X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Keburukan Chewing Gum (Gula-gula Getah)

21 Nov, 2016
Keburukan Chewing Gum (Gula-gula Getah)

Jika anda betul-betul sukakan gula-gula getah, anda tidak perlu risau. Ada jenama chewing gum di pasaran yang bebas aspartame dan sucralose. Walaubagaimanapun, anda diingatkan untuk sentiasa menyemak kandungan bahan sebelum membeli.

Antara gula-gula yang paling digemari oleh kanak-kanak adalah chewing gum, ataupun dalam Bahasa Melayu ia dieknali sebagai gula-gula getah. Orang dewasa pun turut meminati gula-gula getah ini.

Anda pasti akan terkejut setelah mengetahui apakah sebenarnya isi kandungan gula-gula getah dan kenapa gula-gula getah boleh membahayakan kesihatan anda sehingga boleh menyebabkan kematian.

Kenapa gula-gula getah membahayakan?

shutterstock_18132094-1

2 daripada bahan-bahan yang terkandung di dalam gula-gula getah adalah aspartame dan sucralose. Kedua-dua bahan ini adalah bahan toksik yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Ini adalah kerana, pada suhu 30 darjah celcius (suhu di dalam mulut kita adalah 37 darjah celcius), Aspartame akan membebaskan methanol yang akan bertukar menjadi formic acid dan formaldehyde di dalam badan anda.

Buccal mucosa mulut dan lidah kita pula akan menyerap aspartame di dalam chewing gum itu. Kajian ada menyatakan bahawa, aspartame yang diserap dengan cara begini adalah lebih membahayakan berbanding jika ia disuntik terus ke dalam badan anda.

Walaupun anda mengunyah hanya satu sahaja gula-gula getah, ia adalah sangat memudaratkan kepada anda. Aspartame yang diserap akan melalui tulang belakang dan saluran darah terus ke otak anda.

Aspartame yang diserap oleh tubuh akan berpecah menjadi pelbagai jenis racun dan ia lebih membahayakan daripada racun biasa.

Aspartame bukan hanya terdapat di dalam chewing gum sahaja. Bahan ini biasanya terdapat di dalam makanan atau pun minuman yang berproses dan berpaket. Terutamanya makanan atau minuman yang diakui sebagai bebas gula atau rendah kalori. Antara makanan-makanan yang terdapat di dalam kategori ini adalah:-

  • Gula-gula getah
  • Minuman ringan
  • Yogurt
  • Bahan pemanis tiruan
  • Gula-gula atau ubat untuk batuk
  • Chewable vitamin (vitamin yang dihisap)
  • Pencuci mulut yang disejuk bekukan
  • Gula-gula dan biskut khas untuk penghidap diabetis

Walaubagaimanapun, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli, semak dahulu kandungan barang yang anda hendak beli. Keputusan anda adalah sangat penting untuk kesihatan anda dan juga keluarga anda. Anda juga perlu berjaga-jaga jika ternampak AminoSweet tertulis pada bahan makanan kerana ia adalah sebenarnya aspartame. Ia ditulis untuk mengelirukan para pengguna.

Halaman selanjutnya: Bahaya aspartame yang ada dalam gula-gula getah

Apakah sebenarnya aspartame?

shutterstock_176482130-1

Aspartame adalah bahan tambahan yang terdapat di dalam makanan ataupun minuman dan ia juga boleh dikenali dengan nama yang lain seperti NUTRASWEET, SPOONFUL, CANDEREL dan EQUAL. Walaupun namanya berbeza, namun ia adalah benda yang sama iaitu pengganti gula yang beracun. Penghidap diabetis perlu berjaga-jaga kerana aspartame ditulis di label kandungan sebagai E951.

Tiga jenis bahan kimia digunakan untuk membuat aspartame ini iaitu Aspartic acid (40% Aspartame), phenylalanine (50% Aspartame) dan methanol (racun/wood alcohol - 10% Aspartame).

Aspartic asid adalah sejenis asid amino dan ia didapati boleh meningkatkan kadar aspartate di dalam plasma darah. Neuron di dalam otak boleh boleh musnah jika terdapat kandungan aspartate yang tinggi di dalam darah. Beberapa penyakit kronik yang disebabkan asid amino adalah:-

  • ALS
  • Hilang ingatan
  • Multiple sclerosis (MS)
  • Epilepsi
  • Hilang pendengaran
  • Parkinson
  • Alzheimer
  • AIDS
  • Hypoglycemia
  • Ketumbuhan otak
  • Dementia
  • Gangguan neuroendocrine

Phenylalanine pula adalah asid amino yang biasanya terdapat di dalam otak. Kadar phenylalanine yang tinggi di dalam otak akan menyebabkan berkurangnya seratonin. Ini memberi impak kepada kesihatan emosi seperti kemurungan atau tertekan.

Methanol pula adalah sejenis racun yang memudaratkan kepada manusia. Sebaik sahaja diserap ke dalam badan, methanol akan berpecah menjadi formic acid dan formaldehyde.

Betulkah ia satu-satunya penyebab kanser? Ketahui di halaman selanjutnya.

Punca kanser

Walaupun aspartame diambil hanya 20mg per setiap kg berat badan manusia, ia tetap berpotensi tinggi untuk berubah menjadi carcinogen. Para saintis teleh manjalankan kajian terhadap tikus di makmal dan mendapati, ia boleh meningkatkan kebarangkalian tumor membentuk di dalam badan. Pada tikus betina pula, kebarangkalian untuk mendapat leukaemia dan lymphomas serta sel kanser di pelvis dan urethra adalah tinggi.

Disebabkan berat badan kanak-kanak yang ringan, semestinya impak carcinogen ini adalah lebih tinggi pada mereka. Wanita yang mengandung juga boleh terdedah dengan risiko yang besar akibat carcinogen ini kerana carcinogen boleh menjejaskan embrio di dalam kandungan.

Alternatif Semulajadi

Jika anda betul-betul sukakan gula-gula getah, anda tidak perlu risau. Ada jenama chewing di pasaran yang bebas aspartame dan sucralose. Walaubagaimanapun, anda diingatkan untuk sentiasa menyemak kandungan bahan sebelum membeli.

Adalah baiknya untuk anda mencari chewing gum yang tidak mempunyai pewarna, perasa, pemanis dan bahan pengawet tiruan. Ia mungkin agak susah untuk mencarinya tetapi anda perlu berusaha untuk mencarinya demi kesihatan anda dan keluarga anda.

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Keburukan Chewing Gum (Gula-gula Getah)
Kongsikan:
  • Apa jadi kalau anak anda tertelan gula-gula getah? Adakah ia bahaya?

    Apa jadi kalau anak anda tertelan gula-gula getah? Adakah ia bahaya?

  • How To Remove Chewing Gum From Hair?

    How To Remove Chewing Gum From Hair?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Apa jadi kalau anak anda tertelan gula-gula getah? Adakah ia bahaya?

    Apa jadi kalau anak anda tertelan gula-gula getah? Adakah ia bahaya?

  • How To Remove Chewing Gum From Hair?

    How To Remove Chewing Gum From Hair?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.