X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sindrom Terlupa Anak, Ini 9 Tips Elak Tinggal Anak Dalam Kereta

12 Oct, 2023
Sindrom Terlupa Anak, Ini 9 Tips Elak Tinggal Anak Dalam Kereta

Sindrom Terlupa Anak merujuk kes ibu bapa tertinggal anak dalam kenderaan. Bagaimana elakkan daripada lupa dan tinggal anak dalam kereta?

Minggu lalu kita dikhabarkan dengan satu berita menyayat hati apabila berlaku kematian seorang bayi kerana tidak sengaja ditinggalkan ibu di dalam kereta yang diparkir lebih dari 10 jam. Insiden tinggal anak dalam kereta ini bukanlah kes terpencil malah sudah banyak dilaporkan berlaku dalam masyarakat hari ini.

Sindrom Terlupa Anak atau Forgotten Baby Syndrome satu terma digunakan pihak berkuasa bagi merujuk kes ibu bapa atau penjaga tertinggal anak dalam kenderaan.

Sindrom berkenaan dikatakan berlaku akibat berlaku perubahan pada rutin harian ibu bapa, malah ia bukanlah kes terpencil sebaliknya kian memburuk dalam masyarakat yang mana nyawa bayi ataupun kanak-kanak terbabit menjadi pertaruhan.

9 Tips Elak Tinggal Anak Dalam Kereta

Tiada ibu bapa yang sengaja mahu meninggalkan anak di dalam kereta. Namun, adakala akibat kepenatan dalam melakukan tugasan harian, kita alpa. Bagaimana untuk elakkan daripada lupa dan tertinggal anak dalam kereta?

Mencegah sesuatu itu pastinya lebih baik, bukan? Jadi kami ingin kongsikan 9 tips untuk mengelakkan sebarang kejadian terlupa atau tinggal anak dalam kereta daripada berlaku kepada sesiapa pun.

1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu

Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan. 

2. Periksa dalam kabin sebelum kunci

Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi hadapan

Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.

4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan

Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

Advertisement

5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda

Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut kiri anda di ruangan kaki di belakang jika pandu kereta auto. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.

6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar

Ini yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.

7. Pesan kepada sekolah, taska dan pengasuh jika anak tak sampai

Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta.

Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

9. ‘On’ Child Reminder dalam aplikasi Waze

Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Terlupa boleh berlaku kepada sesiapa, tetapi kita boleh mencegahnya. Semoga perkongsian tip di atas dapat membantu ibu bapa daripada tinggal anak dalam kereta. 

Twitter Medtweet

Baca juga : 5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu – WAJIB Ajar Mereka Dari Usia Muda

Baca juga : Bahaya Tinggalkan Anak Seorang Di Garaj, Ini Cara Babyproof Garaj Untuk Jamin Keselamatan

Baca juga : Tip-Tip Keselamatan Membenarkan Anak Berjalan Raya

Stories Rakan Kongsi
Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!
Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!
6 Places in Malaysia that don’t have but should have emergency buttons for mums!
6 Places in Malaysia that don’t have but should have emergency buttons for mums!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sindrom Terlupa Anak, Ini 9 Tips Elak Tinggal Anak Dalam Kereta
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham