Teringin Memiliki Anak Kembar? Ini 9 Tips Buat Bakal Ibu Mengikut Saranan Pakar!

Tahukah anda akan tips mendapatkan anak kembar yang mudah dan berkesan? Elak bergantung pada produk semata-mata, ini saranan daripada doktor pakar!

Ramai pasangan suami isteri menginginkan bayi kembar kerana ia dianggap sungguh comel dan unik. Selain memohon doa daripada Allah, hal yang perlu bakal ibu ayah tahu adalah petua dan tips anak kembar sebagai ikhtiar untuk memilikinya.

Jelas sekali jika anak kembar seiras, tentu sahaja raut wajah mereka hampir sama. Ditambah pula mengenakan pakaian sama, pergi kemana-mana sahaja pasti akan menjadi perhatian ramai!

Tips anak kembar mengikut nasihat pakar

credit to sources

Ada yang berpendapat bahawa kebarangkalian untuk seseorang yang tidak memiliki genetik kembar adalah lebih rendah berbanding mereka memiliki susur galurnya.

Hal ini kerana dalam keluarga yang memiliki kembar khususnya dari keluarga ibu, peluang hamil kembar akan meningkat sehingga 4 kali ganda.

Melalui perkongsian oleh seorang doktor dan pakar kesuburan iaitu Dr. Rai, sebenarnya terdapat beberapa tips anak kembar yang boleh para suami isteri amalkan sebagai ikhtiar.

#1. Mengambil makanan bersumberkan zat besi tinggi

Dr. Rai berpendapat cara memperoleh anak kembar ialah dengan mengamalkan makanan bersumberkan zat besi yang tinggi. Misalnya, buah-buahan berwarna merah seperti delima dan buah strawberi.

Selain itu, makanan jenis kerang-kerangan seperti tiram dan kupang dapat membantu meningkatkan penghasilan telur.

”Zat besi ini penting untuk menyokong penghasilan sel hemoglobin dalam darah yang berfungsi mengangkut oksigen kepada kilang telur. Jika ia mencukupi, HB dapat membolehkan kilang telur ovari berfungsi dengan baik dan sekaligus memudahkan telur ovum matang.” ujarnya.

#2. Minum susu kambing

”Dalam susu ini, hati kambing akan menghasilkan insulin growth factor yang merangsang kilang telur ovari bagi menghasilkan ovum matang pada setiap bulan.”

”Jadi bila dah dapat telur ovum matang, sekara ia bergantung kepada proses persenyawaan sperma dan ovum sahaja.” jelas Dr. Rai

#3. Makan ubi dan keladi

credit to sources

Keladi sememangnya kaya dengan vitamin B6 dan sedikit vitamin C serta kanji karbohidrat. Menurut Dr. Rai, bangsa Afrika memiliki ramai generasi kembar dan antara pemakanan mereka adalah berasaskan ubi serta keladi.

”Dalam kajian ada mengatakan bahawa bila orang ambil keladi, dia sebenarnya meningkatkan peluang ovulasi lebih tinggi yang menjadikan tahap kesuburan meningkat.” jelasnya.

#4. Sayur-sayuran berwarna hijau

Dr. Rai turut menyarankan untuk suami isteri mengambil pemakanan sayur-sayuran hijau yang kaya dengan vitamin B6. Antaranya ialah brokoli, kubis, sawi dan bayam hijau.

#5. Ambil supplemen vitamin dan asid folik

Suami isteri perlulah memiliki kesihatan tubuh badan terbaik melalui pengambilan makanan berzat dan berkhasiat. Justeru, amalkan juga pengambilan supplemen vitamin dan asid folik bagi meningkatkan kehamilan kembar.

#6. Nutrisi seimbang

Nutrisi seimbang sangat penting supaya kalenjar adrenal tidak lesu dan mengalami tekanan. Hal ini kerana ia bertindak sebagai salah satu penapis terhadap toksin yang anda makan makanan manis, perasa atau pewarna tambahan, ia akan pergi ke kelenjar adrenal.

Kemudia menghasilkan hormon kortisol secara berlebihan. Kesannya, akan menghasilkan hormon stres yang berlebihan. Justeru, keadaan inilah menyebabkan signal kilang telur ovari tidak dapat berfungsi dengan baik.

#7. Hormon subur

credit to sources

Hormon subur yang diambil sama ada pil atau suntikan dapat meningkatkan peluang untuk memiliki cahaya mata kembar. Wanita yang mengamalkan pil subur clomid memiliki peluang antara 5 hingga 10 peratus.

Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin memiliki peluang kembar hingga 30 peratus. Namun, turut berlaku kembar empat atau lebih dan ia mempunyai risiko keguguran yang tinggi.

#8. Hamil umur 40 tahun ke atas

Para ibu yang telah melahirkan empat anak atau lebih sebenarnya mempunyai peluang memperoleh bayi kembar lebih tinggi ketika usianya memasuki 40 tahun dan ke atas.

Pemakanan, supplemen tambahan dan rawatan kesihatan dapat membuka lebih peluang untuk anak kembar perlu diberikan perhatian.

#9. Teknik IUI dan IVF

Intrauterine Insemination (IUI) juga antara salah satu tips anak kembar. Doktor akan meletakkan sperma telah dicuci dan dipersiapkan masuk ke dalam uterus (rahim) semasa ovulasi bagi membolehkannya berada di tempat yang betul.

Melalui rawatan ini, peratus untuk memiliki kembar tidaklah terlalu tinggi. Mungkin hanya dalam 10 peratus. 

Manakala, kaedah IVF pula ialah persenyawaan in vitro iaitu proses di mana telur dikeluarkan dari ovari dan digabungkan dengan sperma dalam ceper kultur makmal. 

Kesimpulannya, ada pelbagai cara yang boleh dilakukan sebagai ikhtiar memperoleh anak kembar. Bagi para wanita bakal bergelar ibu, anda hendaklah memastikan tubuh badan keadaan yang sihat dan memiliki hormon haid teratur.

Sumber: Siakap Keli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhamil-anak-kembar