Apa jadi kalau anak anda tertelan gula-gula getah? Adakah ia bahaya?

Tak dapat nak menyangkal bahawa gula getah merupakan makanan ringan yang amat disukai oleh kanak-kanak. Namun, adakah ia bahaya jika tertelan dan apa risiko yang bakal berlaku. Semuanya terjawab dalam ruangan ini

Ingat tak anda mula makan gula getah masa umur berapa? Lepas itu pernah tak anda tertelan gula-gula getah atau chewing gum ini? Biasanya, kanak-kanak bila sedap sangat kunyah gula getah, ada kalanya ‘terleka’ hingga tertelan! 

Sebab terlalu panik, mak dan ayah akan segera bawa berjumpa doktor. Kemudian, mesti ada orang yang cakap gula getah itu akan tertanam dalam perut selama tujuh tahun. Sebenarnya fakta itu tak betul

Walaupun perut tidak dapat memecahkan gula getah dengan cara yang sama seperti makanan lain, namun, sistem percernaan boleh menggerakkannya sepanjang aktiviti usus berlaku. 

Maksudnya, ia akan dikeluarkan melalui saluran pencernaan dan menjadi najis.

Tapi, bilakah menelan gula getah jadi satu masalah? 

Kredit: Capture

Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak tertelan gula getah dengan banyak, ia boleh menyekat saluran pencernaan dalam sesetengah kes tapi ia jarang berlaku. 

Kemungkinan juga terjadinya insiden tersumbat apabila gula getah ditelan bersama objek asing yang lain seperti biji kuaci atau benda-benda yang susah nak dicerna. 

Ia berlaku disebabkan kanak-kanak tidak tahu bahawa gula getah hanya dikunyah bukan ditelan terus ke dalam perut. 

Tapi kalau ‘tertelan tanpa sengaja’ dan berlaku sekali sekali tidak membahayakan. 

Gula getah dibuat dari apa?

Sedap sangat kunyah gula-gula ini, tapi anda tahu tak ia diperbuat daripada apa? 

Gula getah diperbuat daripada bahan semula jadi atau bahan sintetik (gum resin), pengawet, perasa dan pemanis. Kemudian, tubuh akan serap pemanis dan ia boleh menambah kalori jika anda mengunyah gula manis terlalu banyak. 

Tetapi, sistem pencernaan manusia tidak boleh mencerna gula-gula jenis ini dan ia hanya akan bergerak melalui saluran pencernaan dan seterusnya menjadi najis. 

Berapa usia yang selamat boleh makan gula-gula getah?

Kredit: India tv

Kanak-kanak tidak boleh mengunyah gula-gula jenis ini sehingga mereka faham untuk tidak menelannya.

Adalah lebih molek, jika diberikan ketika usia mereka lima tahun kerana anak lebih mudah faham ada perbezaan antara gula getah dengan gula-gula yang lain. 

Apapun, mak ayah kena lebih berhati-hati supaya anak tidak mengunyah gula-gula ini selagi tidak dibenarkan. 

Kesan-kesan yang boleh dapat jika tertelan gula getah

  • Akibat ia diperbuat daripada kandungan gula yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan gigi
  • Kandungan sorbitol boleh menyebabkan cirit birit
  • Ada sesetengah gula-gula ini mengandungi kulit kayu manis yang menyebabkan rasa panas dan pedas dalam mulut. Ia kurang sesuai untuk kanak-kanak. 

Kesimpulannya, jika ‘teringin’ kunyah gula-gula ini, cukup sekadar satu atau dua keping sehari. Bila selesai kunyah dan rasa manis juga sudah hilang, jangan telan dan terus buang! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Kids Health

Baca juga

https://my.theasianparent.comsi-kecil-yang-bahaya-bayi-tertelan-bebola-jeli/