Remaja Terjun Bangunan Tingkat 5 Selepas Ditampar Ibu Depan Kawan-Kawan Sekolah

Siapa sangka sikap ibu yang mudah 'naik tangan' berakhir tragedi apabila anaknya bertindak terjun dari bangunan sekolah depan rakan-rakan dan gurunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang sedang membesar tidak akan lari dari melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi melanggar peraturan sekolah. Ia bukan bermakna mereka adalah nakal. Seperti yang berlaku kepada remaja ini, ibunya telah naik angin sehingga dia bertindak terjun bangunan.

Meskipun dunia kini sudah mencapai pelbagai pemodenan, gaya asuhan dan didikan anak-anak juga telah berubah. Mereka terdedah dengan variasi teknologi canggih dan sebagai ibu ayah, anda hanya perlu mengawal mereka dari terus melakukan kesilapan sama.

Anak terjun bangunan selepas ditampar ibu

Jika pepatah orang dahulu ”biarkan anak yang menangis, jangan kita yang menangis.” Ia mungkin boleh diterapkan dalam urusan seharian, namun hendaklah berpada-pada mengikut kesesuaian.

Mengawal anak yang masih kecil adalah lebih mudah daripada anak remaja. Pendekatan emosi dan psikologi memainkan peranan penting untuk mendidik mereka menjadi seorang yang berjaya.

Menurut laporan China Press, seorang remaja berusia 14 tahun dari Wuhan telah nekad terjun bangunan tingkat 5 di sekolah selepas dia ditampar oleh ibu di hadapan rakan-rakan kelasnya.

Difahamkan, remaja berkenaan telah didapati melanggar peraturan sekolah kerana dia bermain poker dengan kawan-kawannya. Justeru, ibu bapa mereka dipanggil untuk ke sekolah sementara remaja berkenaan dan rakan-rakannya diarahkan berdiri di koridor sebagai denda.

Namun setelah ibu remaja berkenaan tiba, dia telah memarahi sehingga naik tangan ke muka anaknya. Guur-guru yang berada dalam situasi berkenaan telah berusaha meleraikannya dan remaja berkenaan hanya berdiri dan mendiamkan diri seketika.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih kurang 3 minit, dia berasa tertekan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh ibunya dan bertindak terjun bangunan tingkat 5 berkenaan. Semua berada di situ terkejut dan sedaya upaya menyelamatkannya.

Kemudian, mangsa telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan dan disahkan telah meninggal dunia pada jam 9 malam lalu. Kes remaja maut ini telah menjadi tular ke seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, ramai pengguna media sosial telah mengkritik remaja berkenaan terlalu manja. Namun ada juga yang menghentam kegagalan ibunya dalam menghukum anak yang sudah dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut mereka, si ibu hendaklah memikirkan nasib anaknya dari sudut psikologi. Lebih-lebih lagi tindakan berkenaan adalah di depan orang ramai. Mereka juga menggambarkan jika diri sendiri berada di tempat lelaki tersebut.

Cara menegur anak yang sudah remaja

Bukan mudah untuk menasihati terutamanya jika si anak sudah meningkat alam remaja. Usaha menegur yang tidak berkesan diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi, ia biasanya terjadi ketika anak tidak bersedia untuk menerimanya.

Berikut cara dalam memberikan nasihat dan pendekatan psikologi terhadap anak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Ibu perlu tenangkan diri

Biarkan anak berdiri atau duduk dengan kedudukan yang sejajar supaya anda dapat melihat matanya. Dalam hal ini, ibu hendaklah menenangkan diri terlebih dahulu dengan menarik nafas sedalam-dalamnya.

Anak remaja sememangnya suka mencuba perkara baru di sekeliling mereka. Dekatkan diri padanya dan usahlah menilai dari khabar angin. Buatkan anak-anak selesa untuk berbicara hal yang sebenarnya.

#2. Elak memaksa jika dia belum bersedia berbicara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: apacakes

Setiap anak memiliki sikap dan kemahuan berbeza. Ada yang ingin terus ditanya dan ada juga memerlukan suasana relaks dahulu. Sebagai ibu ayah, anda pastinya tahu sikap setiap anak-anak.

Berikan dia sedikit masa untuk bertenang, namun elakkannya bersendirian dan mengunci pintu bilik dalam tempoh yang terlalu lama. Ajak anak-anak berbincang dengan baik agar dia tidak terus melakukan kesilapan.

#3. Tanya dan dengar dahulu

Ketika anak melangkah masuk alam remaja, ibu ayah perlu mengubah cara mendidik. Jangan samakan mereka seperti anak yang masih kecil.

Kebiasaannya, mereka cenderung untuk membuat pilihan dan keputusan sendiri, bukan mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan. Dalam hal ini sebagai ibu bapa, anda hendaklah mendengar dan memberikan pandangan secara lebih positif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam erti kata lain, jadilah sahabat paling rapat dengan anak. Ini membolehkan mereka menyedari bahawa anda sedia mendengar setiap masalah dan dapat mencari jalan penyelesaian terbaik dari terus terlibat dengan perkara negatif.

Sumber: Lobak Merah, Tudung si comel

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkesan-kemurungan