Ayah Cuba!

Proses membesarkan anak memerlukan ibu ayah belajar pelbagai perkara baru setiap hari termasuklah terapi bayi susah tidur malam dan suka berjaga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susahnya untuk membiasakan diri menjadi ibu ayah baru, sampaikan tiada waktu rehat dan perlu berkorban jadi ‘burung hantu’! Inilah antara keluhan biasa yang ramai pasangan alami. Mana tidaknya, pada 6 bulan pertama kelahiran anda perlu memahami sendiri tabiat dan ragam si manja. Justeru, kami kongsikan terapi bayi susah tidur malam dan lebih gemar lena pada waktu siang.

Jangan terlalu cemas dulu ya, ibu tidak bersendirian kerana bayi baru lahir lain turut memiliki ragam yang sama dengan si manja anda.

Baca juga: Bayi Tidur Awal & Mudah Setiap Malam, Ibu Ini Kongsi 7 Petua BERKESAN Yang Diamalkannya

Terapi bayi susah tidur malam dan lebih gemar lena pada waktu siang

credit to sources

Kitaran tidur anak kecil jauh lebih pendek daripada orang dewasa. Dia meluangkan lebih masa dalam fasa tidur pergerakan mata cepat (REM) iaitu tidur yang tidak nyenyak dan mudah terganggu. Ia penting dalam memberi petunjuk setiap perubahan yang sedang berlaku di dalam otaknya.

Pola tidur bayi sukar diramal dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan si manja. Sesetengah ibu mengatakan siang lebih mudah untuk menguruskannya kerana tidur lebih lama, hanya tersedar bila ingin menyusu, bermain sekejap dan sambung tidur kembali.

Namun apabila masuk sahaja malam, ia bertukar menjadi sesuatu yang begitu mencabar. Bayi enggan tidur dan lebih teruk asyik menangis sahaja. Fasa ini adalah normal dan mungkin tidak akan berlanjutan, namun keadaan ini boleh membuatkan anda tidak cukup tidur sehingga sering tertanya-tanya bilakah ia akan berakhir!

Sebenarnya ibu dapat meramalkan corak tidur si manja sejak dalam kandungan lagi sekiranya dia jenis yang suka berjaga. Jika kandungan lebih aktif pada waktu malam, tabiat ini mungkin terbawa-bawa sehingga selepas lahir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun ini mungkin tidak sama bagi kesemua bayi, tetapi hanya boleh jadi panduan untuk ibu ayah. Untuk beberapa bulan pertama selepas kelahiran, anda dan pasangan memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dan menetapkan waktu tidur bayi dengan berkesan.

Antara terapi bayi susah tidur yang boleh anda cuba ialah:

#1. Segera bangunkan si manja setelah terjaga waktu pagi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Sesetengah ibu berasa kasihan dan gemar memberikan ‘lebih masa’ untuk bayi sambung tidur setelah dia tersedar di awal pagi. Tahukah anda tindakan sebegini boleh menyukarkan si manja untuk membezakan waktu siang dan malam?

Anak kecil yang terlajak tidur atau kerap lena waktu siang menyebabkan mereka terdorong berjaga ketika malam. Justeru, ibu hendaklah menetapkan rutin pagi seperti tarik langsir dan biarkan cahaya matahari masuk ke dalam bilik, bangunkan bayi, tukarkan lampin atau mandikannya.

#2. Ajarkan perbezaan antara siang dan malam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila si manja sudah memasuki usia kira-kira dua minggu, ibu sudah boleh mengajarnya membezakan siang dan malam. Namun usahlah terburu-buru kerana ia memerlukan beberapa minggu untuk bayi memahami konsep ini.

Caranya adalah dengan:

  • Mengenakan pakaian siang
  • Mendengarkan bayi bunyi bising seperti mesin basuh, televisyen atau vakuum
  • Mendukungnya melihat suasana di kawasan rumah
  • Banyakkan berbual dengan bayi

#3. Bermain dengan bayi

Bagi menyokong proses perkembangan otak dan fizikal si manja, anda hendaklah menyediakan beberapa aktiviti bersama bayi. Misalnya menyediakan permainan berwarna-warni, menyanyi atau membaca al-quran.

Walaupun dia masih kecil dan tidak mengerti apa-apa, dengan mendengar suara ibu sudah cukup membuatkan si manja teruja. Bukan itu sahaja, aturkan jadual penyusuan sesuai dengan keperluan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Cuba tenangkan bayi

credit to sources

Ingatkan suami yang pulang lewat kerja untuk tidak mengajak bayi bermain pada waktu malam. Sebaik sahaja masuk waktunya, ibu boleh memakaikan baju tidur dan melakukan urutan bayi bagi menenangkannya.

Kemudian, tutup lampu dan biarkan sedikit cahaya sahaja bagi memudahkan anda menyusu dan menukar lampin. Sekiranya pada awalnya bayi menangis, cuba memeluknya dengan lembut sambil membacakan surah-surah pendek.

#5. Biarkan anak terlena dengan sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika si manja sudah memasuki usia kira-kira enam hingga 8 minggu, anda boleh meletakkannya di atas katil ketika dia menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Sesetengah pakar menasihatkan agar tidak membuaikan atau menyusu bayi sehingga tertidur, walaupun pada usia ini dia cenderung terbiasa dengan tabiat berkenaan.

Namun ia terpulanglah pada ibu ayah bagi memilih pendekatan terbaik sebagai salah satu terapi bayi susah tidur malam.

Sumber: Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Ibu Bapa Menyesal Tak Jaga Rutin Tidur Anak Dengan Betul, Boleh Efek Perkembangan Otak