Wanita Ini Tidak Tahu Dirinya Hamil Hinggalah 2 Minggu Sebelum Bersalin!

Jika anda wanita muda dengan berat badan normal, anda masih boleh hamil dan tidak tahu tentang kehamilan sehingga saat anda akan bersalin, seperti ibu ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita tidak tahu diri hamil

Apabila mendengar kisah tentang wanita yang tidak tahu mereka hamil, pasti setiap orang akan mengambarkan wanita yang berbadan besar.

Mengapa?

Kerana ini adalah satu-satunya cara kehamilan tidak dapat dikesan secara fizikal, terutamanya jika wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda hamil yang lain.

Tetapi bagi wanita ini Kate Hudson, beliau tidak berbadan besar.

Wanita yang berumur 22 tahun dari Melbourne ini hanya sedar tentang kehamilannya 2 minggu sebelum dia bersalin.

Ketika hamil, Hudson sedang bercuti dengan rakan-rakannya di Eropah.

Gambar Kate Hudson, dalam trimester ketiganya. Sumber gambar: Instagram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut blog The Young Mummy yang mula-mula kongsi kisah ini, Hudson mengandung hampir 38 minggu dan tidak sedar dirinya hamil.

“Saya tidak mengalami sebarang tanda yang jelas sepanjang masa. Saya masih datang haid seperti biasa, tidak mual, tidak mabuk hamil dan cuma naik berat badan sedikit sahaja.

Jadi, tidak pernah terlintas di fikiran yang saya sedang mengandung.

Saya cuma sembelit menjelang akhir kehamilan itu dan naik saiz coli dari cup C ke D, ” kata Hudson memberitahu blogger Sophie Shaw, yang pergi ke universiti bersamanya.

Ini kes yang jarang berlaku, tapi tidak mustahil

Profesor Michael Permezel, presiden The Royal Australian and New Zealand College of Obstetricians and Gynaecologists berkongsi pengalamannya: daripada 6000 kelahiran setahun, dia akan jumpa 2 – 3 kes melibatkan wanita yang tidak tahu mereka mengandung.

Baru tempoh hari, Fairfax Media melaporkan kisah seorang wanita dari Sydney (Kim Walsh) yang telah melahirkan anak di Hospital Fairfield 2 1/2 jam selepas berjumpa doktor kerana sakit perut.

Ia jarang berlaku kepada wanita dengan berat badan yang normal dan lebih biasa berlaku kepada wanita yang berbadan besar,” kata Profesor Permezel. 

Hamil dengan perut yang sangat kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aaron, pasangan Kate dan anak mereka bernama Mason. Sumber gambar: Instagram

Perut Hudson dilaporkan sangat kecil dan dia dibenarkan menaiki pesawat dari Eropah walaupun sudah mengandung 38 minggu.

Kebanyakkan wanita dalam trimester ketiga perlu membawa surat kelulusan dari doktor sebelum menaiki kapal terbang.

Profesor Permezel berkata ramai wanita mempunyai haid yang tidak tetap dan mungkin tidak akan mengalami mabuk hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi satu-satunya tanda kehamilan adalah pembesaran perut.

Sekiranya bayi dalam kandungan tidak besar, maka perut wanita hamil juga tidak akan membesar dengan banyak.

Selalunya, selepas ini wanita pasti akan tahu bahawa dia sedang mengandung. Tetapi terdapat juga kes di mana ada yang langsung tidak tahu mereka sedang hamil,” katanya.

Walaupun kebanyakan wanita jelas hamil, ramai juga yang mampu menyembunyinya, atau tidak tahu sehingga tiba masa untuk melahirkan anak.

Wanita hamil yang obes

Profesor Andrew Korda, seorang perunding emeritus dalam obstetrik dan ginekologi di Hospital Royal Prince Alfred berkata keadaan ini seringkali berlaku di kalangan wanita yang obes.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana mereka tidak dapat melihat perubahan saiz perut dan sesetengah wanita obes tidak dapat merasakan pergerakkan janin di dalam kandungan.

Tambahan pula kitaran haid yang tidak tetap, kemungkinan untuk tidak tahu mereka hamil adalah sangat tinggi.

Rahim condong ke belakang 

Menurut The Daily Mail, Hudson hanya sedar yang dia mempunyai rahim yang condong apabila berjumpa doktor. 

Ini telah menyebabkan bayinya berkembang ke arah rektum dan tidak menghala ke depan dan keluar dari pelvis.

Profesor Korda berkata kira-kira 20% wanita mempunyai rahim yang condong ke belakang dan ini mungkin sebab mengapa perut ibu hamil tidak menonjol.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi ia bukanlah keadaan yang serius dan tidak akan memberi kesan kepada kehamilan.

Rahim wanita akan berubah kedudukan dan kembali ke tempat asal menghala ke depan pada sekitar 16 minggu ke dalam kehamilan.

Sumber: SMH

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Hamil Jangan Keliru Antara Hyperemesis Gravidarum Dengan Mabuk Hamil Biasa

Penulis

Rosanna Chio