Ibu tidak mahu beri vaksin pada anak
Rebecca Bredow, seorang ibu dari Michigan, bakal dipenjarakan kerana tidak mematuhi perintah mahkamah untuk memvaksin anaknya.
Namun, ibu tersebut didapati tidak menyesal, malah mengatakan –
“Saya lebih rela dipenjarakan dari memvaksin anak saya kerana saya betul-betul tidak menyokong perbuatan ini!” kata Bredow dalam temubualnya dengan ABC News.
Selepas memilih untuk tidak memvaksin anak disebabkan cara vaksin itu dikumpulkan, bekas suami Bredow telah membawanya ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara itu.
Rebecca didapati berang dengan tindakan bekas suaminya itu.
“Saya sangat marah, dan rasa seperti dipaksa. Hak saya sebagai ibu telah dirampaskan. Mengapa semua orang sokong pilihan bapanya untuk beri vaksin? Bagaimana dengan pilihan saya sebagai ibu?”
Pengetahuan tentang vaksin dalam talian
Menurut Bredow, dia telah banyak membaca mengenai suntikan vaksin di dalam talian dan memutus untuk menangguhkan jadual vaksin anaknya.
Perbuatan ini tidak salah di sisi undang-undang negeri Michigan kerana ibu bapa masih dibenarkan untuk meminta pengecualian atas sebab-sebab keagamaan, pendirian peribadi, serta masalah perubatan.
Tetapi dalam hal ini, hakim Oakland yang akan menentukannya.
Namun, kurang jelas berapa lama ibu kepada anak yang baru 2 tahun itu akan dipenjarakan, jika disabitkan kesalahan.
Kepentingan vaksin
Walaupun banyak spekulasi yang membimbangkan berhubung imunisasi, penyakit autisme dan masalah-masalah lain, vaksin telah membantu menyelamatkan nyawa ramai kanak-kanak.
Malah, ini antara sebab mengapa bayi dan kanak-kanak harus mengambil suntikan vaksin untuk melindungi imunisasinya:
- Imunisasi memberi faedah kesihatan pada kanak-kanak kerana ia dapat mengelak jangkitan pelbagai penyakit berjangkit serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
- Kebanyakan penyakit berjangkit tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
- Imunisasi juga dapat mengelak kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu.
- Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.
- Imunisasi juga dapat mengurangkan/membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.
Dengan hanya melakukan penyelidikan dan menimba ilmu dari internet, ini tidak akan menjadikan anda seorang pakar perubatan yang berkelayakan.
Ini soal hidup dan mati, kerana anak yang tidak divaksin tidak terlindung dari pelbagai penyakit.
Rujuk kepada doktor berdaftar sebelum anda membuat sebarang keputusan yang mungkin boleh mengancam nyawa anak anda.
Sumber: Popsugar
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa