X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jubah labuh tersangkut pada eskelator, bayi terlepas dari tangan ibunya dan meninggal dunia

3 Feb, 2017
Jubah labuh tersangkut pada eskelator, bayi terlepas dari tangan ibunya dan meninggal dunia

Rakaman dari kamera sekuriti yang telah viral di atas talian menunjukkan wanita tersebut sedang menuruni eskelator dari tingkat empat sambil mendukung bayinya di tangan kanan.

Andijan, Uzbekistan – Seorang bayi dilaporkan terjatuh setinggi 12m dan meninggal dunia di pusat membeli belah O’zbegim selepas ibunya tersungkur akibat jubahnya tersangkut di eskelator.

Rakaman dari kamera sekuriti yang telah viral di atas talian menunjukkan wanita tersebut sedang menuruni eskelator dari tingkat empat sambil mendukung bayinya di tangan kanan.

Dia sedang memegang anaknya yang lain dengan tangan kirinya.

Jubah yang dipakainya tersangkut, menyebabkan dia tersungkur. Bayinya kemudian jatuh dari tangannya ke bahagian tepi eskelator.

Daily Mail melaporkan yang krew kecemasan bergesa ke tempat kejadian namun tidak berjaya menyelamatkan bayi tersebut.

AMARAN KERAS: Sesetengah dari anda mungkin akan rasa terganggu dengan rakaman video berikut. Tonton hanya atas risiko sendiri.

Tips Keselamatan Menggunakan Eskelator

Siapa yang berisiko tinggi?

Semua orang mempunyai risiko semasa menggunakan eskelator. Namun mereka yang mempunyai risiko lebih tinggi ialah:

  • kanak-kanak
  • mereka yang mempunyai masalah penglihatan
  • mereka yang memakai pakaian terlampau londeh atau terlampau labuh
  • mereka yang menggunakan kasut bertali
  • mereka yang menggunakan kasut daripada getah

Tips Keselamatan

Berikut merupakan tips-tips keselamatan yang dihimpun dari beberapa laman sesawang:

escalator-dos-and-donts

  1. Hanya untuk orang : mereka membawa troli, tongkat atau kerusi roda disarankan untuk menggunakan lif bukan eskelator sebagai langkah keselamatan.
  2. Menaiki dan menuruni dengan hati-hati : pastikan semasa menaiki atau menuruni eskelator, anda melihat anak tangga eskelator tersebut bagi mengelakkan tersungkur atau terjatuh
  3. Memegang tempat pemegang : apabila berdiri di atas tangga bergerak, kita boleh hilang keseimbangan. Jadi dengan memegang tempat pemegang juga adalah langkah kecil yang penting semasa menaiki eskelator.
  4. Memegang tangan anak anda dengan erat : bagi mereka yang mempunyai anak yang sudah besar, pastikan anda memegang erat tangan anak anda.
  5. Mendukung anak kecil : bagi mereka yang mempunyai anak kecil, elakkan memberi mereka berdiri sendiri di atas eskelator. Dukung mereka atau lebih baik, gendong mereka menggunakan alat gendongan yang selamat (lihat pautan ini untuk maklumat lanjut).
  6. Pakaian labuh/londeh : tidak memakai pakaian yang terlalu labuh atau londeh mencecah lantai kerana lebihan kain boleh tersangkut dan menyebabkan kemalangan.
  7. Kasut bertali atau getah : pastikan tali kasut terikat kemas dan cuba elakkan memakai kasut getah ketika menaiki eskelator kerana sesetengah getah akan cair akibat haba dari eskelator.
  8. Berdiri atau berjalan sahaja : jangan berlari, duduk atau berdiri menghadap belakang ketika menggunakan eskelator.
  9. Butang berhenti : ketahui di mana butang berhenti eskelator. Jika terjadi kecemasan, anda boleh cepat-cepat menekan butang berhenti.
  10. Tidak menghalang laluan : elakkan berdiri di hadapan laluan eskelator bagi mengelakkan risiko berlanggar dengan orang lain
Imej dari pinterest

Imej dari pinterest

Tidak salah kita mengambil langkah berhati-hati. Semoga ibu bayi tersebut dapat menerima kejadian yang menimpanya dengan tenang. Semoga kejadian ini menjadi iktibar untuk kita lebih berhati-hati dan tidak memperlekehkan langkah-langkah keselamatan.

Sumber :

thefinder , national elevator industry, schindler, sterling dan maryland.gov

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Jubah labuh tersangkut pada eskelator, bayi terlepas dari tangan ibunya dan meninggal dunia
Kongsikan:
  • Telapak Tangan Gatal Petanda Apa, Benarkah Anda Bakal Terima Duit? Ini Jawapannya!

    Telapak Tangan Gatal Petanda Apa, Benarkah Anda Bakal Terima Duit? Ini Jawapannya!

  • Ajar anak cara mencuci tangan dengan betul guna gambar rajah ini

    Ajar anak cara mencuci tangan dengan betul guna gambar rajah ini

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.