Ada ketikanya isteri ingin bermesra dengan suami, namun disebabkan penat bekerja, suami seolah tidak tertarik untuk ‘bersama’ isteri. Jadi, apabila situasi ini terjadi sudah tentu isteri inginkan tips goda suami, bukan?
Manakan tidak, setiap pasangan suami isteri mesti memiliki waktu bermesraan supaya hubungan itu lebih kuat dan tidaklah suami memandang wanita lain jika isteri bijak melayan suami.
Melayan itu bukanlah hanya atas katil saja malah ada banyak lagi perkara lain yang boleh memikat suami tercinta. Walau bagaimanapun, kehidupan seksual yang sihat dapat menjaga tingkat keintiman antara suami dan isteri.
Sebab itu, jika suami penat dan menolak untuk bersama maka isteri boleh mempraktiskan tips goda suami ini supaya si dia lebih berghairah dan melupakan sebentar rasa penat itu.
5 tips goda suami
#1. Pelukan mesra
Semua orang sukakan perhatian dan kasih sayang terutama dari pasangan tercinta. Jadi, kalau nampak suami penat dan baru pulang dari kerja, apa kata anda memberi pelukan romantis padanya dan menyiapkan makan malam di rumah.
Namun, jangan terus menyerang suami dengan menuntut untuk bercumbu dan sebagainya. Kalau orang penat kemudian dipaksa membuat sesuatu, itu lagi buat sakit hati, kan? Jadi buatlah dengan cara lembut dan biarkan pasangan mandi serta menukar pakaian dahulu.
Kemudian, hidangkan makanan yang boleh menambah staminanya supaya suami lebih bersemangat di malam hari nanti.
#2. Berdandan cantik dan indah
Suami mana yang tidak suka bila lihat isteri cantik, menarik dan menawan. Jadi kalau nak goda suami tentulah lebih berkesan dengan cara ini.
Namun, jangan pula mekap terlalu tebal. Tapi cukup sekadar secalit gincu bibir dan bedak nipis di muka. Itu sudah cukup membuatkan suami terpaut lantas ingin beradu bersama di atas katil.
Selain menukar pakaian yang nampak lebih seksi dan menghairahkan!
#3. Ciptakan suasana romantis
Suasana juga memainkan peranan penting untuk mencipta mood yang baik semasa bersama suami.
Misalnya anda boleh memasang lilin, meredupkan lampu dan menyembur wangian di dalam bilik supaya suami terasa lebih berghairah untuk bersama anda.
#4. Mengurut
Mengurut bukan hanya membuatkan otot tegang dan lebih relaks tetapi ia juga dapat menyingkirkan rasa penat sekaligus meningkatkan mood seseorang.
Misalnya bahagian kaki mengalami tekanan sepanjang hari jadi apabila mengurut di tempat tersebut dapat menimbulkan kesan baik di seluruh tubuh.
Salah satu tips membuat suami berghairah juga adalah dengan menggunakan minyak aromatherapy dan sentuh di bahagian sensitif yang boleh membuatkan suami tidak sabar untuk bercumbu mesra.
#5. Mandi bersama-sama
Apabila sampai di rumah, perkara pertama yang dilakukan suami tentunya mandi untuk membersihkan tubuh dan apa yang anda boleh buat adalah mandi bersamanya.
Anda boleh bertukar sabun dan menggosok di bahagian tubuh pasangan sesekali boleh juga bercumbu.
Kalau keadaan sudah semakin panas, adegan romantis itu tentunya boleh berlanjutan di atas katil bilik tidur. Apapun keringkan dahulu badan sebelum keintiman itu bersambung dalam bilik.
Jangan lupa cuba tips goda suami ini ya!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga