10 Jenis Mainan Yang Dapat Jadi Terapi Anak Bercakap, Bantu Atasi Masalah Speech Delay

Terapi bercakap untuk anak sememangnya memerlukan penglibatan ibu ayah. Cuba 10 mainan ini, mungkin boleh membantu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terapi bercakap ketika ini dilihat sesuatu yang penting memandankan ramai kanak-kanak mengalami masalah lewat bertutur (speech delay). Namun, jikalau pusat terapi pertuturan buat si manja masih tidak membantu mereka untuk mula bertutur, mungkin ibu ayah boleh menggunakan teknik lain untuk tolong anak-anak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 10 jenis permainan yang mampu bantu anak untuk mengalakkan pertuturan

Ya, memang ada segelintir kanak-kanak yang masih belum boleh bertutur dengan baik dan lancar meskipun telah memasuki usia 4 tahun. Tetapi ibu ayah jangan terlalu bimbang, ikhtiar dan bantulah si manja melalui aktiviti atau mainan yang boleh merangsang percakapan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 10 jenis permainan yang mampu bantu anak untuk mengalakkan pertuturan

10 jenis mainan sebagai terapi bercakap yang menggalakkan anak bercakap

Jika dilihat, kanak-kanak ini memang akan menghabiskan masa mereka dengan bermain. Berilah apa jenis permainan sekalipun, mereka akan memberikan fokus sepenuhnya dan meluangkan sebahagian besar masa mereka untuk bermain.

Dan, semasa bermain, dengan adanya rangsangan dan tindak balas dari persekitaran, ia sebenarnya dapat membantu anak-anak untuk meningkatkan perkembangan bahasa mereka.

Ibu ayah boleh cuba beli 10 permainan ini untuk membantu anak-anak perihal berkomunikasi dengan lancar dan baik.

#1. Terapi pertuturan: Activity Board

Pada peringkat ni anak masih lagi bergelar bayi. Mereka mula mengembangkan kemahiran motor mereka dengan meneroka melalui deria yang ada. Anak-anak juga mula belajar sebab dan akibat (cause and effect). Activity board sebegini membolehkan bayi memanipulasi dan melihat kesan setiap sentuhan dan pusingan.

#2. Tips mengatasi masalah anak lambat bercakap: Blocks

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Blok ialah open ended toys iaitu permainan yang mengalakkan anak imaginatif. Anak boleh membina rumah, kenderaan dan banyak lagi berdasarkan daya imaginasi dan ktrativiti mereka. Untuk anak kecil boleh sediakan blok yang bersaiz besar dan lembut.

#3. Terapi pertuturan: Shape Sorter

Pada usia ini, anak telah belajar untuk meningkatkan penyelesaian masalah dan tindakan pada objek. Mainan yang dicadangkan termasuk shape sorter. Lagi menarik jika disediakan bola dan tukul sekali. Ibu bapa boleh menggunakan ini untuk rangsangan bahasa sambil anak cuba untuk mengenalpasti dan membezakan bentuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Terapi anak speech delay: Cooking Set

Pada usia ini, anak telah belajar untuk meningkatkan penyelesaian masalah dan tindakan pada objek. Mainan yang dicadangkan termasuk shape sorter. Lagi menarik jika disediakan bola dan tukul sekali. Ibu bapa boleh menggunakan ini untuk rangsangan bahasa sambil anak cuba untuk mengenalpasti dan membezakan bentuk.

#5. Fruits and Vegetable Set

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak belajar untuk mengenal nama, bentuk rupa dan warna buah-buahan serta sayuran. Sambil melakukan pretend play cara potong buah dan sayur, anak akan belajar untuk berinteraksi tindakan yang mereka lakukan sambil menamakan mainan yang mereka mainkan.

#6. Doll House

Membina dan membaiki rumah anak patung menggalakkan kombinasi permainan yang pelbagai, kemahiran yang diharapkan untuk kanak-kanak berumur 2-3 tahun. Kanak-kanak pada usia ini menunjukkan aksi yang berbeza-beza dan menggunakan frasa dan gabungan ayat yang berbeza-beza (contoh: “Saya letak kerusi,” “Boy dapatkan susu”).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Doctor Set

Kanak-kanak mula tahu untuk melakonkan watak dengan meniru perwatakan realiti yang mereka pernah alami. Lawatan ke doktor adalah satu aktiviti yang tidak dapat dilupakan yang boleh anak-anak cipta semula dengan mainan. Tindakan yang dilakukan adalah lebih kompleks dan pelbagai (Contoh: pergi ke doktor, dapatkan pemeriksaan, pulang ke rumah).

#8. Animal Figurine

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak akan kaitkan mainan dengan benda hidup sebenar. Anak belajar untuk tahu nama, ciri dan belajar membahagikan mengikut kategori yang ada.

#9. Marble Run

Mainan ini juga lebih kepada open ended toys dengan cirinya yang mengalakkan anak-anak meneroka, sarat dengan ciri edukasi. Anak lebih kreatif dan imaginasi. Mainan ini akan merangsang rasa ingin tahu anak tentang bagaimana untuk menghasilkan struktur yang stabil, bola bergerak dalam laluan yang berliku dan sebagainya.

#10. Board Game

Memandangkan kanak-kanak kini memasuki zaman persekolahan, mereka menikmati permainan yang akan mencabar dan mengasah pemikiran mereka.

Permainan papan seperti Snakes and Ladders, Cadoo, Scrabble, Candyland, dan sebagainya adalah disyorkan. Ia juga menggalakkan interaksi sosial yang baik.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Pusat Terapi Pertuturan Di Malaysia Untuk Anak Yang Didiagnosis Lambat Bercakap, Ibu Ayah Jangan Berlengah Ya!

Baca juga: Ini Bezanya Anak Lambat Bercakap Atau Ada Masalah Gangguan Percakapan (Speech Delay)!

Baca juga: 30 Perkara Anak Anda Harus Faham Dan Cakap Sebelum Usia 2 Tahun

Penulis

Murns A.