PDRM Minta Ibu Bapa Pantau Anak Kecil 'BerTikTok', Elak Jadi Mangsa Pedofilia

Anak kecil mudah tertarik dengan video pendek, ada dari content dalam Tiktok dikhuatiri mengumpan pedofilia mendekati anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak mengira usia, tua, muda atau setahun jagung aplikasi media sosial TikTok mempunyai peminat dan pengguna yang bukan sedikit bilangannya di negara ini.

Ia adalah aplikasi yang menghasilkan video pendek. Sama seperti aplikasi Intagram dam Facebook, TikTok boleh ditonton dan dikongsikan secara percuma.

Setiap masa, ada saja update video terbaharu dan penggunaan aplikasi ini sangat popular di Malaysia. Ada fungsi aplikasi seperti Dubsmash yang mana pengguna boleh menonton dan merakam video muzik yang dilakukan secara lip-synching.

Disebabkan ia melibatkan semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak yang mudah tertarik dengan video pendek, ada dari content yang disediakan dalam aplikasi itu tidak sesuai untuk kanak-kanak malah lebih membimbangkan ia mungkin mengumpan pedofilia!

TikTok anak perlu dipantau jangan sampai umpan pedofilia

 

Serius atau tidak perkara ini, hingga Polis Diraja Malaysia (PDRM) pun beri peringatan, anda sendiri boleh fikir bahayanya aplikasi ini kepada kanak-kanak jika tidak dipantau.

Menerusi laman Facebook rasminya PDRM menerangkan bahawa aplikasi itu mungkin boleh digunakan pedofilia untuk mengambil kesempatan ke atas anak anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan berkongsi foto dari sebuah laman facebook lain, ia jelas menunjukkan perbuatan dalam video itu yang boleh memanipulasi keseronokan dalam video itu yang merakam cabaran dengan melakukan child grooming yang meminta anak kecil menyentuh atau melihat bahagian sulit pada tubuh.

Aplikasi TikTok kini menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat, baik di Malaysia mahupun luar negara. Ia menjadi platform untuk mengekspresikan diri dalam pelbagai cara antaranya nyanyian, tarian, seni fotografi dan sebagainya.

Namun demikian, dalam keterujaan menggunakan aplikasi tersebut, tolong ambil peduli mengenai individu yang cuba mengambil kesempatan kepada kanak-kanak (pedofilia).

Mereka ini akan cuba memanipulasi keseronokan merakam cabaran berTikTok dengan melakukan pengantunan kanak-kanak (child grooming); meminta anak kecil berkenaan menyentuh atau melihat bahagian sulit pada tubuh.

Rakaman video tersebut kemudiannya mungkin disimpan sebagai koleksi peribadi atau disebarkan kepada individu pedofilia lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu ibu bapa sekalian, sila pantau dengan siapa anak kecil anda berTikTok. Pastikan setiap cabaran yang dilakukan sentiasa di bawah pengawasan anda. Sedikit terlalai, anak anda mungkin menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tips pantau anak gunakan aplikasi TikTok

Anak kecil tidak tahu membezakan yang baik dan yang buruk terutama apabila berkaitan aplikasi di telefon pintar. Yang mereka tahu hanya mencuba cabaran yang diberikan.

Jadi, ibu bapa sendiri perlu ambil inisiatif pantau anak anda.

#1. Tukar mod kawalan ibu bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun aplikasi TikTok membenarkan pengguna yang berusia 13 tahun menggunakan aplikasi itu, tetapi ibu bapa boleh mengawal (device-based parental control) yang ditawarkan oleh Google dan Apple bagi menghalang penggunaan aplikasi di telefon anak-anak yang berusia bawah 12 tahun.

#2. Setkan akaun TikTok anak kepada peribadi

Kredit foto: adweek

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila membuka akaun TikTok, akaun titu akan bermula sebagai akaun public, oleh itu ibu bapa boleh menukar di bahagian setting TikTok dan menjadikan akaun tersebut kepada akaun peribadi (private account).

Jadi jika pengguna lain mahu melihat video dikongsikan, mereka perlu meminta request jika dibenarkan baru mereka boleh melihat content.

#3. Hadkan kandungan yang boleh dilihat

Jika anak-anak menjumpai kandungan video yang tidak sesuai untuk ditonton, mereka boleh menekan video itu dalam dua atau tiga saat dan tekan not interested.

Ibu bapa juga boleh menukarkan setting TikTok menjadi restricted mode bagi mengehadkan pengeluaran kandungan video yang tidak sepatutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Kawal bahagian komen

Kredit foto: Metro

Bagi mengelakkan sebarang komen negatif atau yang menimbulkan jenayah buli siber, kawalan bahagian komen aplikasi TikTok boleh ditutup sama seperti akaun Instagram.

Ia membantu anak-anak untuk tidak terjebak dengan komen negatif pada akaun mereka sendiri. 

Apa pun, ibu bapa insan yang paling bertanggungjawab terhadap penggunaan anak-anak berkaitan sebarang aplikasi. Jadi pantau anak anda sebelum terlambat ya parents!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Sumber:PDRM, wanista

Baca juga:

20 Tip untuk Memastikan Anak-Anak Anda Kekal Sihat, Aktif dan Terhibur

Penulis

Lala Annuar