Dua Beradik Lelaki Termakan Keropok Beracun, Ini Garis Panduan Penting Elak Kejadian Berulang

Terdapat beberapa garis panduan penting untuk menggunakan racun perosak agar kejadian termakan keropok beracun tidak akan berulang lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dua beradik lelaki yang kritikal selepas termakan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah pada Ahad lalu mendatangkan kebimbangan orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Seorang pegawai perubatan rehabilitasi, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan tampil menjelaskan mengenai beberapa panduan keselamatan yang perlu diikuti.

Termakan Keropok Beracun Disangka Jajan

Menurut Dr. Kamarul, rasa ingin tahu adalah sifat semula jadi kanak-kanak untuk memakan apa sahaja yang mereka temui.

Difahamkan, keropok yang digantung pada dawai besi di sekeliling pagar kebun oleh pekebun kampung dijadikan perangkap monyet disangka jajan.

Tegasnya,  pihak yang meletakkan racun tersebut seharusnya memantau dengan lebih teliti.

“Kenapalah letak umpan berupa makanan ringan untuk haiwan perosak? Kenapa pula diletak di tempat awam macam tu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Budak-budak manalah faham bahaya. Mereka nampak jajan(keropok), sudah pastilah mereka ambil dan makan.

Nak meracun makhluk perosak, perlulah utamakan keselamatan. Bukan keselamatan diri sahaja, bahkan persekitaran kita.

Persekitaran tu termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan selain makhluk perosak yang menjadi sasaran”, luahnya menerusi posting di laman Facebook.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Garis Panduan Penting Elak Risiko Bahaya

1. Penyimpanan yang Selamat

Racun harus disimpan dalam bekas berkunci dan diluar capaian kanak-kanak. Label pada bekas ini harus jelas dan mudah dibaca.

2. Penggunaan yang Bertanggungjawab

Gunakan racun mengikut arahan pada label. Jangan ubah suai atau gunakannya dengan cara yang tidak disarankan oleh pengeluar.

3. Kawasan Terhad

Jangan letak racun di kawasan umum atau tempat yang mudah diakses oleh orang ramai, terutama kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Pemantauan dan Pembersihan

Selepas gunakan racun, kawasan tersebut harus dipantau dengan rapi. Pembersihan segera harus dilakukan selepas penggunaan.

5. Pemberitahuan dan Notis

Individu yang tinggal di kawasan berhampiran harus diberi notis tentang penggunaan racun sebagai langkah berjaga-jaga.

Gunakan racun dengan beretika dan utamakan keselamatan. Semoga kita dapat menghindari tragedi seperti ini di masa akan datang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 racun merbahaya di rumah terhadap anak anda yang anda mungkin tidak sedar

Baca juga: AWAS, racun serangga mengundang masalah lemah mental pada janin

Baca juga: Cantik, Gebu & Besar Tidak Semestinya Selamat Dimakan, Kenali 6 Jenis Cendawan Beracun & Ciri-Cirinya!

Penulis

Noorhidayah