Menjadi amalan sesetengah keluarga untuk tindik telinga bayi sejak di awal usia mereka. Namun ada beberapa perkara yang harus diambil perhatian sebelum menindik telinga anak.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Tindik telinga bayi perlu ikut prosedur, jangan silap cara
- Perlu dalam keadaan bersih elak jangkitan kuman
Tindik telinga bayi tidaklah menjadi satu kesalahan, tetapi ia perlulah dilakukan dengan beberapa prosedur bagi memastikan ia tidak membahayakan bayi anda.
Tindik telinga bayi perlu ikut prosedur, jangan silap cara
Menurut Dr Zubaidi Ahmad Kongres Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-Kanak (UNICEF) menentang amalan menindik anak-anak kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar kepada bayi.
Malah dalam Islam hukum menindik telinga bayi perempuan adalah harus manakala menindik telinga lelaki adalah makruh jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan dalam Islam.
Tindik telinga bayi perlu dalam keadaan bersih elak jangkitan kuman
Menurut Dr Zubaidi, ada beberapa perkara patut dipatuhi dan diambil perhatian sebelum menindik telinga anak. Antaranya termasuklah:
#1. Cara tindik bayi kena utamakan kebersihan
Menindik telinga bayi haruslah dilakukan dalam keadaan yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman terhadap cuping telinga anak.
#2. Anak perlu berusia sekurang-kurangnya 6 bulan
Dr Zubaidi turut mencadangkan agar prosedur itu dilakukan apabila anak sudah semakin membesar iaitu sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur mempunyai daya tahan yang lebih kuat.
#3. Pastikan anak sudah terima vaksin DTaP
Pastikan anak anda sudah menerima vaksin Diphteria-Tetanus-Pertussis (DTaP) yang akan melindunginya daripada tetanus. Ini kerana ada kes jangkitan kuman berpunca daripada luka tindikan yang menyebabkan kekejangan dan sawan.
#4. Pastikan jarum disteril & bersih
Pastikan jarum yang digunakan sudah disteril dan bersih. Ada baiknya lakukan prosedur itu di klinik kerana doktor akan menggunakan jarum pakai buang.
Doktor juga akan memberi bius di telinga bayi sebelum menindiknya.
#5. Pastikan anting-anting daripada bahan berkualiti
Pastikan anting-anting dibuat daripada bahan berkualiti dan tidak menyebabkan alahan dan sebagainya. Bahan yang berkualiti termasuklah emas, titanium atau platinum.
Anting-anting yang diperbuat daripada kromium selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga.
#6. Perlu pantau enam minggu pertama
Dalam masa enam minggu pertama, ibu ayah yang menindik telinga anak haruslah memberi perhatian kepada luka tindikan itu. Ini bagi memastikan tiada jangkitan kuman atau alahan pada cuping telinga anak.
Pastikan kebersihan luka dijaga dan menggunakan air yang bersih untuk mencucinya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bahaya tindik telinga bayi yang ramai ibu bapa terlepas pandang!
Baca juga: Bertatu & Tindik Pusat Ketika Hamil, Adakah Ia Bahaya? INI Apa Anda Perlu Tahu
Baca juga: Bayi Ini Sengaja Dipakaikan Tatu Sementara Di Dada! Awas, Ada Kesan Sampingan Yang Ibu Kena Tahu!