X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Penyakit Dermatitis Atopik Pada Bayi Boleh Terjadi Sehingga Dewasa, Ini Penjelasan Pakar

4 min bacaan
Penyakit Dermatitis Atopik Pada Bayi Boleh Terjadi Sehingga Dewasa, Ini Penjelasan Pakar

Dermatitis atopik pada anak adalah keradangan kulit yang boleh terjadi pada bayi dan remaja. Ketahui beberapa hal penting mengenai kesan penyakit ini!

Dermatitis atopik pada anak kecil atau remaja boleh menyebabkan rasa gatal yang teruk, kulit terlalu kering hingga menggelupas, merekah yang menyebabkan pendarahan dan meninggalkan kesan parut. 

Masalah ini sekaligus menganggu aktiviti seharian mereka dan sesetengah kes boleh terjadi sehingga remaja. Dermatitis atopik ini merupakan keadaan kronik boleh menyerang sebarang peringkat umur sehingga membebankan kanak-kanak, remaja ataupun penjaga.

Pengalaman berdepan masalah dermatitis atopik pada anak 

Perkongsian seorang ibu, dia menceritakan pengalaman anaknya, Ashvini disahkan mengalami dermatitis atopik (AD) ketika usianya 2 tahun. Pada mulanya doktor mengatakan bahawa penyakit ini akan berkurang apabila bayinya membesar.

Namun hari demi hari telah berlalu. Dermatitis atopik pada anak bukan bertambah baik, sebaliknya menjadi semakin buruk.

”Ketika Ashvini berusia 15 tahun, keradangan kulit muncul di seluruh badan dan menjejaskan mukanya. Dia terpaksa menahan rasa sakit apabila terdedah dengan udara luar dan banyak kulit menggelupas sehingga saya perlu menyapu lantai tiga kali sehari.” 

”Selama dua tahun, kami telah mengikuti terapi ayurveda dan memberi Ashvini diet vegetarian, tanpa mengambil susu atau telur. Namun keadaanya tidak juga bertambah baik,” jelasnya.

Akhir sekali bapa saudara mereka yang bertugas di Kuching sebagai pakar perunding dermatologi menyarankan mereka rawatan yang komprehensif. 

keradangan kulit

”Saya telah guna krim steroid selama 3 bulan sebelum pakar perunding dermatologi saya memberikan ubat oral (makan) yang perlu diambil selama setahun. Pada mulanya ada perubahan, namun simptom tersebut datang semula,”

Advertisement

”Kemudian saya disaran untuk mencuba rawatan baru iaitu terapi biologik. Ia membantu mengurangkan keradangan akibat AD. Keadaan saya kini jauh lebih baik, saya hanya perlu meneruskan rutin dengan menyapu pelembap selepas mandi.” ceritanya.

Penyakit dermatitis atopik pada anak ketika berusia 2 bulan

Bagi Jessy (bukan nama sebenar), segalanya bermula ketika bayinya, Alex timbul ruam pada bahagian muka sewaktu berusia 2 bulan. Ia menjadi semakin teruk seiring pertambahan usia anaknya.

Masalah tersebut kerap muncul di bahagian pelipat kulit seperti dalam siku dan belakang lutut. Ruam yang gatal menjadi sangat teruk sehingga menyebabkan Alex menangis pada waktu malam.

”Ketika usianya lebih kurang setahun, kami telah membawa Alex berjumpa doktor dan telah disahkan ia adalah AD. Doktor memberikan ubat kortikosteroid, namun simptom yang muncul lebih buruk dari sebelumnya.”

 ”Kami sekali lagi berjumpa pakar dermatologi ketika umur Alex 7 atau 8 tahun kerana badannya mula luka-luka. Dia dimasukkan ke hospital selama seminggu dan diberikan ubat steroid lagi,” jelas Jessy.

keradangan kulit

Menurut Alex, dia terpaksa mengelakkan diri terlibat dengan aktiviti sukan di sekolah kerana peluh boleh menyebabkan rasa gatal yang begitu teruk.

”Saya konsisten menyapu krim yang diberikan doktor, memastikan bilik sejuk agar tidak banyak berpeluh dan cuba untuk tidak menggaru ketika diserang rasa gatal. Setelah beberapa tahun mengikut pelan rawatan pakar dermatologi, ibu menydari bahawa keadaan ini tiada jalan yang mudah, hanya boleh mengurangkan keradangan kulit yang menyebabkan simptom AD.” jelasnya.

Salah faham mengenai penyakit dermatitis atopik pada anak

Menurut Pakar Perunding Dermatologi dan Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia, Dato’ Dr Noor Zalmy Azizan, sesetengah ibu ayah melakukan kesilapan dengan menggunakan sabun bersifat kuat kerana mereka menganggap kekotoran menjadi punca, meletakkan kepercayaan terhadap penawar semula jadi dan mengelakkan penggunaan krim kortikosteroid sewaktu AD menyerang anak.

Antara salah faham yang sering timbul dalam kalangan ibu ayah mengenai penyakit ini adalah:

#1. Ia boleh berjangkit

AD adalah keadaan keradangan kulit yang kronik, jadi ia tidak boleh menjangkiti atau dipindahkan kepada orang lain.

#2. Percaya AD yang dialami kanak-kanak akan hilang sendiri apabila dewasa

penyakit kulit

Meskipun kebanyakan kes AD bermula ketika bayi atau kanak-kanak, ramai yang terus mengalami masalah ini sehingga mereka dewasa.

#3. Salah anggap AD sebagai alahan kulit

Memang mudah untuk keliru antara simptom alahan kulit dan AD. Jadi cara yang terbaik adalah mendapatkan nasihat perubatan.

#4. Takut dengan ubatan steroid

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Kortikosteroid topikal (sapuan) dalam betuk krim atau balsam adalah perkara penting dalam merawat AD. Ia membantu mengurangkan keradangan, kegatalan dan kerosakan kulit akibat menggaru.

Pakar Perunding Dermatologi, Dr Leong Kin Fon mengatakan AD mempengaruhi manusia dalam cara berbeza. Penjagaan yang bersesuaian mengikut nasihat pakar sedikit sebanyak mampu menangani simptom masalah ini secara berterusan agar anak dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Jika anak anda mempunyai AD, atau belum didiagnos secara rasmi, pakar dermatologi boleh membantu merungkaikan perkara ini.

Berbincanglah dengan pakar dermatologi mengenai pelbagai cara berbeza untuk mengawal AD anak anda – anda boleh merujuk laman web Persatuan Dermatologi Malaysia (www.dermatology.org.my) untuk mencari pakar dermatologi yang lebih dekat dengan anda.

Anda juga boleh mengetahui lebih banyak mengenai AD dan pengurusannya daripada kumpulan pesakit seperti Persatuan Ekzema Malaysia  (https://www.facebook.com/groups/1226038834396732/) dan Malaysia Eczema Support Community (https://www.facebook.com/groups/MESClink/).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Mona Ratuliu

Baca juga: Kenali Apakah Penyakit Dermatitis Atopik & Cara Merawatnya Dengan Berkesan Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Penyakit Dermatitis Atopik Pada Bayi Boleh Terjadi Sehingga Dewasa, Ini Penjelasan Pakar
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham