TiNDLE, produk ayam berasaskan tumbuhan keluaran syarikat dari Singapura diperkenalkan di sembilan restoran di Kuala Lumpur bermula 15 Oktober 2021.
TiNDLE menawarkan makanan yang mampu membuka selera sesiapa saja kerana ia menawarkan kepelbagaian rasa dan tekstur yang pastinya sedap dan bakal menarik minat dan selera sesiapa saja yang mencubanya.
TiNDLE adalah jenama pertama yang dibangunkan oleh Next Gen Foods sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura dan berpengalaman dalam membangunkan dan mengkomersialkan teknologi makanan yang inovatif dan lestari.
TiNDLE, ayam berasaskan tumbuhan
Diperbuat dengan sembilan bahan sahaja, TiNDLE adalah produk pertama dari Next Gen Foods. Ia adalah permulaan kepada teknologi makanan yang bertujuan menjadikan sistem makanan global lestari selain berusaha dalam memperbaiki kesihatan awam.
Produk ayam berasaskan tumbuhan ini juga dikatakan menyumbang kepada usaha menjaga kelestarian alam sekitar yang memberi kesan kepada perubahan iklim dunia.
Kuala Lumpur adalah lokasi kelima TiNDLE setelah diperkenalkan di bandar besar lain termasuklah Hongkong, Macau dan UAE pada awal tahun ini.
TiDLE diperkenalkan di Kuala Lumpur sebagai penanda aras bahawa jenamanya sedang meningkat naik di Asia kerana digunakan dalam pelbagai jenis makanan.
Tidak mengandungi hormon, antibiotik, kolestrol
TiNDLE adalah ayam berasaskan tumbuhan yang tidak mengandungi antibiotik, hormon, kolestrol atau bahan yang diubahsuai secara genetik.
Tekstur dan rasanya juga tiada tandingan malah pelbagai guna dalam pelbagai masakan dan sangat senang dimasak. Ia dikatakan menjadi pilihan dan kegemaran ramai di negara yang sudah diperkenalkan dengan produk ini.
“TiNDLE dihasilkan atas kepercayaan bahaya makanan itu ada ‘seninya’ dan dengan kreativiti tersendiri, makanan yang dihasilkan mampu membangkitkan rasa sedap yang memikat selera sesiapa saja,” kata Pengarah Perkembangan TiNDLE, Marc Jolly.
Antara menu yang boleh didapati termasuklah —TiNDLE Masak Lemak, TiNDLE Lor Bak, TiNDLE Pandan, Spicy Kerabu Burger,
9 restoran di Kuala Lumpur sajikan TiNDLE
Bermula 15 Oktober 2021, TiNDLE diperkenalkan di 9 jenama restoran sekitar Kuala Lumpur termasuklah:
- Beta,Bref by Darren Chin
- Huckleberry
- Soleil
- VCR
- Kay’s Steaks & Lobster
- Tiga outlet di HiltonKL iaitu Iketeru, Chyna and Oro Cafe
Apa itu ayam berasaskan tumbuhan?
Produk ayam atau daging berasaskan tumbuhan biasanya menjadi pilihan golongan vegetarian makan makanan 100 peratus berasaskan tumbuhan dan bukan daging haiwan.
Ayam atau daging ini diperbuat daripada bahan yang berasaskan tumbuhan yang kaya dengan kandungan protein, contohnya cendawan atau tauhu sebagai alternatif menggantikan produk berasaskan daging haiwan.
Daging yang berasaskan tumbuhan ini merupakan makanan yang lengkap kerana ia dicampur dengan protein, karbohidrat, lemak sihat, pewarna dan perasa yang berasal daripada sumber tumbuhan.
Malah, dengan teknologi yang digunakan, baunya juga sama seperti daging yang asli. Produk makanan ini adalah produk inovatif dan alternatif kepada protein.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 3 Resepi Vegetarian Untuk Wanita Hamil, Bolehlah Bakal Ibu Cuba Di Rumah!
Baca juga: Tidak Perlu MSG, Serbuk Perasa Cendawan Boleh Buat Makanan Bayi Jadi Lebih Sedap
Baca juga: Berat janin dalam kandungan rendah? Ibu cuba makan 11 makanan ini!